Bab 36

Romance Completed 34939

"Tahniah puan. Puan bakal jadi ibu tak lama lagi. Puan hamil empat minggu.", ujar doktor muda itu kepada Mar sambil tersenyum. Turut berbesar hati buat Mar.

"Alhamdulillah. Tahniah Mar.", Kak Aina bersuara. Teruja bagi pihak Mar.

Mar memberikan senyuman manis. Dalam fikirannya bercelaru, kusut.

Mahukah Haris menerima anak ini? Patutkah aku memberitahu dia?

"Puan kena banyak berehat. Kalau boleh, elakkan buat kerja-kerja berat. Kandungan puan masih lemah.", arah doktor muda itu.

Doktor Amalina. Manis orangnya, bertudung litup. Nampak gaya masih bujang.

"Baiklah terima kasih doktor.", ucap Kak Aina.

"Kami pulang dulu.", sambung Kak Aina lagi.

Doktor Amalina sekadar mengangguk dan menguntumkan senyuman.

"Mar, kenapa akak tengok Mar macam tak happy je.", Kak Aina bersuara. Dapat membaca air muka Mar. Senyap sahaja sejak pulang dari hospital tadi.

"Mar bukan tak happy akak. Mar cuma risau.. risau abang tak terima anak dalam kandungan ni.", Mar meluahkan isi hati yang dipendamnya.

"Haris kena terima anak ni. Anak dalam kandungan Mar ni anak kandung dia. Mar kena bagitahu dia.", tegas Kak Aina.

Kadang-kadang mahu saja dia serang si Haris ni, kasi ceramah sikit. Biar dia sedar apa yang dia buat selama ini tidak sewajarnya.

Tetapi Mar menghalang, katanya jangan marakkan api yang tengah membara.

Mar mendiamkan diri. Masih memikirkan bagaimana cara untuk memberitahu Haris tentang kandungannya. Bilakah masa yang sesuai?

Mikail mendail no. telefon Mar. Menanti dengan tenang untuk Mar menjawab panggilannya.

Risau juga apabila diberitahu Kak Aina yang Mar muntah-muntah. Apabila ditawarkan diri untuk membawa Mar ke hospital, ditolak kerana Kak Aina sendiri mahu membawa Mar ke hospital.

"Assalamualaikum.", tutur Mar dihujung talian. Mikail bersyukur kerana Mar menjawab.

"Waalaikumsalam. Mar, you okay? Kak Aina cakap you muntah-muntah. Dah jumpa doktor kan? Apa doktor cakap?", bertubi-tubi soalan diberikan kepada Mar.

"Mana satu I nak jawab ni? Banyaknya soalan.", kedengaran Mar tergelak kecil.

"I okay, dah jumpa doktor tadi. I pregnant.", Mar berterus terang.

"What? Seriously?", Mikail teruja.

"Yes, I am.", Mar membalas.

"So, you dah bagitahu husband you? He need to know right?

"Belum, I risau dia tak boleh terima.", perlahan Mar membalas.

"You kena bagitahu dia Mar. Sooner or later, he will know.", tutur Mikail.

"Okay, I akan cari masa yang sesuai untum bagitahu dia. Okaylah I tidur dulu. Good night.", balas Mar.

"Good night, Mar.", Haris mematikan talian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience