Bab 11

Romance Completed 34939

Sudah seminggu berlalu. Hubungan Mar dan Haris tidak semakin baik..

"You dah packing barang?", soal Mar memecahkan kesunyian. Masing-masing sibuk menghadap handphone dari awal mereka berada di ruang tamu.

"Belum. You tolong kemaskan boleh?", balas Haris sambil tersenyum menampakkan gigi kapaknya.

"Pleaselah. Ingat comel ke buat macam tu? Kemas lah sendiri.", balas Mar yang sudah berkira untuk bangun.Tiba-tiba lengannya ditarik Haris lembut.

"Apa ni? Lepaslah!"

Mar meronta-ronta untuk melepaskan pegangan Haris. Tetapi apa kan daya tenaga wanita nak kalahkan tenaga kaum Adam.

"Haris Firdaus! Let me go! Jangan jadi budak-budak sangat boleh tak?", tegas Mar.

"I ke you yang macam budak-budak?", sinis soalan Haris.

"Sampai bila you nak jauhkan diri dari I? Berdosa buat suami you macam ni, tak dapat bau syurga", sambungnya lagi.

"I yang terhegeh-hegeh dekat you. Tapi pernah you anggap I sebagai isteri you? Macam-macam I buat untuk dapatkan hati you, kasih sayang you. Tapi, pernah you nampak? Pernah you usaha untuk terima I sebagai isteri you? Tak kan?", sembur Mar. Segala ketidakpuasan hatinya selama ini telah diluahkan.

Tercengang Haris mendengar jawapan Mar. Perlahan-lahan pegangan tangan Mar dilepaskan. Keadaan menjadi semakin rumit, runsing kepala memikirkannya.

Mar berlalu masuk kedalam bilik. Penat bertikam lidah mengenai perkara yang sama. Haris tidak pernah nampak usaha yang dilakukan oleh Mar.

#########################

Sepanjang perjalanan untuk pulang ke rumah mereka, masing-masing diam melayan perasaan mereka.

"You start kerja esok pukul berapa?", soal Haris setelah hampir 2 jam tidak berbicara.
1 saat

3 saat

5 saat

10 saat

30 saat

Tiada jawapan yang keluar dari mulut Mar.

Haris bengang. Persoalannya dibiarkan sepi oleh Mar. Mar hanya tunduk memandang skrin handphone miliknya. Sengaja dipekakkan telinganya.

Mar memandang Haris sebaik sahaja handphone miliknya disambar oleh Haris.

Pandangan tajam diberikan kepada Haris. Haris tidak menolehkan wajah. Dia hanya berlagak selamba. Matanya masih fokus pada pemanduan.

"Give my phone back.", ucap Mar.

"Ada mulut rupanya. I tanya tak tahu nak jawab.", perli Haris.

"Pukul 8 pagi. Esok I kena lapor diri sebab esok first day I masuk kerja", balas Mar malas.

"Give me my phone back",sambung Mar.

"I hantar you esok.", balas Haris.

"No! I nak drive sendiri. You tak payah susah-susah. You pun kena kerja kan."

Haris akur. Handphone Mar dikembalikan. Mar tersenyum kemenangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience