28

Other Completed 493332

SETELAH berhempas-pulas membanting keringat seharian di tapak pembinaan, Farrhan menghempas tubuh di atas katil dengan sebuah dengusan kasar. Wajahnya lesu dan tidak bermaya. Beberapa hari ini, dia ditugaskan seorang diri untuk mengendalikan projek tersebut.

Hatinya berang dengan sikap Firash yang seakan lepas tangan padahal projek tersebut adalah kerjasama di antara mereka berdua. Di tambah pula dengan sikap melulu Razlan sehingga dia dimasukkan ke penjara semakin menambahkan tekanan dalam jiwanya.

"Arghh! Sial! Seronok betul kau sekarang ye Firash?! Tinggalkan tanggungjawab kau semata-mata sebab perempuan tu!"

Dia meraup wajah berkali-kali. Panggilan daripada Tan Sri Firman diterima. Hatinya berdebar. Apa lagi yang dia nak ni? Panggilan tersebut dibiarkan saja. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Jika tidak ,masakan papa menghubunginya berkali-kali meskipun acapkali dia menolak panggilan tersebut.

Seketika ,keadaan sepi. Panggilan daripada Tan Sri Firman tidak kedengaran lagi. Tetapi diganti pula dengan panggilan daripada Maira. Dahinya berkerut. Apa pulak yang perempuan ni nak? Arhhh! Tak bisakah mereka membiarkan dia berehat tanpa ada gangguan?

Farrhan membenamkan kepala ke bantal. Lama dia begitu sehingga akhirnya dia mengalah kerana nafasnya terasa sesak. Panggilan daripada Maira terputus. Mungkin gadis tersebut berputus asa dengannya. Bunyi notifikasi WhatsApp pula menyusul. Lambat-lambat dia membuka kotak notifikasi itu.

Tertera nama Maira di situ. Dahinya berkerut seribu. Mahu tak mahu, dia terpaksa juga membacanya. Risau jika ada hal penting yang ingin disampaikan.

'Betul ke Razlan masuk penjara? Kenapa you tak bagitau I?'

Farrhan mencampakkan Iphonenya ke tepi. Arhhhh!! Dia sungguh penat saat ini sehinggakan kesempatan untuk bernafas juga sukar. Deringan telefon bimbitnya berbunyi lagi. Dia menggapai Iphonenya. Tertera nama papa di situ. Dengan hati yang berat, dia angkat juga panggilan tersebut.

"Mana kamu pergi? Papa call banyak kali tak angkat" Nada suara Tan Sri Firman tegang.

Asyik nak marah je! Kutuk Farrhan dalam hati.

"Angah kat toilet. Handphone kat luar. Ada apa papa call ni?"

"It's about Razlan. I knew everything. Along dah bagitau semuanya. I don't want to hire someone like him"

Farrhan bungkam. What?? Firash dah bongkar semuanya?

"Angah balik sini esok. Ada sesuatu yang kita kena bincang"

Sejurus selepas itu, talian dimatikan. Farrhan mengeluh. Matilanak!! Mesti papa mengamuk ni!

TIRAI besi yang memisahkan mereka menyukarkan keduanya untuk lebih berkomunikasi. Setelah mendapat tahu berita mengenai Razlan, derap kaki dihayun terus ke situ. Maira melihat keadaan Razlan yang serabai dan tidak terurus itu. Dalam diam, dia kasihankan lelaki itu.

"Kenapa you boleh ada kat sini?"

Razlan menghembuskan helaan nafas berat. Dia meraup wajah lantas memejamkan mata buat seketika. Berada di dalam penjara membuatkan dia sesak dan kesal. Dia mula rindukan suasana luar di mana dia bisa bebas melakukan apa yang dia kehendaki. Hidup di dalam penjara sungguh menghimpit jiwanya. Dia teringatkan Firash. Lelaki itulah yang memasukkannya ke dalam penjara. Dia berdendam dengan lelaki itu. Justeru, dia pasti akan membalas kembali apa yang telah dilakukan oleh Firash terhadapnya.

"Raz!" Suara Maira sedikit keras.

Mata Razlan tercelik. "Aku dengarlah!"

"Tapi you tak jawab soalan I"

"Kau ada tanya Farrhan? Pasal aku boleh ada kat sini?"

Maira lantas mengangguk. "Ada. Tapi dia tak reply mesej I"

Razlan membatukan diri. Baru dia teringat.Sejak dia dimasukkan ke dalam penjara, dia sudah tidak melihat bayang-bayang Farrhan di tubir mata. Bahkan lelaki itu juga tidak bertanya khabar langsung akan keadaan dirinya. Takkan dia larikan diri?!

