Get the app for full experience
"Kau pergi mana? Pantang aku tak ada kan, entah macam mana lah waktu aku tak balik rumah ni dulu.", Mar terus diserang oleh Haris.
"I keluar pergi rumah Kak Aina kejap, dia buat birthday party anak dia.", jelas Mar.
"Yelah tu. Ke kau keluar dengan jantan tu lagi?", jerkah Haris, panas hati melihat Mar yang selamba.
"Jangan nak main tuduh boleh tak?", Mar menjeling, dia melangkah mahu ke biliknya.
Diana hanya duduk di sofa, memerhatikan pertengkaran Haris dan Mar. Dalam hati, dia ketawa.
"Aku tak habis cakap lagi. Kau nak pergi mana?", jerkah Haris lagi.
"You nak apa lagi Haris?", Mar memalingkan wajah ke arah Haris.
"Mulai esok,aku nak kau berhenti kerja. Duduk rumah, jaga Diana or buat apa yang patut dekat rumah.", perintah Haris.
Terus Mar menjeling Diana. Dia yakin, itu pasti angkara Diana.
"You boleh je kan hire pembantu rumah. Kenapa I pula yang nak kena berhenti kerja?", Mar tidak berpuas hati.
"Kalau aku nak hire pembantu rumah, aku tak balik rumah ni. Faham?", kejam balasan dari Haris.
"Tapi..
"Tak ada tapi- tapi. Kalau kau nak terus duduk dalam rumah ni, kau ikut cakap aku.", potong Haris.
Keputusan Haris kelihatan muktamad. Mar menahan geram. Terus dia berlalu ke biliknya, pintu dikunci. Haris semakin melampau.
Latest update:
3:11 a.m, 6/4/2018
HELLO GUYS !! TERUSKAN MEMBACA TAU, SEBAB DAH TAK BANYAK DAH CHAPTER YANG TINGGAL. JANGAN LUPA JUGA FOLLOW SAYA. STAY TUNE !!