Bab 71

Romance Completed 34939

"Benda dah jadi dah pun, nak pertikaikan apa lagi?...

"Don't you love me anymore?", Haris pantas memotong.

Tiada jawapan dari Mar, Haris terus menanti.

"I balik office dulu.", Mar kembali bersuara.

"Mar, please. Sampai bila kita nak macam ni? Bincang, then you mengelak.", Haris kusut.

"Sebab tu I cakap, I tak ada apa- apa nak bincang, tak ada apa dah yang boleh diperbaiki.", Mar sudah berdiri, berkira untuk pergi.

"Kat sini rupanya. Bincang apa? Haris nak cerai you?", Diana bersuara,tiba- tiba muncul.

"I balik dulu.", tidak mahu berbalah dengan Diana.

"Betul kan sayang? You nak ceraikan dia kan?", Diana gelak mengejek, tidak malu dipandang orang ramai. Bertambah gedik dia merangkul lengan Haris.

"Apa you merepek ni Diana?", Haris menarik kembali lengannya.

"Mar, I jumpa you kat rumah.", sempat Haris berpesan sebelum Mar berlalu pergi.

Mar sekadar berbalas pandangan dengan Haris. Terkesan juga dia mendengar perkataan 'cerai' dari Diana.

Dia memilih untuk tidak terus berada di situ, tidak mahu drama mereka bertiga berterusan menarik perhatian orang. Tidak betah juga melihat Diana dan Haris, sakit hatinya.

Latest update:
2:37 p.m, 28/3/2018

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience