Bab 40

Romance Completed 34939

"Hari ini saya akan perkenalkan kepada awak semua, pekerja baru.", Haris membuat pengumunan.

Semua staf-staf termasuk Mar berkumpul.

"Hai semua. My name is Diana and i will be the new manager here.", wanita itu memperkenalkan diri.

Mar terkejut. Rupanya wanita itu, namanya Diana.Jika jawatannya sebagai manager, dia akan bekerja dibawah Haris. Tidak!

Setelah itu, semua dibenarkan bersurai. Wanita itu tidak lepas memandang Mar, seperti tahu siapa Mar pada Haris .

Mar bergerak ke pantri untuk mendapatkan minuman.Diana menghampiri Mar, Mar memandang pelik. Apa yang dia mahu?

"So, you lah isteri Haris. Siapa I pada Haris? You will know it soon.", wanita itu bersuara.

"Kau jangan berani nak kacau suami aku.", Mar memberi amaran. Perlahan tetapi tegas suaranya.

"Well, bukan I yang cari dia, tapi dia yang cari I. Ada isteri pun, tergedik-gedik dekat jantan lain.", celupar mulut Diana.

Menggelegak hati Mar. Biadap sungguh wanita itu.

Mar sudah hilang sabar. Diangkat tangannya untuk menampar Diana.

Entah dari mana Haris tiba-tiba datang menghalang. Ditepisnya tangan Mar.

"Apa masalah kau ni hah? Tak tahu malu? Dekat office pun nak buat hal?", Haris membuka mulut. Mar dipandang tajam.

"Bukan Mar yang mulakan dulu. Perempuan ni yang cakap macam-macam.", Mar membela diri.

Haris memberikan senyuman yang cukup sinis.

"Betul lah apa yang dia cakap. Memang aku yang cari dia. Puas hati kau?", Haris membalas.

Diana pura-pura menangis. Mahu mendapatkan belas kasihan Haris. Dia hanya bersembunyi di belakang Haris.

"Sampai hati abang buat Mar macam ni.", tangis Mar.

Diana memberikan senyuman kemenangan kepada Mar kerana Haris membela dia daripada isterinya sendiri.

Mar berlalu meninggalkan Haris dan Diana. Haris langsung tidak menyebelahinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience