Get the app for full experience
"Sayang dah lunch?" - Haris
"Dah, dengan Kak Aina and the gang tadi, abang?." - Mar
" Dah ,tadi." - Haris
Handphone bergetar lagi, isyarat mesej Whatsapp baru.
Haris menghantar gambar sambil riak wajah sedih, dengan kapsyen "Miss you :'( ". Mar tersenyum.
"Miss you too, cepatlah balik :'( ." - Mar.
"Amboi- amboi , tersenyum- senyum sorang ni dah kenapa?", Kak Aina tiba-tiba muncul.
"Akak! Terkejut Mar. ", Mar mengurut dada. Kak Aina ketawa sahaja, berjaya mengenakan Mar.
"Akak, Diana mana eh? Mar tak nampak dia dah banyak hari.", spontan soalan dari Mar.
"Dengar cerita dia dia ambil cuti, pergi Sabah kalau tak silap akak."
Tersentak hatinya.Cepat- cepat dia mengucap, mengusir kegusaran yang melanda, walaupun rasa curiga masih tersisa.
"Mar! Dengar tak akak cakap? Ya Allah, dia mengelamun pulak. Tadi bukan main tersengih-sengih.", Kak Aina bersuara.
"Hah?" , Mar tayang muka blur.
"Akak nak ke toilet, kalau Danny datang, tolong pesan kat dia, ambil je fail ni atas meja akak.", pesan Kak Aina.
"Ok boss."
"Thanks.Dah, jangan nak mengelamun lagi.", Kak Aina berlalu sambil mengelengkan kepala. Pelik benar dengan perangai Mar.