Get the app for full experience
"Esok I start kerja, I dah informkan dekat Encik Mikail.", Mar menuturkan kata tanpa memandang wajah suaminya.
"What? No,abang tak izinkan.", tegas Haris.
"I just bagitahu you, bukan minta izin you.", balas Mar.
Haris melepaskan keluhan berat. Keras kepala betul isterinya
"Fine, tapi sayang pergi dengan abang. Tak payah drive sendiri. No offense.", Haris nekad.
"Mar! Kenapa nak masuk office tak bagitahu akak?", Kak Aina memeluk Mar. Rindu.
"Hehehe. Saja mak surprisekan akak. Miss you, akak.", Mar tersenyum.
"Wow. Maria Isabella is back! Seronok berpantang?", sinis ayat dari Diana.
Mar mengenggam jarinya. Mahu saja ditampar atau ditumbuk perempuan gedik itu.
"Diana. You better watch your word. Jangan ganggu isteri I lagi.", Haris tiba-tiba mencelah.
Diana terdiam. Haris menarik tangan isterinya ke biliknya.
"Let me go! You tak payah nak buat drama depan mata I. Muak tahu tak? Pergilah layan perempuan simpanan you tu.", geram Mar.
Mar melangkah keluar dari bilik Haris. Panas hatinya.
"Hi Mar! Jom lunch. Lama betul tak lunch dengan you.", Mikail bersuara.
"Astaghfirullahalazim. Terkejut I." Mar melurut dada.
"Sorry.", Encik Mikail mengangkat tangan meminta maaf.
"Jom", Mar mencapai handbagnya.
Mereka bercadang untuk lunch di tempat kebiasaan.
"Look. Who's here? ", tiba-tiba Diana yang entah dari mana bersuara.
"Kau ni kan, ada je kat mana-mana.", balas Mar.
"Dah ada suami pun gatal dengan jantan lain. Memang patut lah gugur pun.", bidas Diana lagi.
"Apa kau cakap? Biadap!", Mar mencapai gelas yang berisi air lalu mencurah ke arah Diana.
Diana menjerit. Satu kafe memandang ke arahnya. Malu.