55

Other Completed 493332

SETELAH Nuraisha nyenyak, Farrhan menapak ke sliding door yang bertemu dengan mini pool. Seketika, kenangan lampau terimbau kembali. Suara dan kata-kata yang diucapkan dalam igauannya sama persis seperti yang menimpa diri Nuraisha. Dia semakin tidak mengerti dengan semua yang terjadi.

Kenapa segala kenangan lalu seakan mempunyai hubungkaitnya dengan Nuraisha? Tidak mungkin dia pernah menjalin hubungan asmara dengan gadis itu. Walaupun semua itu pernah diceritakan oleh Razlan kepadanya. Dan hatinya seakan enggan menerima apa yang disampaikan Razlan kepadanya dulu.

Nombor Razlan didail. Dia harus mencari tahu segala kebenaran secepat mungkin. Jika tidak, dia akan tetap hidup dalam teka-teki yang tak berkesudahan itu.

"Raz..Aku ada benda nak tanya"

"Haa apa dia?"

"Pasal Aisha"

Razlan mengerut dahi. Apa pulak kali ini?

"Kenapa dengan dia?"

Farrhan menoleh ke arah Nuraisha yang sedang lena di atas katil. Bimbang perbualannya akan didengari, dia membuka sliding door dan duduk di balkoni itu.

"Ada yang tak kena dengan dia"

"Yelah ,apa yang tak kena tu?" Ishh, cakap terus-terang kan senang!

"Aku rasa macam dejavu! Ada sesuatu kenangan silam yang seolah-olah ada hubung kait dengan dia. Kau tahu apa-apa tak?"

Razlan senyap. Peluang untuk menghasut dan menabur kebencian Farrhan pada Nuraisha sudah terbuka luas. Siapa suruh kau cari aku kan? He he he he.. Bibirnya mengulum senyuman sinis.

"Maksud kau?" tanya Razlan.

"Tadi, masa aku berenang. Aku dengar ada suara mintak tolong. Aku puas fikir ,dari mana datangnya suara tu padahal aku sorang je kat situ. Tapi pemilik suara tu takde. Tapi suara tu tetap ada. Lepas tu, aku tengok Aisha berdiri kat tepi kolam. Aku sajalah nak usik dia. Aku tolak dia dalam kolam. Lepas tu, dia mintak tolong dan cakap yang dia tak boleh berenang. Aku...aku rasa lain macam..."

"Alaa kau ni! Semudah tu kau lupa kan? Dulu kan aku pernah cakap. Kau pernah dekat dengan dia. Lepas tu kau bawak dia pergi mandi kolam kat apartment aku ni. Tak lama lepas tu, dia lemas. Sebab tak pandai berenang. Tu je lah! Mana ada benda lain" Razlan mula merekayasa dongengnya sendiri. Padahal itu bukan cerita sebenarnya.

"Kau tak tipu kan?" Farrhan inginkan kepastian.

"Laaa buat apalah aku nak tipu! Betullah! Takkan kau tak percaya aku?"

Farrhan diam. Percaya tu memanglah.. tapi kenapa hati berbisik yang lain? Arghhh lantaklah! Yang penting, aku takkan semudahnya jatuh dalam perangkap dia lagi kali ni!

SETELAH hampir dua minggu menghabiskan masa di Jakarta, Farrhan dan Nuraisha akhirnya kembali ke Malaysia. Tidak banyak tempat yang mereka lawati kerana Farrhan malas hendak berdua-duaan dengan gadis itu. Mereka hanya sempat ke pasar untuk membeli beberapa souvenir untuk dibawa pulang ke Malaysia.

"Penatnya" omel Farrhan sesudah melepas lelah di atas sofa.

Nuraisha berlalu ke bilik dan segera membersihkan diri. Keadaan yang sunyi sepi memaksa Farrhan membuka mata. Dia lihat tiada siapa di situ. Bunyi air hujan dari kamar Nuraisha membuatkan dia tersenyum nakal.

Entah kenapa hari ini dia terasa hendak bermanja pula. Lantas dihayun kaki menuju ke kamar. Pintu bilik Nuraisha dikuak perlahan.

Dia melabuh punggung di birai katil. Menanti dengan sabar kehadiran gadis itu. Dia tidak tahu apa yang telah merasuk fikirannya tetapi Nuraisha harus memuaskan batinnya hari itu.

Nuraisha menapak keluar dari bilik mandi dengan hanya berkain batik. Menyedari kehadiran Farrhan di situ, dia terkejut dan mula dihantui perasaan takut.

"Apasal? Kau nampak hantu ke?"

"Tak.. tak..."

Farrhan menelan liur melihat diri Nuraisha seperti itu. Meskipun matanya disajikan dengan begitu banyak tubuh badan yang seksi dari gadis lain, namun aura Nuraisha sangat berbeda dari mereka. Entah sejak bila dia melangkah, sedar-sedar saja dia sudah berdiri di hadapan gadis itu.

"Aku nak kau puaskan aku sekarang!" pinta Farrhan, namun lebih kepada mengugut. Pipi Nuraisha dielus lembut.

"Ta.. tapi saya penat"

"Arghhh! Bukan urusan aku! Yang penting ,kau kena puaskan aku!" Kain batik yang membaluti tubuh Nuraisha ditanggalkan. Bergetar seluruh jiwa Farrhan tatkala melihat tubuh yang tanpa seurat benang itu. Imannya semakin menipis. Keinginan yang satu itu semakin menggila dalam diri.

"Kau kena puaskan aku. Kalau tak, tahulah nasib kau!" Tubuh Nuraisha dibawa ke katil. Nuraisha tak mampu melawan sementelah Farrhan begitu asyik membelai setiap inci tubuh badannya.
Air matanya mengalir. Dia memejam mata tatkala bahagian sensitifnya mula bertemu dengan milik Farrhan. Dia redha dan ikhlas meski semuanya dalam keadaan terpaksa.

HATI yang sarat dengan nafsu tidak akan pernah puas. Selagi keinginan yang satu itu tidak dilangsaikan, selagi itulah dia akan terus menbuat onar agar kepuasaannya terbalas.

Wajah yang sinis dari tadi masih bertahan riaknya. Sejak menerima panggilan daripada Farrhan, hatinya mula tak tenteram. Dia risau seandainya ingatan Farrhan pulih semula dan dia mampu mengingati Nuraisha sepenuhnya. Jika itu berlaku, dia tidak akan mampu memiliki Nuraisha lagi.

Dia harus segera merencanakan sesuatu agar Nuraisha dan Farrhan terpisah sebelum segala-galanya musnah. Dia juga tergila-gilakan Nuraisha. Bahkan dari dulu lagi dia kepinginkan gadis itu. Namun ruang sentiasa tertutup untuk dirinya mendekati Nuraisha.

Kerana kenangan silam yang tak pernah mampu meninggalkan Farrhan, hatinya turut sama jadi walang. Setiap kenangan itu akan mencucuk-cucuk di fikiran Farrhan sehingga dia bertemu jawapannya sendiri. Jika perkara itu terjadi, dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi. Sekejam-kejam dia, dia lebih gerunkan pada kejahatan Farrhan. Kerana lelaki itu sanggup melakukan apa saja untuk insan tersayang, termasuklah Nuraisha.

Kini, selagi ingatan Farrhan belum pulih, selagi itulah dia akan terus memperbodohkan Farrhan. Hanya apabila dia berjaya memiliki Nuraisha dan membawa lari gadis itu dari Farrhan, barulah hatinya tenang. Dia inginkan Nuraisha bukan hanya kerana nafsu yang ditahan dari dulu. Tetapi kerana dia juga sudah terlanjur menyukai gadis itu.

Tak kiralah apa yang berlaku sekalipun, Nuraisha harus tetap menjadi miliknya! Bayangan empat tahun lepas berlegar-legar di otaknya.

PORCHE putih yang dipandu oleh Razlan menyusuri jalan raya yang mulai basah dek titisan hujan. Jam di dashboard dikerling sejenak. Sudah pukul 1.23 pagi. Pun begitu, jalan raya tak pernah sunyi dari deruman enjin kenderaan lain.

Razlan mengerling ke sebelah. Farrhan yang sedang mabuk tersengih-sengih seorang diri sambil menyanyi mengikut rentak di dalam radio.

Beberapa rakan yang lain duduk di seat belakang juga dalam keadaan mabuk. Mereka turut sama memeriahkan suasana kereta dengan menyertai Farrhan dalam nyanyiannya.

Razlan terseda. Dia juga mabuk tetapi masih mampu mengawal pemanduannya.

"Aku...aku nak kawen dengan perempuan tu! Ha ha ha" ujar Farrhan diiringi dengan tawanya.

Norman yang separuh sedar dari mabuk meraup wajahnya. "Kau...nak kawen?" Dia tergelak. Disambung pula dengan tawa dari bibir Razlan dan yang lainnya.

"Kau nak kawen dengan Maira ke bro?" tanya Wan pula. Kepalanya dilentokkan ke bahu Johan yang dari tadi tersengih sendirian.

"Kepala kau beratlah!" omel Johan lantas menolak kepala Wan ke sisi.

"Aku bukan nak kawen dengan si Maira tu! Dia tu...dah banyak kali curang dengan aku! Perempuan tak guna macam tu tak layak dijadikan isteri!" sahut Farrhan sambil mendengus.

Titisan hujan semakin lebat. Jalan yang dilalui mulai sepi dan gelap. Razlan memisatkan matanya bagi melihat jalan di hadapan. Wiper yang bergerak ke kiri kanan masih juga tidak mampu membantu untuk pemandangan yang lebih jelas.

Ada sebuah kereta dari arah bertentangan menggunakan lampu tinggi sepanjang perjalanan. Mata Razlan tidak jelas tetapi dia masih tetap meneruskan pemanduannya.

"Habis tu, kau nak kawen dengan siapa?" tanya Norman lagi.

"Dengan perempuan tu! Yang selalu hiburkan aku"

"Perempuan mana? Kau kan banyak perempuan" sampuk Johan pula.

Razlan tergelak dengan kenyataan Johan. Melihatkan kereta tadi seakan sengaja menggunakan lampu tinggi, dia membalas dengan memaksimumkan kelajuannya.

"Hoii! Tak guna punya kawan! Aku ni walaupun banyak perempuan, takde sorang pun yang pernah aku sentuh tau tak?!"

"Kau ni cakap pusing-pusinglah! Straight to the point jelah. Siapa perempuan tu?"

Farrhan tersengih. "Aku panggil dia Nur..."

Mendengarkan nama itu, Razlan kaget dan tiba-tiba dia tersalah menekan pedal minyak. Disebabkan tidak mampu mengawal pemanduannya, dia melanggar kereta tadi yang datang dari arah bertentangan.

MATA yang terpejam rapat tiba-tiba tercelik sendiri. Razlan memandang kipas siling yang sedang berpusing. Dia ketiduran gara-gara terlalu lama memikirkan Nuraisha. Sesungguhnya kejadian empat tahun lepas masih segar dalam ingatannya. Dan di antara mereka berlima, hanya Farrhan sahaja yang tidak mampu mengingati apa-apa.

Sejurus selepas kemalangan tersebut berlaku, mereka dikejarkan ke hospital. Keempat-empat mereka hanya cedera ringan sahaja. Tetapi nasib yang menimpa Farrhan pula berbeza. Dia mengalami hilang ingatan sementara gara-gara kepalanya terkena hantukan yang sangat kuat.

Selepas itu, Razlan mula mereka-reka pelbagai cerita dan membawa Farrhan jauh dari Nuraisha. Malah dia berbuat demikian kerana dia tahu hasrat hati Farrhan yang ingin mengahwini Nuraisha. Sejak dari itu, dia acapkali merisik-risik khabar mengenai Nuraisha. Tetapi tiada sebarang maklumat mengenai gadis itu yang berjaya ditemuinya.

Ada juga dia bertanya kepada Jimmy tentang Nuraisha. Namun Jimmy hanya menjawab dengan gelengan kepala saja. Menurut Jimmy, Nuraisha 'dibuang' dari rumah pelacuran tersebut kerana kesihatannya yang terjejas. Tidak dijelaskan maksud sebenar Jimmy itu.

Oleh kerana dia tidak mampu memiliki Nuraisha, dia juga harus membuat Farrhan melupai gadis itu buat selama-lamanya. Segala kenangan lalu Farrhan dirahsiakan, bahkan ada juga yang sengaja direkayasa bagi memastikan ingatannya tidak membaik.

Apabila Nuraisha muncul kembali setelah bertahun lamanya, hatinya berlagu riang. Dia bakal memiliki Nuraisha tidak lama lagi. Namun kenangan yang sentiasa menghantui fikiran Farrhan meresahkan hatinya. Dia risau sekiranya Farrhan kembali pulih dan mula melindungi Nuraisha seperti dulu.

Dia tidak mahu membenarkan perkara itu berlaku. Nuraisha harus menjadi miliknya setelah segala usaha yang dicurahkan selama ini. Disebabkan itulah dia kerap berbohong setiap kali Farrhan menanya soal Nuraisha. Dia mahu benih-benih kebencian itu tetap tersemat di hati Farrhan buat selama-lamanya.

Dan perkara itu harus tetap berjalan seperti biasa. Titik! Muktamad!

happy readinggggg ^^,

Share this novel

Lisa Halik
2022-01-31 01:10:20 

bodohnya farrhan ni,

Hawani Hashim66
2021-06-14 13:42:41 

tqvm update....setia menanti...next


NovelPlus Premium

The best ads free experience