Bab 62

Romance Completed 34939

Mar hanya berbaring santai dia atas sofa. Jari menekan- nekan punat remote TV berkali-kali. Tiada rancangan yang menarik minatnya, satu keluhan dilepaskan.

Bosan! Tidak lama lagi Haris akan pulang, dua hari lagi,ibarat dua tahun baginya. Hari minggu, sepatutnya orang lain berseronok bersama yang tersayang, meluangkan masa bersama.

Pintu diketuk bertalu-talu dari luar, Mar melangkah untuk membuka pintu. Pelik! Siapa yang datang.

Kosong! Tiada sesiapa, Mar meninjau kawasan rumahnya, mungkin anak jiran cuba untuk bergurau.

Mar terpandang akan sepucuk sampul di hadapan pintu ketika ingin menutup pintu, was- was juga untuk mengambil.

Tertulis namanya di atas sampul tersebut. Dia menutup pintu lalu mengatur langkah ke ruang tamu. Perlahan-lahan dilihat isi sampul tersebut.

Gambar! Satu persatu gambar itu diamati. Diana bersama suaminya. Mengapa Haris menipu?

Betul lah jangkaan dia selama ini, Diana memang bersama suaminya di Sabah. Hatinya hancur berderai dengan pengkhianatan cinta Haris.

Sudah berkali- kali Haris mencuba untuk menelefon isterinya, tetapi tidak juga berjawab. Mungkinkah dia sudah tahu? Ah! Tidak mungkin!

Handphone Haris berdering, menyangka isterinya menelefon.

Tertera nama Diana. Apa lagi dia mahu? Dengan berat hati Haris menjawab.

"You nak apa lagi, Diana?"

"Haris, tolong I , perut I sakit. Haris, tolong I.", Diana merintih di hujung talian.

"You jangan main- main lah!"

Senyap! Risau, Haris melangkah ke bilik Diana.

Latest update:
2/2/2018 , 7:19 p.m

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience