Get the app for full experience
Masing-masing masih menunggu di luar wad kecemasan. Setelah hampir tiga jam menunggu, seorang doktor wanita keluar bersama dua orang jururawat.
"Siapa waris kepada Puan Maria?" , doktor itu memandang semua yang menunggu.
Haris cepat-cepat bangun, mendekati doktor itu.
"Saya suaminya doktor.", Haris bersuara.
"Isteri encik mengalami pendarahan yang teruk. Ahamdulillah dapat dihentikan dan isteri encik dah stabil.", bicara doktor itu dengan teliti.
"Malangnya, kandungannya tak dapat diselamatkan. Harap keluarga dapat memberikan sokongan kepada Puan Maria kerana dia mungkin akan mengalami tekanan yang teruk." , sambung doktor itu lagi.
Haris terpana. Bungkam. Tersandar dia ke dinding.
"Boleh kami melawat dia sekarang.", Puan Sarimah bersuara.
"Boleh, tapi kalau boleh tak perlu ramai-ramai.", pesan doktor itu.
Mereka mengangguk tanda faham.
Puan Sarimah, Kak Aina dan Mikail melangkah masuk ke bilik di mana Mar ditempatkan. Haris masih diluar.
"Menantu ibu, maafkan anak ibu.", Puan Sarimah menyentuh lembut tangan anak menantunya.
Sayu suasana ketika itu. Kak Aina tidak dapat menahan tangisnya. Sedih melihat keadaan Mar.
Mar masih tidak sedarkan diri walaupun keadaanya sudahpun stabil. Haris masih setia menunggu.
Haris perlu ada di saat begitu. Haris sebagai suami harus memberikan sokongan kepada isterinya.
"Sayang, bangunlah. Abang rindukan sayang.", Dia mengenggam tangan Mar lembut. Dia rindukan isterinya, senyumannya dan segalanya.
Tiba-tiba jari Mar perlahan-lahan bergerak. Haris terus memandang isterinya. Mar membuka matanya, terus dipegang perutnya.
Puan Sarimah mendekati Mar.
"Ibu,kenapa perut Mar kempis,ibu? Anak Mar mana ibu?", Mar menggoncang tangan ibu mertuanya.
Puan Sarimah tidak mampu menjawab. Air matanya mengalir.
"Sayang,sabar sayang.",Haris cuba menenangkan isterinya.
"Kau. Kau bunuh anak aku kan.",Mar memandang Haris. Dia seperti hilang arah. Menjerit-jerit.
"Keluar kau, pembunuh. Keluar! Aku tak nak tengok muka kau.", Mar tidak berhenti menjerit.
Puan Sarimah menahan Mar daripada terus begitu.
"Haris, kamu keluar dulu.", arah Puan Sarimah.