Bab 105

Romance Completed 34939

Sudah seminggu berlalu, Haris tidak lagi semesra dulu. Malah, dia seperti mahu menjauhkan diri dari Mar.

Mar sudah tidak sedap duduk, rasa sunyi dan kosong kerana tiada lagi usikan dan pergaduhan antaranya dan Haris.

"Patut ke aku call dia?", fikir Mar.

"Tapi... nanti aku nak cakap apa? Tak tak tak", fikirnya lagi sambil mengeleng-geleng.

"Apa yang you geleng-geleng ni Mar?", Mikail tiba-tiba muncul, ketawa dia melihat teletah Mar.

"Alamak! You nampak ke? Malunya.", balas Mar sambil ketawa,kantoi!

"Tak ada apa-apalah. I sambung kerja I balik ye.", sambung Mar lagi. Mikail mengangguk dan terus berlalu.

Dia hanya berpura, mahu Mikail pergi. Fikirannya masih kusut, memikirkan Haris. Handphone dicapai, dia nekad.

"You busy tak? Jom lunch sekali.;')", dia meletakkan emoji kerana malu,Whatsapp tersebut terus dikirim pada Haris.

"Betul ke tak apa yang aku buat ni... Aduh! Sempat lagi tak nak delete.", dia menggapai kembali handphonenya dengan niat mahu memadam Whatsapp yang dihantar kepada Haris sebelum Haris sempat membacanya.

Malangnya! Dah 'blue tick', Mar menjerit tanpa suara sambil mengetuk- ngetuk kepala. Haris sedang 'typing', dia menunggu penuh debaran.

"Waalaikumussalam.", sempat Haris memerlinya.

"Dah kenyang, just go with Kak Aina or someone else.", balas Haris.

"Ok then.", Mar mahu 'cover' malu. Dia kecewa, plan tak berjaya.

"Tapi takkan dah kenyang, you dah lunch ke?",Mar masih belum mahu mengalah.

"Just go", balas Haris kembali, pendek saja.

Mar mengeluh,memang Haris sengaja menghindarkan diri darinya.

Mar menaip sesuatu pada skrin handphonenya.
"Mikail, lepas office hour I nak jumpa you kejap. Ada hal nak bincang.", Mar menghantar pesanan kepada Mikail.

Dia tersenyum, itu sahaja harapan terakhir untuk dia memujuk Haris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience