Get the app for full experience
Mar sampai ke rumah, dia menurunkan barang-barangnya dari teksi yang dinaiki. Dihulurkan RM50 kepada pemandu teksi itu lalu diucapkan terima kasih.
Mar memandang rumah itu, sungguh dia rindu. Sudah hampir 3 bulan dia meninggalkan rumah ini.
"Assalamualaikum.", Mar memberi salam, menjenguk mencari Haris.
Pelik. Keretanya ada,tapi salam tidak berjawab. Mar berulang kali mengetuk pintu dan memberi salam.
Pada salamnya yang ketiga, kedengaran seperti pintu dibuka.
"Hah, sampai pun kau.", tutur Haris sambil menggosok-gosok kelopak matanya. Rambutnya kusut, tanda baru bangun dari tidur.
Mar menyalami suaminya, nasib baik disambut. Mar harus biasaksn dirinya dengan panggilan 'aku kau' dari Haris.
"Cepat masuk. Bilik kau dekat sana. stor tu pandai-pandailah kau kemas.", Haris memberikan arahan.
Mar mengangguk. Tiada lagi bilik mereka. Tiada lagi layanan mesra dari Haris. Mar memejamkan matanya, dia harus kuat.
Dia mengangkat semua barangnya lalu diletakkan di dalam 'bilik' barunya. Dia mengemaskan sedikit demi sedikit ruangan itu.
Akibat kepenatan, Mar akhirnya tertidur di atas tilam yang ada di situ.
Haris menolak daun pintu itu perlahan. Bulat matanya melihat Mar sedang nyenyak tidur.
"Bangun-bangun.", Haris mengetuk pintu itu dengam kuat. Tersentak Mar dari tidurnya.
"Maaf abang, Mar tertidur.", Mar bersuara perlahan. Masih dalam keadaan mamai.
"Cepat masak,aku lapar.", tutur Haris. Tiada langsung senyuman di wajahnya.
Mar menurutkan sahaja arahan dari Haris. Dia berlalu ke dapur untuk menyiapkan makanan.Haris pula ke ruang tamu.
Setelah siap, Mar menghidangkan makanan di meja makan. Dipanggil Haris ke meja makan.
Sesudah menuangkan minuman serta mencedukkan makanan kepada suaminya, Mar ingin kembali ke biliknya.
"Kau nak kemana? Teman aku makan. Duduk.", Haris memberi arahan.
Mar duduk di sebelah Haris. Menunggu Haris makan, bosan. Dia menatap wajah suaminya tanpa disedari Haris. Lama.
Tiba-tiba Haris memandang. Cepat-cepat Mar melarikan pandangan.
"Dah puas pandang aku? Cepat kemas ni.",Haris sudah selesai makan. Dia berlalu ke tingkat atas.
Mar menepuk dahinya sendiri. Kantoi lah pulak.