Get the app for full experience
"Assalamualaikum sayang. Buat apa tu?", tanya Haris di hujung talian.
"Waalaikumussalam abang. Baru lepas selak-selak majalah je tadi, bosan.", Mar jujur.
"Rindu abanglah tu", Haris mengusik.
Mar ketawa sahaja.
"Abang, do you have something to tell me perhaps. Anything.", Mar mengatur ayat.
"Yes, I miss you badly.", balas Haris.
"Alaa.. Yang tu memang lah I tahu. Ni yang lain, mana tahu you ada apa- apa rahsia ke yang you lupa nak bagitahu I.", Mar masih mencuba.
"Lah, mana ada sayang. Tak ada rahsia antara kita. Kenapa ni, tetiba tanya soalan macam tu?", soal Haris.
"Betul eh. Nothing, saja I tanya.", balas Mar, lega kerana jangkaannya meleset. Hilang terus kegusaran dalam hati
"Okaylah, I dah mengantuk, you pun kerja lagi kan esok. Good night, I love you.", sambung Mar lagi.
"Okay. I love you more,sayang. Assalamualaikum.", Haris memutuskan talian.
Haris meraup rambut kebelakang. Dia telah menipu kepada isterinya, ada rahsia yang disembunyikan dari Mar. Tidak mahu Mar salah sangka akan keadaan sebenar.
Diana!
Haris sendiri terkejut mendapati Diana mengikutnya sampai ke Sabah. Malah Diana juga bertindak berani dengan menginap di hotel yang sama dengannya.
Masih dia ingat pertemuan pertamanya dengan wanita itu, dengan wajah yang selamba dia menempah bilik bersebelahan dengan bilik Haris. Tiap hari dia terhegeh- hegeh mengikut ke mana saja Haris pergi. Rimas jadinya.
Ah! Haris buntu.