Get the app for full experience
"Haris, you langsung tak ada masa untuk I. You lebih sibuk uruskan hal arwah isteri you. I ni siapa? Isteri you jugakkan.," sembur Mar sebaik sahaja melihat Haris masuk kedalam bilik pengantin mereka.
Dari tadi Mar hanya terperap di dalam bilik. Tidak betah dia turut serta menguruskan hal arwah Qila. Dia hanya menunggu Haris dari tadi.
Haris tidak lagi kelihatan terurus.Runsing dan sedih akan pemergian isterinya.Haris memandang Mar sebaik sahaja ditujukan soalan yang bertubi-tubi.
"Mar, you boleh tak bertimbang rasa sikit. Qila baru ja tinggalkan kita.", balas Haris lembut.
"Habis, I ni macam mana? Takkan you nak biarkan I sorang-sorang saja dalam bilik ni? Menyusahkan betul la perempuan tu, hidup menyusahkan orang, mati pun lagi menyusahkan orang.", akibat terlalu marah Mar seolah-olah tidak sedar apa yang dituturkan.
"Maria Isabella, you better watch your mouth. Sabar I ada tahapnya juga. Kalau tak disebabkan arwah Qila yang minta I kahwin dengan you, memang tak ingin I. You lebih baik tutup mulut you", tegas Haris.
Panas hatinya mendengar ayat yang keluar dari mulut Mar. Mar betul- betul mencabarnya.
"Betul la apa yang I cakap,"takut-takut dia menuturkan kata-kata. Gerun juga melihat Haris seperti singa.
"Sudah la, malas I nak layan perempuan macam you, menyakitkan hati I saja," balas Haris.
Haris beredar keluar dari bilik tersebut. Malas hendak bertikam lidah dengan Mar. Bukan menyenangkan hati , tetapi hanya menambahkan sakit hati.