Get the app for full experience
"Lepaslah Haris, apa ni? I tak ambil ubat I lagi.", Mar meronta untuk dilepaskan.
Diana dan Mikail yang rancak berborak akhirnya terdengar perbalahan antara Haris dan Mar.
Mar ditarik ke luar klinik tersebut.
"Kau ikut aku balik.", arah Haris.
"You baliklah dengan isteri you. I tahulah nak balik sendiri.", Mar tidak mahu lagi berbalah.
" Sayang, dahlah tu. Malu lah orang tengok ni.", Diana mencelah.
"Aku hantar dia balik, aku yang bawa dia datang sini.", Mikail juga.
"Kau diam! Urusan aku suami isteri kau tak payah nak menyibuk.", Haris memandang Mikail.
"I balik dengan Mikail,you balik dengan Diana.", lemah Mar bersuara sambil perlahan mahu melonggarkan pegangan dari Haris. Kepala makin berat dek pancaran panas matahari, pandangan makin kabur.
"Yang kau terhegeh sangat nak balik dengan dia kenapa? Aku ni suami kau.", Haris kembali menarik lengan Mar.
"Bro, kau elok- elok sikit tak boleh ke? Tak nampak ke dia sakit tu?", Mikail kembali bersuara, dapat melihat raut wajah Mar yang semakin lemah.
"Dia isteri aku, hak aku. Ini cara aku ajar dia. Kau diam", balas Haris.
"Dah - dah. Mikail, you balik dulu, thanks sebab tolong I. I balik dengan suami I.", Mar akhirnya akur dengan keputusan Haris.
Baru dua tiga langkah Mar melangkah, pandangannya terus gelap.
Latest update:
9:58p.m, 5/4/2018