Get the app for full experience
"Cik Maria, pekerja saya akan guide awak untuk hari ini", ucap Dato' Mahadi.
Dia menekan telefon pejabat, mahu memanggil pekerjanya.
"Haris,masuk bilik saya sekejap".
Takkan. ..
Pintu bilik diketuk dari luar. Haris menjengukkan kepala sebelum meminta izin untuk masuk.
"Haris, awak akan guide Cik Marisa hari ini".
"Baiklah Dato", Haris bersuara. Terus kepala Mar memusing 360 darjah. Suara yang amat dikenali.
"Mar!" Haris terkejut, begitu juga Mar.
"So, both of you memang dah kenal? Senang la kerja macam ni.", tegur Dato' Mahadi.
"Yes Dato'.Encik Haris ni kawan saya since kolej dulu.", Mar cepat-cepat cover untuk menyembunyikan kebenaran tentang hubungan mereka.
"Mari Cik Maria. Saya kenalkan awak dengan staf-staf dulu.", ucap Haris.
"Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak perkenalkan staf baru kita, Cik Maria Isabella.", Haris memperkenalkan Maria di hadapan semua staf syarikat.
"Hai semua. You all can call me Mar. Harap dapat beri kerjasama.", ucap Mar sambil tersenyum manis.
"Hai Mar. Nama saya Zue", balas salah seorang wanita bertudung.
"Hai, saya Sya"
"Hai, panggil akak , Kak Aina je", mesra semua staf menegur Mar.
"Dah - dah. Kejap -kejap lagi la nak bersuai kenal ye. Cik Maria, sini saya tunjukkan bilik awak.", tutur Haris.
Mar mengikuti Haris ke bilik yang dimaksudkan. Boleh tahan luas, sesuai dengan 'taste'nya.
"Macam mana you boleh kerja kat sini. Kenapa you tak bagi tau I awal-awal.", Haris melontarkan soalan yang dari tadi dipendamkan.Cuma mencari masa yang tepat.
"You tak tanya. Plus, I tahu pun yang you kerja sini.Don't worry, I takkan buka mulut pasal hubungan kita", balas Mar selamba.
"Okay lah, I keluar dulu. Banyak lagi kerja nak kena siapkan. Kalau you ada apa- apa masalah, just inform me.", Haris meminta diri.
"Okay!"