Bab 67

Romance Completed 34939

"Aku terima nikahnya Diana Arlisa binti Ahmad Shah dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.", lafaz yang memberi seribu satu kepedihan di hati seorang isteri yang terpaksa berkongsi kasih. Lafaz yang membuatkan hatinya berkecai.

Sesudah selesai majlis pernikahan antara Diana dan Haris, Mar terus mengundurkan diri, sebolehnya mahu melarikan diri, tidak mahu mempamerkan kesedihan yang melanda.

Ramai juga pihak syarikat mereka yang hadir, dan antaranya Kak Aina dan Encik Mikail. Mar malu, malu berdepan dengan orang yang mengenali.

"I balik dulu, you balik dengan Diana.", Mar mengirimkan pesanan Whatsapp kepada Haris, Haris masih sibuk melayan pihak tetamu, tidak mahu dia menganggu.

Dia mengatur langkah ke arah kereta miliknya, handphone berdering, Haris menelefonnya. Terus saja dia reject panggilan itu, tanpa berfikir panjang.

Apa lagi dia mahu? Sudah beruntung dia turut sama hadir di majlis ini, jika diikutkan hati, tidak mahu dia menayang muka.

Handphonenya berdering lagi untuk kesekian kalinya ketika dia sudah berkira untuk menghidupkan enjin kereta.

"Tunggu abang.. "

"Apa lagi you nak? Tak puas hati lagi?"

"Sayang...

"Baliklah dengan isteri you.. Jangan ambil kisah pasal I lagi....", Mar lebih pantas memintas, tangisan ditahan.

"Mar please dont cry, thats make me hurt too..."

"Baby...", kedengaran suara Diana di belakang.

Mar terus mematikan talian, tidak betah lagi menahan perasaannya.

Latest update:
23/3/2018 , 5:22 p.m

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience