Bab 47

Romance Completed 34948

Mereka bertentang mata. Agak lama. Tiba-tiba Haris merentap lengan Mar dengan kasar. Tersentap mereka dari lamunan.

"Drama apa yang korang cuba buat ni hah?", tegas nada Haris.Merah mukanya menahan marah. Mar mendiamkan diri.

"Bro, kau nampak kan yang dia nak jatuh tadi.", Mikail membalas, tidak puas hati dituduh begitu.

Haris mendengus kasar. Pegangan pada lengan isterinya dikuatkan.

"Jom balik.", Haris memandang Mar.

"Aku yang bawa dia datang sini. Aku bawa dia baliklah.", Mikail protes.

"Dia isteri aku ke isteri kau?", sinis pertanyaan Haris. Tiada balasan dari Mikail.

"Kau saja je kan buat-buat jatuh.", Haris bersuara. Matanya masih fokus pada pemanduan.

"Apa abang merepek ni?", balas Mar perlahan.
"Aku merepek? Betulkan apa yang aku nampak. Kau sengaja. Aku tak butalah!", Haris menengking.

"Ikut suka abang lah nak cakap apa pun.", Mar membuang pandangan ke luar tingkap.Tidak mahu bergaduh

Handphone Haris berbunyi,tanda panggilan masuk. Mar hanya memandang dengan ekor matanya.

"Hello sayang, I dekat rumah ni. You nak datang? Boleh, datanglah.", Haris tersenyum.

Tidak lama selepas itu, Diana memunculkan diri.

"Sayang, besar juga rumah you ni kan.", Diana bersuara gedik
Haris sekadar tersenyum. Dia memandang isterinya.

"Tunggu apa lagi. Pergikah buatkan air untuk tetamu ni.", arah Haris kepada Mar.

Mar melangkah malas ke dapur. Dia menurut apa yang dikehendaki Haris. Istighfar, selagi dia boleh bersabar.

Mar membawa dulang bersama cawan berisi air. Dihidangkan kepada Haris dan Diana.

Dilihat Diana senyum sinis kepadanya. Mar tidak mengendahkan.

"Dah balik pun dah tetamu abang tu?", selamba Mar menanyakan soalan.

"Dah, kau sibuk kenapa? Cemburu?", Haris membalas.

"Tak lah, kalau tak balik juga, Mar call ibu.", Mar mengugut.

"Dah pandai kau kan", Haris merentap pergelangan tangan Mar.

"Abang yang cabar Mar.", Mar merentap tangannya dan berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience