Get the app for full experience
Ditangkap khalwat! Dugaan yang sangat berat baginya.
Bagaimana harus dia tangani masalah yang menimpa dirinya. Dia, suami kepada seorang isteri. Hati Mar pasti akan lebih terluka. Kusut!
"I nak you bertanggungjawab, kahwin dengan I Haris!", Diana tidak berhenti mendesaknya.
"Wait, Diana. Nothing happen last night, both of us know the truth.", Haris membela diri.
"Yes, nothing happen, tapi maruah I !", Diana tidak mahu kalah, ayat sudahpun diatur, rancangannya semalam telahpun berjaya.
"I dah ada isteri Diana. Macam mana I nak bagitahu dia.She will hurt more and more.", Haris merayu, dengan harapan Diana akan bertimbang rasa.
" Its okay, like I said, I tak kisah jadi no. dua."
"No, entah- entah you memang sengaja nak perangkap I.", Haris menebak.
"What? Tak ada masa I nak buat semua tu..."
"I tak kira, you kena bagitahu isteri you, samada you bagitahu sendiri ataupun I yang bagitahu dia.You choose!", Diana tekad.
"Bagi I masa.", Haris akur.
"Okay, tapi ingat! Kalau you lambat, I akan bertindak dulu.", ugut Diana.
Ah! Dia menumbuk cermin muka di dalam tandas. Tangannya yang berdarah tidak dipedulikan, hatinya yang lebih gusar.
Mar masih juga tidak menjawab panggilan darinya. Bagaimana pula ingin dia berterus terang tentang perkara semalam.
Mar pasti akan lebih membencinya jika mengetahui apa yang berlaku. Dia buntu.
"Maafkan abang, sayang. Maafkan abang. Abang tak jujur. Ya Allah, berat sungguh dugaanmu.", Haris merintih seorang diri.