Get the app for full experience
Sudah seminggu lebih Haris tidak pulang ke rumah Mar sejak peristiwa malam itu. Tidak langsung dijangka Haris akan bertindak sedemikian. Malah, Haris selalu mengelak bersemuka dengan Mar di 'office'.
"Good morning semua!", kedengaran suara Diana, semua berbisik-bisik. Mar sahaja yang masih fokus pada kerjanya.
"Wah cantiknya Diana sekarang, bertudung. Alhamdulillah.", sempat telinga Mar menangkap kata- kata dari Kak Aina.
Mar turut melihat. Memang tidak dinafikan kecantikan wanita itu. Berbaju kurung dan bertudung, manis mata memandang. Disisinya terlihat Haris, mungkin datang bersama Diana. Memang hubungan Haris dengan Diana semakin baik sekarang, itu yang dilihat oleh Mar.
Diana juga kini kelihatan lebih ramah, lebih lemah lembut. Tidak lagi mahu berbalah apabila bersemuka dengan Mar. Pelik juga pada mulanya dengan perubahan wanita itu, tetapi dia mahu lebih berfikiran positif. Malah, Diana ada juga berjumpa dengan Mar untuk meminta maaf atas kesalahannya selama ini.
"Hai Mar, cantik tak I bertudung? I ada dengar ustaz ni bagi ceramah, demi suami I, I tak sanggup bagi dia tanggung dosa- dosa I.", Diana bersuara. Mar sekadar tersenyum, tersentap juga mendengar kata- kata dari Diana tetapi ada benarnya juga.
"Cantik, sejuk mata memandang. Semoga you terus istiqamah.", Mar menghadiahkan senyuman.
"Thank you, I sambung kerja dulu tau.Bye.", sambung Diana.
Mar menyambung kembali kerjanya, sedar yang Haris masih lagi terpacak di depan pintu. Tidak sanggup untuk menatap wajah lelaki itu.
"Diana, lunch kita jangan lupa.", sempat Haris berpesan sebelum berlalu. Mar hanya memekakkan telinga.
Latest update:
10:50 p.m, 28/3/2018