Bab 2

Romance Completed 34939

"So, kemana Mar pergi selama ni? Puas Qila dan Haris cari Mar.", ucap Qila memujuk Mar memberitahu hal yang sebenar.

"Lepas kejadian tu, Mar bawa diri ke Australia. Mar sambung belajar kat sana selama 3 tahun. Then Mar balik sini. Mar rindu Malaysia, plus Mar memang nak jumpa Qila. Nak minta maaf.",balas Mar sambil menyapu air mata. Lakonannya menjadi.

" Tak apalah Mar, kita lupakan saja lah. Buka buku baru. So, Mar dah ada boyfriend. Nak kata dah kawin, memang taklah. Qila tengok badan Mar ni cun melecun lagi ni", Qila berseloroh.

"Well, you are right. Mar belum kahwin and belum ada boyfriend. Malas nak fikir pasal tu.", balas Maria sambil menghirup jus tembikai di atas meja.

"Ye lah tu,ke Mar yang jual mahal?", Qila meneka.

"Memang aku jual mahal sebab aku nak laki kau", Mar bermonolog.

" Nonsense. So, Qila pula ,how is your life? Dah berapa orang anak?", tanya Mar berpura-pura tidak tahu.

Dalam hatinya ketawa gembira. Jika tak kerana rancangannya, sudah tentu Qila sudah mempunyai sekurang- kurangnya seorang cahaya mata.

"Alhamdulillah, Qila bahagia dengan Haris tapi... belum ada rezeki untuk dapat anak disebabkan Qila kemalangan setahun lalu. Doktor terpaksa buang rahim Qila.", terang Qila sambil menangis.

Empangan air mata sudah tidak dapat dibendung lagi. Malu kerana tidak mampu memberi zuriat kepada suaminya. Dia malu dengan dirinya sendiri.

"Qila. I'm so sorry. Mar tak tahu. Qila janganlah menangis. Ini semua dugaan, bersabarlah.",Mar memujuk.

"Maaflah. Qila emosi pula. Sepatutnya Qila happy sebab sahabat Qila dah balik. ", ucap Qila menyapu air matanya dengan hujung lengan baju.

"Its okay. Dah, jom makan", balas Maria tersenyum penuh makna.

AKU AKAN RAMPAS HARIS TAK LAMA LAGI. BERSEDIALAH UNTUK JADI JANDA,MY FRIEND.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience