Bab 4

Romance Completed 34939

"Qila, apa ni? Kenapa Qila sembunyikan semua ni dari abang? Sampai hati Qila,Qila tak sayangkan abang ke?", luluh hati Haris melihat isisurat ditangannya.

Isteri yang dicintainya menghidap kanser serviks tahap tiga. Bagaimanaselama ini sanggup disembunyikan dari pengetahuannya.

"Maafkan Qila,bang. Qila tak nak tengok abang sedih. Qila rela tanggung semua ni seorang diri. Dahlah Qila tak mampu beri abang anak, lepas tu Qila nak tambah lagi beban pada abang.", balas Qila teresak- esak.

Rahsia yang disimpan selama ini telah terbongkar. Dia tidak mahu suaminya menanggung kesusahan yang dihadapi.

"Habis tu sampai bila Qila nak sembunyikan semua ni dari abang. Sampai bila? Kalau abang tak jumpa surat ni, entah bilalah Qila nak terus terang dengan abang.", sesal Haris.

"Maafkan Qila.Qila tak tahu macam mana nak terus terang dengan abang.Qila tak nak abang sedih. Masa yang Qila ada dah tak lama,bang", balas Qila sambil mencium tangan suaminya.

"What do you mean by that? No, abang takkan biarkan Qila pergi. Abang sayangkan Qila, sayanglah hidup abang. Kita boleh cuba rawatan doktor pakar or pakar dari overseas."

"Taknak abang. Qila dah cukup menahan sakit selama ni. Qila taknak buat kemoterapi.", pinta Qila.

"Apa yang Qila cakap ni? Kita perlu usaha,kalau tak macam mana nak sembuh?", sedih Haris mendengar permintaan isterinya.

"Qila harap abang hormati keputusan Qila. Qila dah redha dengan ujian ni. Qila nak habiskan sisa- sisa hidup Qila dengan bahagia bersama abang.", ujar Qila sambil tersenyum untuk menyembunyikan kesedihannya.

"Baiklah, kalau tu keputusan sayang, abang terima.", Haris terpaksa akur. Sesungguhnya, sukar untuk dia mengubah keputusan isterinya.

"Qila sayang abang, abanglah cinta Qila selepas Allah,Rasulullah dan arwah ibu ayah.", ucap Qila sambil memeluk suaminya kejap.

"Abang cintakan Qila. Qila lah nyawa abang.", balas Haris membalas pelukan isterinya lalu mencium ubun- ubun isterinya. Dia mahu lupakan semua masalah yang melanda fikirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience