Get the app for full experience
Haris dan Mar bersama - sama pejabat. Haris memandu keretanya sendiri.
Mar tidak mahu menyusahkan Haris. Dia mahu pergi dengan keretanya sendiri, tetapi dihalang keras oleh Haris.
Mar pasrah. Tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan bertekak.
Kelmarin, Haris telah menghantar ibunya pulang. Puan Sarimah terpaksa pulang lebih awal kerana ada sahabat terdekatnya meninggal dunia
Mar kembali ditempatkan ke 'bilik' asalnya. Lakonan mereka sudah berakhir.
"Hai Mar. Rindunya akak dengan Mar.", Kak Aina memeluk Mar.
"Akak ni overlah. Baru seminggu tak berjumpa.", balas Mar.
Meletus ketawa mereka berdua. Mikail memerhatikan Mar dari jauh.
Wajah itu dirinduinya, seminggu terpaksa dia harungi tanpa wajah manis itu kerana terpaksa menghadiri kursus bersama Kak Aina di Cameron Highlands.
"Mar, jom ikut I, I ada appoinment dengan Tan Sri Musa.",Mikail menjengukkan kepala di pintu bilik Mar.
Mar menurut. Diambil fail-fail yang berkenaan serta handbag miliknya.
"You tak bagitahu I pun yang husband I ada sekali.", Mar menjegilkan mata kepada Mikail.
Agak terkejut melihat Haris turut serta. Haris memandang Mar dengan Mikail dengan tajam.
Bosan! Itu yang Mar rasakan. Terperap lebih daripada tiga jam.
Mar menguap kecil disebelah Mikail. Mikail yang perasan akan keadaan itu mendekatkan wajahnya untuk berbisik kepada Mar.
"Kalau you mengantuk, you pergilah mana-mana dulu. Kafe ke.", Mikail memberikan cadangan, kasihan melihat Mar.
"It's okay.", balas. Mar pendek.
Bulat mata Haris melihat Mikail bukan main dekat dengan Mar. Siap berbisik-bisik.
Setelah hampir empat jam, akhirnya urusan mereka selesai.
Semua yang hadir dibenarkan bersurai. Mar mengatur langkah untuk turut sama bersurai. Tanpa diduga, dia tersilap langkah. Kakinya tersepak wayar mikrofon menyebabkan dia hilang keseimbangan.
Mikail bertindak pantas. Dengan cepat, disambut pinggang Mar agar tidak jatuh menyembah bumi.