"Mar, you ikut I jumpa Dato' Anuar kejap lagi. Ada appoiment.", ucap Mikail kepada Maria.
"Baik, Encik Mikail", jawab Mar.
"Patut ke aku bagitau dia? Ke tak payah?
Sekejap je kot, tak payah lah",fikir Mar
Haris mencari Mar, tiada di dalam biliknya. Pelik, selalunya ada apabila Haris ajak lunch sekali sejak perjanjian mereka termeterai untuk lunch bersama.
Puas Haris mencari. Di pantri, juga tiada. Akhirnya Kak Aina beritahu yang Mar ikut Encik Mikail, sebab ada appoiment.
"Kenapa dia tak bagitahu aku?", panas hati Haris. Cemburu? Ah, tidak mungkin.
#####################
Mar gelisah sambil melihat jam di lengan. Jam menunjukkan sudah pukul 6:45 petang. Urusan Encik Mikail dengan Dato' Anuar belum pun selesai.
Haris berang, panas hatinya. Sudah lebih kurang 56 kali dia menelefon Maria. Whatsapp juga sudah berpuluh kali. Satu pun tidak berjawab. Sudah pukul 9:30 malam, Mar masih belum pulang.
Acap kali Haris memandang ke tingkap, menanti kepulangan isterinya. Risau bercampur dengan marah. Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta di hadapan rumah. Maria sudah pulang.
Perlahan-lahan Mar melangkah masuk ke dalam rumah. Dilihat Haris sedang duduk di sofa, dengan muka yang menanti penjelasan daripadanya.
"I'm sorry, my fault", terus Mar mengaku salah.
"I dont want to hear all that thing. I nak you explain kenapa you balik lambat. Call I, whatsapp I, kenapa you tak jawab? Handphone mahal-mahal buat apa kalau tak tahu nak pakai," berdesing telinga Mar mendengar bebelan Haris. Betul-betul marah, sampai merah wajahnya.
"Encik Mikail punya appoinment dengan Dato' Anuar habis lambat sebab Dato' Anuar ada hal, sebab tu lambat nak mulakan. Then, habis dalam pukul 7:30 malam, terus diaorang ajak I join makan malam sekali. I nak tolak, tapi Encik Mikail beria suruh I ikut, sebab tu juga dia yang hantar I balik. Kereta I tinggal kat syarikat , sebab dah malam.I memang nak bagitahu you, tapi bateri handphone habis. I'm sorry.", jelas Mar. Rasa bersalah.
"You boleh je kan pinjam handphone Encik Mikail tu kejap untuk telefon I", sangkal Haris.
"I mana ingat no. telefon you", balas Mar.
"Ah, tu semua alasan you. I jadi orang bodoh sebab risaukan you, tapi you berseronok kat luar sana. Perempuan macam apa you ni? Macam perempuan tak ada maruah. Kalau kau nak sangat delat Mikail tu pergi lah, aku suami, kau buat macam tunggul.", tengking Haris. Bila marah menguasai diri, percakapan tidak dapat dikawal. Habis disemburnya, tidak sedar dia menggunakan bahasa 'kau aku' dengan isterinya.
"Enough Haris. I tahu I salah. Tapi bukan sengaja I buat semua ni. I sedar I siapa dekat hati you, you pandang pun tidak. Tapi I juga ada hati, tak perlu lah you hina I sampai macam ni.",bergetar suara Mar menahan tangis. Remuk hatinya, sedih, dan kecewa.
Tidak disangka Haris akan begitu marah. Niatnya apabila pulang untuk meminta maaf dan menyelesaikannya dengan cara yang baik, bukan dengan dengan cara bertikam lidah.
Haris tidak memandang Mar. Panas hati belum reda.Tidak dia sedari yang dari tadi Mar sedang menahan tangisnya.
"I naik atas dulu.", tutur Mar membelakangi Haris.
" I tak habis cakap lagi kan",Haris menarik tangan Mar. Dilihat kesan air mata pda kedua-dua belah pipinya.
Dia menangis?
"Apa lagi? Tak cukup lagi? Lepaslah", Mar merentap tangannya sebelum berlalu meninggalkan Haris di ruang tamu.
Ya allah, apa aku dah buat ni? Haris, kau bodoh. Tak tahu nak kawal marah kau. Arrggghhh!! Damn it! Mar, maafkan I.
Share this novel