Get the app for full experience
Pagi yang sungguh sempurna di bumi Australia. Mar menyelak langsir, cantik pancaran matahari menampar pipi.
Handphonenya berdering, Suhana menghubungi.
"Ye Su, Kejap lagi aku sampai. Give me an hour.", jawab Mar, Suhana tidak habis membebel.
Sudah genap setahun dia menetap di bumi Australia, Suhana dan suaminya yang banyak membantu Mar untuk mendapatkan pekerjaan di situ. Suraya merupakan kenalan lamanya.
Dia membuat keputusan untuk berhijrah ke Australia setelah sebulan diusir oleh Haris. Duit simpanan dalam akaun bank digunakan untuk ke sana. Dia mahu melupakan segala kenangan pahitnya.
"Mar, aku ada benda sikit nak cakap ni. Next week aku dengan suami aku plan nak balik Malaysia. Lama sangat dah tak balik. So, kau nak join ke tak?", soal Suhana, kasihan melihat Mar yang hanya keseorangan. Kagum dengan ketahahannya sebagai seorang wanita, banyak yang dia tahu mengenai rumahtangga Mar dan Haris.
"Bagi aku masa untuk fikir.", balas Mar pendek.
Masih berkira- kira untuk menjejakkan kembali ke Malaysia. Risau kenangan lama mengganggu fikirannya kembali.
"Kau fikir lah masak- masak. Sampai bila kau nak lari dari dia. Selesaikan dengan baik.", nasihat Suhana.
"Aku takut untuk berhadapan dengan dia. Aku malu, dia dah bahagia tapi aku? Dia siksa aku selama ni, gantung tak bertali.", sebak Mar mengenangkan perilaku Haris terhadapnya.
" Aku faham. Tapi benda tak akan settle kalau kau terus melarikan diri.", balas Suhana
Mar mengangguk, faham akan keprihatinan yang diberikan Suhana. Sahabat yang menginginkan kebahagiannya juga.
Latest update:
6:22p.m, 6/4/2018