"You dengan Farrhan kan kawan baik. It's really weird when he doesn't seem so care about you" Maira mulai menghasut sambil mengukir senyum sinis. "Atau jangan-jangan Farrhan dah lupakan you?"

"Shut up!" Razlan sudah baran. Tidak mungkin Farrhan melupainya. Mereka berteman sejak dari bangku sekolah lagi. Sudah banyak jasa yang dia taburkan untuk lelaki itu. Mana mungkin Farrhan seperti kacang lupakan kulitnya!

"Kenapa you nak marah I? I cuma tanya kan?"

Razlan meraup wajah lagi. Dia mendengus kasar. Gerahamnya bergerak-gerak. Puncak hatinya sudah mulai termakan dengan hasutan Maira.

"Dia takkan lupakan aku! Aku kawan baik dia! Dia selalu bergantung harap dengan aku sebelum ni" Razlan menidakkan dakwaan Maira.

"Okey fine..." Ayat Maira meleret-leret tetapi penuh sinis. "Share dengan I.Macam mana you boleh ada kat sini? What crime did you commit?"

"Kalau aku cerita dekat kau, kau boleh tolong aku?"

Maira memandang wajah Razlan penuh minat. Keningnya terangkat. Nampak gayanya, ada sesuatu sedang bermain di dalam fikiran lelaki itu kerana segalanya jelas terpancar pada riak itu.

"MANA Aisha?" tanya Puan Sri Mariam setelah terserempak dengan kelibat Firash. Anak matanya santun saja memerhatikan gelagat Firash yang sudah duduk di hadapannya. Tan Sri Firman dan Naura masing-masing memancing minat dengan berita di kaca televisyen.

"She's asleep" sahut Firash.

Puan Sri Mariam mengeluh. Sesudah mendengar cerita daripada Firash, hatinya benar-benar sebak dengan nasib yang menimpa Nuraisha. Rupa-rupanya sedari kecil lagi dia berteman duka dan airmata. Untung saja gadis itu tabah. Jika tidak, dia sendiri tidak boleh bayangkan apa yang akan terjadi.

Kisah silam dan penderaan yang berlaku di dalam hidup Nuraisha juga sudah dia sedia maklum. Pun begitu, Puan Sri Mariam sedikitpun tidak pernah jijik atau membencinya. Bagi dia, kisah silam tetap kisah silam. Tiada apa yang bisa berubah melainkan masa depan. Sejak matanya menatap wajah polos itu, hatinya sudah jatuh sayang pada gadis malang itu.

Nuraisha bukan saja cantik, bahkan baik budi pekerti dan sangat lemah lembut. Dia tidak akan sesekali membuang Nuraisha hanya kerana masa silamnya yang gelap.

"Mama masih tak percaya dengan apa yang menimpa Aisha"

Mendengarkan itu, mata Firash yang tertancap pada kaca televisyen terus berkalih ke arah mama. Mulanya, dia sempat berfikir yang mama dan seluruh ahli keluarganya tidak mahu menerima Nuraisha. Maklum sajalah, keluarganya itu keluarga berada dan disegani ramai. Namun fikirannya meleset sama sekali. Puan Sri Mariam dan Tan Sri Firman bahkan sangat menerima kedatangan Nuraisha dalam keluarga dengan tangan terbuka. Mereka khilaf diri. Manusia punya banyak kekurangan dan acapkali melakukan kesilapan. Sesempurna apapun seseorang itu, tidak mungkin mereka bisa lari dari melakukan kesalahan. Dan bagi mama dan papa, semua itu hanyalah perkara kecil sahaja. Mendengarkan itu, hati Firash benar-benar lega.

"Along sangka, mama dan papa tak nak terima Aisha"

"Dia gadis baik. Polos. Takkan mama nak tolak menantu sebaik dia? Lagipun, dia adalah gadis pertama yang buat along tunduk pada cinta. Kalau tak, sampai sekaranglah mama dan papa kempunan nak dapat menantu"

Omongan Puan Sri Mariam disambut dengan gelak tawa dari bibir Firash. Benar kata mama. Tak dinafikan lagi, Nuraisha adalah gadis yang berjaya membuka pintu hatinya. Dia yang tak pernah terfikir akan terjerumus ke alam percintaan mulai berangan yang indah-indah sahaja bersama dengan gadis itu.

"I am so deeply in love with her" Tanpa sedar, terpancul luahan itu dari bibirnya.

Dan luahan tersebut ternyata mendapat perhatian dari Tan Sri Firman.

"Nampak gayanya Yam. Kita kena cepat-cepat kawenkan along ni. Silap haribulan, makin teruk penyakit dia" usik Tan Sri Firman yang dari tadi menyepi saja.

"Papa!" Wajah Firash membahang. Aduhh, kena bahan aku malam ni!

Giliran Puan Sri Mariam pula yang mengekek. Jarang mereka dapat bergelak tawa seperti itu. Jika tidak, masing-masing hanya sibuk dengan urusan sendiri.

"Ohh ya. Tadi papa ada called angah. Dia akan balik esok"

Dahi Firash mengerut. "Projek dah habis ke pa?"

"Not yet. Papa nak bincang dengan dia hal Razlan. Kawan baik dia tu"

"Papa nak dakwa dia?" soal Firash ingin tahu.

"Kalau ikutkan hati, memang papa nak buat tu. But we need to ask Aisha first. Papa tak nak belakangkan dia. She is a part of the family now. She has her own right to make her decision"

Terharunya hati Firash tatkala mendengar kata-kata papa. Lihatlah hati, betapa kau tak salah memilih teman hidup. Dia yang ku sayang, kini mampu memikat seluruh hati keluarga.

"Thanks pa. Along hargai sangat. Along akan bincang dengan Aisha. But I don't think she will agree with you. I know her very well"

Firash teringat ketika Nuraisha diusir oleh Maksu Dara. Meskipun meluap-luap rasa benci maksu Dara pada Nuraisha, namun gadis itu dengan rendah hati memaafkan maksu. Betapa dia punya hati yang suci dan tulus. Bahkan dia masih merayu kasih sayang dari wanita tua itu. Cuma maksu Dara saja yang buta mata ,buta hati!

"Itu keputusan dia. Kita kena terima. Tapi apapun, kita kena bincang dengan dia dulu"

"Mesti susah hidup dia dulu kan?" sampuk Puan Sri Mariam. Dia sempat membayangkan keadaan hidup gadis itu sebelum ini.

"More than that" sahut Firash lalu mengeluh. Kini Nuraisha bakal menjadi miliknya. Janjinya, dia tidak akan mensia-siakan gadis itu sama sekali.

Dari kejauhan, Naura sudah menjeruk hati. Dia mula cemburukan Nuraisha. Kecantikan dan sikapnya mulai menjadi topik utama malam itu. Padahal Nuraisha baru sahaja menjejakkan kaki di situ. Perhatian mereka beralih kepada Nuraisha. Dan hatinya tambah disiat setiap kali Firash membisikkan kalimat cinta pada gadis itu.

'Aku ni tak baik ke?'

Naura tertekan!

PAGI itu, pelbagai jamuan sudah disediakan di atas meja makan. Puan Sri Mariam bagaikan tidak percaya dengan pelbagai juadah yang disajikan itu. Dia mencari-cari kelibat Bik Non tetapi wanita itu tidak kelihatan di mana-mana. Tidak mungkin Bik Non mampu menyiapkan juadah sebanyak ini di awal pagi.

"Morning ma" sapa Firash yang baru turun dari anak tangga. Dia sudah berdiri di sebelah mama lalu memandang ke arah meja makan. Seperti mama, dia juga kaget.

"Awalnya Bik Non masak. Banyak pulak tu"

"Apa tercegat kat sini?" tegur Tan Sri Firman yang juga baru turun dari anak tangga. Naura sudah awal-awal mengambil posisi di sebelah papa. Dia menjarakkan diri daripada Firash kerana tidak mahu terus terganggu dengan perasaannya.

"Banyaknya makanan!" tukas Naura. Matanya berkelip-kelip melihat pelbagai juadah di atas meja makan.

"Aisha!" seru Firash tatkala melihat Nuraisha keluar dari dapur sambil membawa sepinggan besar mi goreng.

"Sha masak semua ni?" soal mama pula.

Nuraisha tersengih lalu mengangguk. "Maaf. Sha tak boleh tengok dapur. Ada saja yang nak dikerjakan"

Puan Sri Mariam mendekati Nuraisha. "Laaa Sha tak perlu buat semua ni. Bik Non kan ada?"

"Tapi Bik Non batuk-batuk.Sha suruh dia rehat"

"Laaa yeke? Tapi betul ke Sha masak semua ni seorang diri?" tanya Firash pula seakan tidak percaya. Dia sudah berdiri di sisi Puan Sri Mariam.

"Aah. Sha yang masak" sahut Nuraisha sambil menyapu beberapa debu pada wajahnya. Ketika itu, dia tidak sedar ada kesan hitam di wajahnya.

Firash tergelak kecil. Laju saja tangannya naik ke atas pipi Nuraisha lalu diseka lembut kesan hitam dengan ibu jari.

"Sha masak apa sampai ada hitam-hitam ni?"

"Hitam?" soal Nuraisha sambil menepis lembut tangan Firash. Seketika, dia terdiam. Lantas tercengang. Baru dia teringat sesuatu.

"Alamak, kuali Sha!"

Gelagat Nuraisha mengundang tawa mereka semua.

PILI air ditutup. Dia baru saja selesai mencuci periuk dan pinggan mangkuk di sinki. Niat hatinya nak melangkah ke hadapan namun sebaik saja menoleh, dia terlanggar seseorang.

"Whatttt the.....?!" Naira terjerit kecil melihat ada kesan air pada dress singkatnya. Wajah Nuraisha ditenung bak singa kelaparan.

"Kau orang gaji baru ke kat sini?"

Nuraisha menelan liur. Suaranya yang garang dan sikapnya yang kurang sopan tidak sehala langsung dengan wajah cantiknya. Tetapi kenapa wajahnya seiras Naura?

"Aku tanya kau. Boleh pulak kau termenung bodoh kat sini?!" jerkah Naira lantang dan kasar.

"Ma...maafff.."

"Takde maaf-maaf. Kejap lagi aku bagitau papa untuk pecat kau! Kau ni memang careless betul. Arhhh! Dahlah aku ada fashion show. You are just wasting my time!"

"Naira! Apa bising-bising ni?" sergah Naura lantas berdiri di sebelah Nuraisha. Jelas terpancar riak ketakutan pada wajah itu. Belas hati Naura melihatnya.

"Our maid!" jawab Naira sambil menuding jari ke arah Nuraisha. Geram betul dia! "Look what she's done!"

Naura menepuk dahi. "Dia bukan orang gaji kita. Dia bakal isteri along" Ada getaran saat mengungkapkan itu namun Naura berlagak tenang.

"Ohhh..." Wajah Naira sinis. Matanya memandang Nuraisha atas bawah.

"Perfect couple! Orang kampung dengan orang kampung. Yang sorang tu anak gampang ,yang ni anak apa?"

"Naira! Stop it..." tegah Naura. "Jangan hina along. Enough"

"What? I speak the truth"

"Naira!"

Naira mengeluh. "Fine! Kali ni aku lepaskan kau sebab si kembar aku ni. Next time kau buat hal lagi, siap kau!"

"Berani buatlah!" sahut Naura sambil memaut bahu Nuraisha.

Naira mencerlungkan matanya. Dia tidak menyangka yang Naura akan berpaling daripadanya.

"Naura. Apa kau buat ni?"

"Mana ada aku buat apa-apa!"

"Eeeeee!!" bentak Naira lantas meninggalkan mereka berdua di situ.

"Kak Sha jangan layanlah si Naira tu. Dia tu hobinya meroyan tiap saat" kata Naura sambil mengekek. Namun dikawal intonasi suaranya, bimbang jika sampai ke pendengaran Naira.

Nuraisha turut tergelak. "Dia kembar Naura ke?"

"Aah. Nama dia Naira. Tapi perangai kami berbeza. Pendek kata, akak jangan sibuklah hal dia. Dia tu ada sakit angin kus-kus"

Nuraisha tergelak lagi. Naura ni ada sense of humorlah!

"Tapi dia tak sukakan akak. Mesti dia marah sebab baju dia tu..."

"Alaaa dia tu memang macam tu.Semua orang tak betul kat mata dia. Biarlah kak"

Nuraisha mengangguk.

"Akak tak payah buat kerja lagi. Duduk rehat je. Kejap lagi along balik. Dia dan papa masih kat office. Hmmm,nampak gayanya hari ni ada perang besarlah"

"Perang besar?"

Nuraisha perasan, sejak dari sarapan tadi, Firash dan Tan Sri Firman terburu-buru ke pejabat. Menurut Firash, ada hal penting yang hendak mereka selesaikan.

"Angah balik. Papa yang arahkan. Tu sebab Naura cakap ada perang besar kejap lagi. Papa dan angah tu tak sebulu. Ada je yang diorang gaduhkan. Tambah-tambah lagi, angah memang tak sukakan along"

Nuraisha terdiam. Tadi Naira cakap pasal anak gampang. Kini, Naura pula beritahu yang Firash tak serasi dengan yang dia panggil angah itu. Apa sudah jadi dengan kehidupan Firash?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience