Bab 38

Romance Completed 34939

Mar menangis semahunya di dalam teksi yang dinaiki.

"Sampai hati abang, ini anak kandung abang. Mana Haris Firdaus yang dulu, Mar rindu.", rintih Mar.

Setibanya di rumah Kak Aina, Mar menangis lagi. Diceritakan semuanya kepada Kak Aina.

" Melampau betul Haris ni. Tak apa lah Mar, Mar duduk je dengan akak. Akak boleh jaga Mar, Mar dah macam adik akak.", Kak Aina memujuk Mar. Berat sungguh ujian yang terpaksa Mar hadapi.

Mar ke pejabat seperti biasa. Bila disuruh minta cuti, katanya masih awal. Degil.

Haris sedang berbincang dengan Encik Azmi mengenai proposal barunya, dilihat Mar berjalan. Mahu ke pantri mungkin.

Tidak lama selepas itu, dilihat Mikail turut menuju ke arah pantri. Hatinya membara. Dia menggengam penumbuk

"Mar, buatkan I kopi secawan. Dah lama tak minum kopi buatan you ni.", tutur Mikail.

"Okay, tapi you kena belanja I lunch. Deal?", balas Mar sambil tersenyum.

"Pandai you kan? Okay lah, deal."

Tergelak Mar. Mula-mulanya sekadar ingin menyakat. Tetapi, dah nak belanja betul, takkan nak tolak.

"Ehem. Sakan bergelak ketawa. Perempuan jenis apa kau ni, aku pun tak tahulah. Kau kena ingat, aku belum ceraikan kau lagi.", Haris menyerang dengan ayat berbisanya. Panas hati melihat kemesraan antara Mar dengan Mikail.

Mar terdiam dan tertunduk. Malu kerana dihina di hadapan Mikail.

"Bro, kau memang tak tahu nak layan perempuan elok- elok ke? Dia tengah mengandung kan tu. Kalau kau tak nak, lepaskan cara elok. Aku boleh jaga dia.", Mikail bersuara. Tidak gemar gaya percakapan Haris dengan Mar.

"Kau ni memang dah melampau. Jangan sibuk urusan rumah tangga aku.", tahap kesabaran Haris semakin menipis.

Dia ingin melayangkan penumbok ke muka Mikal. Tanpa disangka, Mar menghalang dengan tiba-tiba.

Mar yang menjadi mangsa amarah Haris. Hujung bibirnya berdarah.

"Auuuuu.", perit yang Mar rasakan. Dia mengaduh perlahan sambil memegang bibirnya.

"Mar, you okay? Jom I bawa you pergi klinik.", tutur Mikail. Dia memandang Haris tajam. Geram dengan tindakan Haris.

"It's okay, sikit je ni.",Mar menolak. Dia meminta dirinya untuk ke tandas.

Haris terdiam. Mulai sedar yang tindakannya sudah melampaui batas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience