Get the app for full experience
"Now you explain.",tegas Haris.
"Mar tak salah, Encik Mikail tu yang ajak Mar lunch. Mar dah bagitau yang Mar lunch dengan abang. Then, dia merapu luahkan perasaan dia pulak," terang Mar.
"Oh, sayang sukalah macam tu? Seronok ada orang luahkan perasaan dekat sayang.", Haris menebak.
"No, I'm not that kind of woman.", Mar memotong percakapan Haris.
"Yes you are. Siap pegang-pegang tangan lagi.", Haris membalas.Tajam pandangan diberikan kepada Mar.
"Abang dah salah faham. Bukan Mar yang suka- suka , tapi Encik Mikail tu yang tiba-tiba, tak sempat Mar nak tolak, abang dah terjah.", Mar membela dirinya.
"Alasan lah semua tu.",Haris berlalu naik ke atas.
Mar buntu. Haris tidak langsung mempercayainya. Sudah diterangkan apa yang terjadi, tetap juga dia meragui.
#####################
Sudah dua minggu berlalu, Haris masih dengan egonya, tidak mahu bercakap dengan isterinya.
Mar makin buntu, macam-macam dia lakukan untuk memujuk Haris. Tidak juga berjaya. Malah, Haris bagaikan tidak mahu langsung melihat mukanya.
Hari ini hari minggu, Haris dari awal pagi sudah keluar. Alasannya mahu bertemu dengan kawan.
Mar sibuk mengemas rumah.Bosan, tiada apa yang dapat dilakukan kecuali itu. Mahu shopping, tiada teman.
Dia mengemas dari ruang tamu, tandas dan bilik tidur. Mar memandang bilik yang dikunci mangga itu.
Pelik. Sejak awal dia melangkah masuk ke rumah itu, Haris menghalangnya untuk membuka pintu tersebut. Mar menjadi ingin tahu apa yang ada di dalam sana.
Dia mencari-cari kunci yang diletakkan di atas kabinet. Dicuba satu persatu kunci tersebut.
"Tap", akhirnya pintu tersebut terbuka. Mar lega, setelah penat mencuba.
Dia melangkah masuk untuk melihat apa yang disembunyikan Haris.