Get the app for full experience
"Yahoooo. Bali!!", jerit Mar gembira.
"Shhh, orang pandanglah. Happy sangat kenapa?", tegur Haris.
"Mestilah I gembira. Takkan nak sedih pula.", jawab Mar.
Sebenarnya dia terlebih gembira kerana apabila dia terjaga dalam perjalanan tadi, Haris berada di sebelahnya. Siap pegang tangan lagi uolls. Sengaja dia pura- pura tidak tahu apa-apa.
" 'Plataran Ubud Hotel & Spa' " pesan Mar kepada pemandu teksi.
"Baik non."
Tidak lama perjalanan ke hotel tersebut, kedua-dua mereka leka dengan permandangan sekeliling.
"Terima kasih ya pak", ucap Mar setelah sampai sambil menghulurkan wang.
"Makasih juga non. Selamat bercuti.", balas pemandu teksi tersebut.
"Selamat datang ke Plataran Ubud Hotel & Spa", ucap dua orang gadis penyambut tetamu.
Mar dan Haris membalas dengan senyuman.
"Selamat datang, bisa saya bantu?", soal seorang receptionist hotel tersebut.
"Saya udah book kamarnya no. 34.", Mar menunjukkan bukti tempahan bilik.
"Baik, bisa saya check sebenarnya non.", balasnya.
"Baik, namanya non Maria Isabella ya? Ini kunci kamarnya.", dia menghulurkan kunci kepada Mar.
"Terima kasih ya", ucap Mar kembali.
"Sama-sama non. Kamarnya di tingkat satu.", balas receptionist tersebut.