Bab 101

Romance Completed 34939

Mar sekadar berbaring sambil menyelak majalah, kelihatan khusyuk. Haris menjeling dengan ekor mata, idea jahat bermain di fikiran.

Dia berjalan menuju ke arah Mar, berpura- pura menguap. Ditambah dengan aksi mengeliatnya.
"Setahun kau menghilang, tak rindu aku ke?", dia melabuhkan punggung di hujung katil.

"Apa you merepek malam- malam buta ni. Jangan kacau I lah.", mata masih fokus pada majalah yang dipegang.

"Tahu pun dah malam. Tidurlah.", Haris mengambil tempat di sebelah Mar , bantal ditepuk-tepuk sebelum baring.

"Kejaplah, tidur je lah dulu.", balas Mar.

"Iyalah, macam mana aku nak tidur kalau lampu ni tak tutup.", Haris berdalih, dalam senyap dia menahan ketawa.

Mar menjeling Haris, dengan kasar dia menutup majalah yang dibaca. Dia melangkah ke arah pintu untuk mematikan suis lampu.

"Haaa. Baru boleh tidur macam ni.", sengaja Haris mengejek isterinya.

Mar terus melangkah masuk bilik air, geram dengan Haris yang sengaja mahu mengusiknya.

Sengaja dia berlama di dalam bilik air, dengan harapan Haris sudah tidur apabila dia sudah keluar. Mar melangkah keluar, rancangannya menjadi, tetapi Haris lebih pintar dengan rancangannya yang tersendiri.

"Haris, bangunlah. Macam mana I nak tidur kalau tempat I pun you ambil.",Mar mengejut Haris.

"Haris... Bangun...

Haris tidak juga bergerak,padahal dia hanya berpura-pura. Mar seperti mahu berlalu pergi, pantas Haris menarik lengannya. Terjatuh Mar di dalam pelukan Haris.

Latest update:
4:41p.m, 7/4/2018

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience