Get the app for full experience
"Kemana kau menghilang selama ni?", terus tangan Mar direntap setelah dia melangkah keluar dari restoran tersebut.
Terkejut Mar, tidak langsung perasan kehadiran Haris.
"Lepaslah.", Mar mencuba melepaskan pegangan Haris.
"Ikut aku balik. Kau jangan menyibuk.", sempat Haris memberi amaran kepada Mikail. Dia menarik Mar ke arah keretanya, Mar dipaksa masuk.Kereta terus dikunci, mengelakkan wanita itu lari.
"Mana you nak bawa I pergi ni? Dah halau kan, kutip balik kenapa?", Mar mengetap gigi.
"Kau diam.Kau jangan ingat aku nak biarkan kau dengan jantan tu.", tegas Haris bersuara.
"I'm so done dengan cemburu buta you. Dari dulu sampai sekarang, benda yang sama you nak ungkitkan.", hambur Mar.
Haris hanya mendiamkan diri. Masing- masing melayan perasaan.
"Dah sampai, tak reti nak keluar ke? Ke nak kena dukung?", sinis ayat dari Haris.
Terus Mar membuka pintu kereta, pintu kereta dihempas dengan kuat tanda memprotes. Berat hati mahu melangkah ke dalam rumah itu.
Mar dan Haris melangkah masuk. Mata Mar mencari- cari di mana Diana. Perbuatannya disedari oleh Haris.
"Kau cari apa?", tegur Haris.
" Mana isteri kesayangan you?", soal Mar.
"Kau sibuk apa, cepat naik atas. Letak barang- barang kau.", arah Haris. Terus Mar memandangnya pelik.
"Kenapa pula atas? Taknak. I duduk bilik bawah.", Mar melawan
"Kau nak ikut cakap aku ke tak? Kalau kau duduk bilik bawah, aku pindah bilik bawah juga.", ugut Haris.
"Apa you nak sebenarnya ni? I'm not interested in your game.", tajam Mar memandang Haris.
Haris sekadar tersenyum menang. Terus dia melangkah ke bilik atas.
"Make your choice", ucap Haris.
Latest update:
1:20a.m, 7/4/2018