Bab 16

Romance Completed 34939

Mar sedang khusyuk menonton televisyen. Penatnya belum habis sejak balik dari pejabat tadi. Panas hatinya juga belum pulih.

Tiba-tiba Haris datang sambil membawa dua cawan milo panas. Satu dihulurkan kepada Mar, mungkin ingin mengambil hati.

"Nah, I buatkan untuk you.",tutur Haris.

Mar tidak mengendahkan suaminya. Matanya kekal memandang pada skrin televisyen.

"Mar", panggil Haris lembut. Tiada jawapan juga.

Tiba-tiba skrin televisyen hitam, TV terpadam. Mar memandang Haris, Haris tersenyum sambil menayangkan remote TV.

"Bagilah remote tu, I nak tengok TV ni kan", malas Mar melayan Haris.

"Cepatlah, tak kuasa lah nak layan you. You pergi lah kacau orang lain. Biarkan I".

"You jealous?", soalan bodoh ditanyakan Haris.

"You sendiri tau jawapannya.Give me the remote back Haris Firdaus.", Mar menahan sabar.

"One kiss?", balas Haris. Miang.

"Go and ask from Sofia."

"No, you are my wife".

"Since when you mengaku yang I isteri you?

"Since when you pandai jealous ni?"

"Give me the remote. I repeat. Give me back", tahap kesabarannya sudah tipis. Mahu saja diterkam Haris untuk mendapatkan remote itu kembali.

"No, I won't".

"Fine. Lantak you lah. Malas nak layan".

Mar mahu melangkah pergi meninggalkan Haris. Hilang moodnya untuk menonton televisyen.

Haris menyambar lengan Maria tiba-tiba. Dengan pantas, ditariknya Mar kedalam pelukannya. Dipeluk isterinya buat kali pertama.

Mar meronta - ronta ingin dilepaskan.

"Can we just be like this , for a while", bisik Haris ke telinga Mar. Dengan itu, rontaan Mar semakin lemah dan akhirnya berhenti.

Tenang yang dia rasakan. Tiada balasan dari Mar. Mar hanya mengeraskan diri.

Setelah hampir 5 minit , Haris perlahan- lahan melepaskan pelukan. Ditatapnya wajah Mar. Sempurna, tetapi hatinya masih sukar untuk menerima Mar sebagai isteri sepenuhnya.

Perlahan-lahan wajahnya didekatkan ke wajah Mar, semakin hampir. Bibirnya mahu mencapai bibir isterinya. Mar kaku, otak tidak dapat menerima arahan untuk menolak.

Hampir ..
Semakin hampir..

Mar tiba- tiba tersedar. Cepat- cepat di menolak dada Haris.

"No, this is not you", ucap Mar sebelum melarikan diri ke bilik di tingkat atas.

Haris juga bingung dengan dirinya sendiri. Tidak tahu mengapa dia berbuat demikian. Bingung juga bagaimana hendak mengembalikan Mar yang dulu, Maria Isabella yang terlalu cinta akan Haris Firdaus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience