Bab 17

Romance Completed 34939

"Maria,saya nak bagi tahu awak yang awak tidak lagi menjadi secretary saya ,tetapi kepada anak saya, Mikail. Dia akan dilantik menjadi COO syarikat ini", tutur Dato' Mahadi.

"Baik Dato'. ", Mar sekadar menurut.

"Saya percaya anak saya akan suka dengan kredibiliti awak. Dia akan mulakan kerja mungkin 2 atau 3 hari lagi", sambung Dato' Mahadi lagi.

Mar lebih kepada termenung mengenangkan kejadian antara dia dan Haris tempoh hari. Sejak kejadian itu, Mar selalu mengelak untuk memandang wajah Haris.

Hubungan mereka semakin dingin. Runsing juga dia memikirkan jalan penyelesaian.
###########################

Hari yang dinantikan Fahim Mikail sudah tiba. Dia akan memulakan kerja sebagai COO baharu F&N Holding.

Langkahnya dihayunkan menuju ke lif , dilihat ramai gadis-gadis yang berbisik bisik. Bangga dirinya, menjadi bualan ramai.

Dia menekan-nekan butang lif lalu melangkah masuk. Apabila pintu lif sudah mula untuk tertutup, tiba- tiba seorang gadis menghalang.

"Encik, kejap ye. Saya pun nak masuk. ", tutur Mar tercungap-cungap. Penat berlari kerana dia takut terlewat.

Mikail memandang gadis disebelahnya. Cantik, comel. Gadis itu menarik perhatiannya.

"You nak ke tingkat berapa ni?", soal Mikail kepada Maria.

"Tingkat 8. F&N Holding.", Mikail terkejut. Tapi dia hanya mendiamkan diri. Tidak disangka gadis ini sepejabat dengannya.

"Okay", balas Mikail sambil memberikan sekuntum senyuman manis.

"Handsome, tapi tak boleh kalahkan Haris. Eh, tetiba.", fikir Mar. Tersenyum dia sendirian.

Ting'.. Lif berbunyi.
Menghentikan lamunan Mikail yang dari tadi menatap wajah gadis itu tanpa disedarinya.

"Thanks", ucap Maria kepada jejaka yang menolongnya tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience