Get the app for full experience
Mar hanya menghabiskan masanya dengan terkurung di dalam bilik, tidak ada perkara lain yang dilakukan selain daripada menangis dan terus menangis.
Handphone sudah berpuluh- puluh kali berdering, tidak pun diusiknya, sudah dapat agak panggilan dari Haris. Haris tidak langsung pulang ke rumah sejak majlis tadi berakhir.
Handphonenya berdering lagi, terus dicapai. Disangkakan Haris yang menelefon, rupanya tertera nama Mikail.
"Assalamualaikum, Mar. Awak okay? Tak sempat berbual pun tadi.", Mikail memulakan bicara.
Mar berdehem, menyembunyikan tangisannya.
"Waalaikumussalam .I'm okay, hmmm... Ada apa you call I?", soal Mar.
"Tak, saja call you. Just to make sure you're okay. You kat rumah? Sorang-sorang?",soal Mikail berbasa basi.
"Thanks. Dont worry, I'm okay, yes I sorang- sorang je kat rumah, dah biasa.", balas Mar.
"Be strong Mar. No matter what happen, I just nak you tahu, yang I masih sayangkan you sampai sekarang.", pengakuan jujur dari Mikail.
Tiada jawapan dari Mar. Suasana bertukar sunyi.
"Thanks. I tidur dulu. Assalamualaikum, jumpa esok.", Mar mematikan talian.
Handphone diletakkan di sebelah bantalnya, tidak sampai seminit handphonenya kembali berdering.
Baru saja Mar hendak memejamkan mata, handphonenya berdering lagi. Dia mengeluh perlahan. Nama Haris tertera di skrin.
Dipandang sepi skrin handphonenya, berkira untuk menjawab ataupun tidak. Akhirnya dia memutuskan untuk menjawab, tidak mahu terus diasak oleh panggilan dari suaminya itu.
Latest update:
23/3/2018, 5:24 p.m