Get the app for full experience
"Mar, aku tak habis cakap lagi ni.", Haris memekik. Mar tidak mengendahkan suaminya, dia selamba mendaki tangga mahu ke tingkat atas.
Haris mengejar, dia tidak puas hati.
"Apa lagi abang nak cakap?", balas Mar malas.
"Aku nak kau berhenti kerja. Duduk rumah je terus.", bicara Haris.
"What? No!",Mar tekad.
"Aku cakap berhenti, berhenti je lah. Kau nak menggatal dengan jantan tak guna tu lagi?", Haris menebak.
Mar melepasakan dengusan.
"Dia ke abang jantan tak guna tu?", Mar sudah hilang sabar. Sakit hati dituduh yang bukan-bukan.
"Kurang ajar.", Haris melayangkan penampar ke pipi isterinya. Dia sudah gila, amarah menguasai diri.
Akibat daripada tamparan itu, Mar tidak dapat mengimbangkan badannya. Dia jatuh dari tangga.
Perit yang dia rasakan. Mar memegang perutnya. Darah mengalir dari celah kangkang.
"Maafkan mama, sayang. Mama tak kuat.",rintih hati Mar sebelum matanya terus tertutup.
Haris terpana. Menyesal? Dia tersedar, berlari mendapatkan isterinya.
"Apa kamu dah buat ni Haris? Kenapa kamu buat isteri kamu macam tu?", Puan Sarimah tidak henti-henti memarahi anak lelakinya.
Masing-masing sedang menunggu khabar dari doktor mengenai Mar. Kak Aina, Puan Sarimah, dan Haris.
Haris benar-benar menyesal. Dia sedar yang dia tidak sepatutnya melayan isterinya seteruk itu.
"Maafkan abang, sayang. Abang betul-betul menyesal.", hati kecil Haris berbicara.
Mikail baru sampai. Dia menyerang Haris. Dicengkam kolar baju Haris.
"Apa kau dah buat dekat dia hah? Kalau jadi apa-apa dekat dia nahas kau.", Mikail berang. Turun naik dadanya menahan marah. Nasib baik cepat dihentikan oleh Puan Sarimah.
"Sudah! Jangan bergaduh, inikan hospital.Lebih baik kita doakan Mar baik-baik saja." , Puan Sarimah bersuara.
Mikail melepaskan cengkamannya. Haris masih dipandang tajam. Dia tidak melawan, hanya mendiamkan diri.
Latest update:
7/9/2017 , 10:32 a.m