Bab 12

Romance Completed 34939

Setelah hampir 4 jam, akhirnya mereka sampai ke rumah mereka. Melihat akan rumahnya, Haris teringat akan arwah Qila. Banyak benar kenangan yang tercipta.

"Mar, kita dah sampai ni, bangun." , disentuh lembut bahu Mar untuk mengejutkannya. Mar tidak langsung bergerak, penat agaknya.

Haris membuka pintu kereta lalu keluar. Dengan keadaan Mar begitu, dia terpaksa mendukungnya masuk ke dalam rumah.

Pintu kereta dibuka. Sedang Haris berkira-kira untuk mendukung Mar, akhirnya Mar terjaga dari tidurnya.

"What are you doing? Let me go! Kejut je lah I bila dah sampai", terus segar matanya melihat tindakan Haris.

"I dah kejut, tapi you tak bergerak. Nyenyak betul tidur. Tu haa, air liur basi", balas Haris sambil sambil ketawa di akhir katanya.

"Shut up", balas Mar dengan jelingan tajam. Mar bergerak ke bonet kereta untuk mengangkat barang-barang kedalam rumah.

"Mana bilik I?", soal Mar sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.

Haris memandang pelik.

"What do you mean by mana bilik you, Maria Isabella? It is 'bilik kita'.", tegas Haris.

"No, Haris Firdaus! I nak bilik I sendiri. My own privacy."

"No, kita akan tinggal sebilik. No offense. Lagipun rumah ni just ada 1 bilik yang boleh diguna. Satu lagi tu I dah buat stor. Lain lah kalau you nak buat store tu sebagai bilik you", balas Haris lagi.

"Fine! Mana bilik 'kita' tu?", sengaja ditekankan perkataan 'kita'.

Haris tersenyum menang.

####################

"Sini, I tunjukkan rumah ni, you pun tak familiar lagi kan dengan rumah ni",Haris menarik tangan isterinya.

"Okay, tapi tak payahlah over nak pegang tangan bagai", Mar mengisyaratkan matanya kepada Haris untuk melepaskan pegangan.

"No. I wont let you. Now you diam,and dengar je apa I nak cakap."

"Ni dapur, barang tak banyak. Kalau you nak masak ke, nanti kita beli barang".

"Sini tandas. Dekat atas pun ada tandas. Cuma tandas ni, I jarang guna".

"Sini pulak stor and bilik yang berkunci kat sana tu, jangan pernah buka",arah Haris.

"Okay. Dah habis?", soal Mar selamba.

"Dah."

"Lepaskan tangan I".

Haris akur. Mar dengan muka berlagak selamba berlalu ke tingkat atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience