Get the app for full experience
"Hello sayang. You tunggu I. Kejap lagi I sampai.",Haris sengaja menguatkan suaranya supaya didengari Mar.
Mar sedang berehat di ruang tamu. Dia hanya mendengar perbualan suaminya dengan Diana.
"Aku nak keluar. Kau jangan ke mana-mana. Jaga rumah ni.",Haris memberi amaran.
Mar mengangguk tanda faham. Sabar sahaja dia dengan kerenah suaminya. Kecewa. Hati isteri mana yang tak kecewa apabila suami curang.
"Haris,you are late.", Diana monyok.
"I'm sorry. Jalan sesak tadi.", Haris memberi alasan.
"Ni kenapa you nak jumpa I ni?", sambung Haris lagi.
"Saja. I bosan. Jom shopping", Diana memaut lengan Haris.
Haris menolak pautan tangan Diana. Tidak suka Diana melebih-lebih.
"Diana! You kena ingat, kita berlakon depan Mar je tau. Dekat luar, we are nothing.", Haris memberi peringatan kepada Diana.
Sebenarnya Haris dan Diana hanya berlakon di hadapan Mar. Tujuannya ingin menyakiti hati isterinya.
Diana membuat muka menyampah.
"Fine!",balas Diana.
Dalam hati Diana sudah memaki-maki Mar. Dia sendiri tidak tahu sejak bila dia terjatuh hati pada Haris.
Dia menyimpan cita-cita untuk memenangi hati Haris. Tambahan pula, rumahtangga Haris dan Mar sekarang sudah retak seribu.
Haris mematikan enjin kereta. Stress dengan perangai Diana yang mengada-ngada. Ikut hati nak dibatalkan sahaja plannya dengan Diana.
Haris mengetuk pintu berkali- kali. Terlupa pula untuk membawa kunci rumah ketika keluar rumah tadi.
"Mana dia ni. Mar!", Haris memekik memanggil isterinya.
Akhirnya pintu dibuka. Haris menolak pintu kasar. Terdorong sikit Mar ke belakang.
"Kau buat apa yang lambat sangat buka pintu ni?", tengking Haris.
"Maafkan Mar, Mar kat dapur tadi.", Mar menahan tangisnya.
"Maaf maaf maaf. Muak aku dengan perkataan maaf kau.", tajam pandangan Haris. Tiada langsung belas di matanya.
"Abang, sampai bila abang nak seksa Mar macam ni?", soal Mar.
"Sampai bila-bila", Haris berlalu meninggalkan Mar.