Bab 15

Romance Completed 34967

"Mar, jom lunch sekali. You tak lapar ke?", Haris menerjah masuk kebilik Mar tanpa mengetuk pintu.

"Ish , you ni. Ketuk pintu tu dulu lain kali."

"Sorry. Jom lunch.", ajak Haris buat kedua kalinya.

"I don't think so, sebab I dah janji dengan Kak Aina and the gang", balas Mar sambil mencapai beg tangan untuk keluar.

"Alah.I lunch sorang lah macam ni."

####################

"Bagi I lemon juice".

"So Mar, awak ni single lagi ke macam mana?", soal Kak Aina seperti pihak polis.

"A'ah. Single lagi kak".

Bertubi-tubi soalan yang ditujukan oleh Kak Aina and the gang. Penat Mar nak menjawab satu per satu.

"Kak, Encik Haris tu org dia macam mana?", soal Mar ingin mengetahui lebih pasal perangai Haris di tempat kerja.

"Encik Haris? Dia tu jenis tegas, tapi baik hati sebenarnya. Isteri dia baru saja meninggal dunia. Kesian akak dengan dia. Mar tak nak try dia ke? Ramai awek-awek pejabat kita yang dah try, tapi tak dapat.", Kak Aina menyakat.

Mar menelan air liur. Tak disangka Haris mempunyai ramai peminat.

"Tak nak lah saya. Dia tu kawan saya dari kolej dulu, lama tak berjumpa. Tup- tup sepejabat pulak.", beritahu Mar supaya tidak muncul gosip-gosip liar.

"Lah, yeke.", balas Kak Aina.

"Eh, tu bukan Encik Haris ke, Mar?, tiba-tiba Sofia, juga teman sepejabat Mar menunjuk kearah pintu masuk.

Dilihat Haris sedang berjalan ke arah meja makan. Seorang saja. Kesian pulak Mar rasakan.

"Mar, panggil lah Encik Haris join sekali. Kesian dia makan sorang tu, tutur Kak Aina. Yang lain cepat-cepat mengangguk. Terlebih excited pulak.

"Aaaa.Mar eh yang kena ajak"

"Lah, kawan Mar kan, ajak je lah", balas Kak Yanti

Haris duduk bersebelahan dengan Sofia.Maria dapat perubahan riak wajah Sofia. Gadis itu teruja kerana sudah lama dia memendam rasa kepada Haris.

"Encik Haris, saya nak rasa makanan Encik Haris sikit boleh?," pinta gadis itu. Mar sengaja buat- buat tidak dengar, berpura-pura makan dengan tenang.

"Aaaa.Boleh, awak ambil je lah"

"Encik tolong suap kan boleh?", gedik suara Sofia ditelinga Mar.

Terus dia mengangkatkan kepalanya. Ingin melihat samada Haris bersetuju ataupun tidak.Disangka Haris akan menolak, rupanya sangkaannya meleset.

Haris selamba menyuapkan makanan kepada Sofia. Yang lain bersorak kepada pasangan itu, kecuali Maria.

Hatinya panas dengan perlakuan Haris. Dia sendiri sebagai isteri tidak pernah disuap makanan oleh Haris.

"Haris Firdaus!! You are just too much. I hate you!! ", jerit hati kecil Maria.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience