Bab 102

Romance Completed 34939

"Siapa suruh lama sangat, kan aku dah tertidur.", bisik Haris di telinga Mar.

Mar meronta- ronta, geram dipermainkan oleh Haris.
"Lepaslah Haris. Lemas tau tak?", Mar mengetap gigi.

" Tidurlah", sepatah Haris balas.
Haris hanya memejamkan matanya, tidak menghiraukan Mar yang masih marah. Dipeluk isterinya semakin erat.

"Kenapa you buat I macam ni? Apa semua ni?", Mar bersuara.

"Apa yang aku buat?", soal Haris kembali, pura-pura tidak mengerti.

"Dulu you buang I, sekarang ni....

"Dahlah, aku taknak dengar kau ungkit lagi pasal kisah lama.", balas Haris.

"Tak mudah I nak lupakan semua tu", balas Mar pula.

"Aku tahu tu, tapi aku tahu kau masih sayangkan aku.", jawapan yang diberikan Haris membuatkan Mar tersenyap.

"I nak keluar cari kerja esok.", Mar kembali bersuara, menukar topik perbualan.

"Aku hantarkan.", balas Haris.

"Tak apa. Biar I drive je.", Mar menyembunyikan sesuatu dari Haris.

"Hmmm.Yalah, anything just call aku.", pesan Haris.

"Dah, tidur. Aku mengantuk dah ni. Kau tu mata dah layu dah pun, ingat aku tak nampak dalam gelap ni?", sempat Haris berseloroh.

"Merepek.", balas Mar pendek.

Haris masih juga tidak melepaskan pelukannya. Rasa rindu terhadap wanita itu terlalu dalam. Dia mahu menebus kesalahannya yang lalu.

Latest update:
4:43p.m, 7/4/2018

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience