Bab 104

Romance Completed 34939

"Pergi mana siang tadi?", Haris mengambil tempat di sebelah Mar, dia melabuhkan punggung.

"Pergi cari kerja lah, kan I dah bagitahu you kelmarin.",Mar masih meneruskan pembohongannya.

"Cakap betul-betullah.", sekali lagi Haris memberi peluang.

"Betullah.", sepatah Mar menjawab sambil matanya fokus pada kaca TV.

Haris merentap remote di tangan Mar, geram kerana dia masih lagi mahu menipu. Walhal, pergerakan Mar siang tadi sudah diperhatikan.

Tajam Haris memandang Mar, begitu juga Mar. Dalam hati Mar sudah tidak sedap, Haris mungkin sudah tahu dia berjumpa dengan Diana siang tadi.

"Apa you nak ni Haris?", soal Mar.

"Aku tanya kau sekali lagi, siang tadi kau pergi mana?", tegas nada Haris.

"Kan I dah cakap, I pergi......

Satu kucupan hinggap di bibir Mar, spontan Haris mengucup bibirnya. Jantung berdetak laju, mata masih tertutup kerana terkejut.

Haris menjarakkan kembali jarak mereka.
"Kau pergi jumpa Diana kan? So, kau dah tau semuanya?", terus Haris menyoal.

Mar sekadar mengangguk, tidak ada lagi yang dapat dirahsiakan.

"Kau marah sebab aku tak bagitahu? Kan?", Haris memandang Mar yang hanya menundukkan kepala.

"Kenapa tak bagitahu I?", Mar kembali bersuara.

"Memang aku sengaja tak nak kau tahu, aku tak nak bila aku bagitahu kau, then kau expect aku nak paksa kau balik pada aku.", balas Haris.

"Memang pun......

"See. Sebab tu aku tak nak kau tahu, aku nak kau terima aku seikhlas hati kau.", balas Haris meluahkan isi hatinya.

"Susah.", balas Mar sepatah.

"Aku tahu susah kau nak lupakan, aku tahu susah kau nak terima aku balik.", Haris membalas.

Mar hanya berdiam. Tidak mampu lagi menyusun ayat.

"Aku tak nak paksa, take your time.", Haris mendekati Mar sambil mengusap lembut jemari lembut Mar.

Perlahan Haris mengucup lembut dahi Mar. Agak lama bibirnya hinggap pada dahi Mar.

"Abang naik dulu. I love you sayang.", lemah ucapan dari Haris tetapi bibirnya mengukir senyuman.

Tersentap hatinya, sudah lama Haris tidak menggunakan panggilan itu.Tidak dinafikan, dia rindu, rindu pada kenangan manis mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience