Bab 58

Romance Completed 34939

Mar sekadar memerhatikan Haris mengemas pakaiannya, semua dilipat dan disusun rapi ke dalam bagasi yang agak besar.

Haris akan ke Sabah selama seminggu atas urusan kerja. Jangka masa yang agak lama bagi Mar. Jauh di sudut hatinya akui dia bakal merindui Haris.

"Mar", Haris melambai-lambai. Haris sudah pun siap mengemas. Terhenti lamunannya, tidak langsung menyedari keterlanjurannya. Cepat-cepat dia lagak selamba, menyambung membaca majalah.

"Kenapa senyap je? Esok abang dah nak pergi, lama tu, seminggu.", Haris menyusun kata.

"Hah? Aaa...Senyap je lah. You pergi sebab kerja kan, takkan I nak halang, seminggu je pun.", balas Mar, Haris dipandang sekilas.

Haris mengaru- garu kepala yang tidak gatal.

"Dah pukul 10, jom tidur. Esok sayang pun kerja kan.", ujar Haris.

Mar meletakkan majalah di tangannya ke atas meja kecil lalu menarik selimut ke paras dada. Seperti biasa, tidurnya membelakangi Haris.

15 minit berlalu, Haris masih juga belum dapat melelapkan matanya.

"Mar, dah tidur?", Haris bersuara.

"Tak", balas Mar sepatah.

"Pusing lah sini. Dekat lah sikit.", Haris menepuk tempat di sebelahnya,mengarahkan Mar untuk mendekat.

Mar sekadar mengikut, tidak pula membantah. Lengan Haris menjadi alas kepalanya.

"I miss you, and I will miss you. ", bisik Haris perlahan. Haris menarik Mar kedalam pelukannya.

"I miss you too and I will miss you too.", balas Mar dengan mata yang terpejam. Selesa berada didalam pelukan suaminya yang sudah lama dirindui.

Dia tersenyum, mahu menikmati moment bermakna sebelum melepaskan Haris pergi ke Sabah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience