19

Other Completed 493332

SELESAI saja solat Isyak dan mengaji, sejadah dilipat dan diletakkan di atas meja bersebelahan katil. Firash menghenyak punggung di atas katil laku menanggalkan kopiah kepala. Entah kenapa hatinya rasa tidak enak saja malam itu. Fikirannya melayang mengingatkan Nuraisha.

Tangan kanan dia letakkan di atas dada. Laju saja degupan jantungnya bekerja. Wajahnya keruh saja.

"Ya Allah, kenapa ni? Kenapa aku rasa tak sedap hati?"

Berkali-kali Firash beristighfar dalam hati. Dia berdoa agar semuanya dalam keadaan baik-baik saja. Untuk Nuraisha, dia titipkan doa agar Allah sentiasa melindunginya tatkala mereka berjauhan.

Telefon bimbit di sisi digapai. Dia berkira-kira hendak menghubungi Nuraisha tetapi baru dia teringat gadis itu tidak memiliki sebarang gajet. Firash menepuk dahi sendiri.

"Aduhh, kenapalah aku tak belikan dia handphone hari tu? Kan dah payah nak contact dia sekarang"

Firash menyesali kecuaian sendiri. Nafas dihela serentak dengan raupan di wajah. Terbayang-bayang wajah polos Nuraisha dalam senyuman. Arghhh, rindunya! Dia benar-benar sudah gila bayang.

"Ya Allah, Kau jagalah dia nun jauh di sana" titip Firash dalam kerinduan.

RAZLAN tersenyum lebar saat melihat sekujur tubuh itu terbaring lesu di atas lantai. Betapa gigih dia bergelut dengan gadis itu sehingga pada akhirnya gadis tersebut terpaksa mengibar bendera putih.

"Dulu,aku tak dapatkan kau sebab Farrhan! Tapi sekarang aku takkan lepaskan kau lagi! Empat tahun aku kemponankan kau, tubuh badan kau.Tapi sekarang, takde siapa yang akan halang kita lagi"

Wajah Razlan tersenyum sinis. Malam ini,akan dia pastikan gadis itu menjadi miliknya. Kerana sebelumnya Farrhan menjadi 'penyelamat' kepada gadis itu.

Deringan telefon bimbit membantutkan niatnya. Dia mengeluh kasar dan berkira-kira hendak mengabaikan saja panggilan tersebut. Namun si pemanggil tampaknya tidak berputus asa dari terus 'mengganggunya'. Bosan dengan bunyi deringan tersebut, Razlan akhirnya mengalah dan menjarakkan tubuhnya dari tubuh gadis itu.

Tertera nama Farrhan di situ. Razlan berdecit. "Dia ni potong stim betullah! Selalu je jadi pengganggu. Arghh!"

"Kau kat mana?" sergah Farrhan tatkala panggilannya terbalas. Dari tadi agaknya dia mencari bayang-bahang Razlan malangnya tidak ketemu di mana-mana.

Razlan menggigit bibir. Seketika dia menjeling ke arah gadis itu yang sudah kehilangan tenaga untuk melawan. Bibirnya lebam dek tamparan Razlan.

"Aku kat toiletlah!" sahut Razlan sedikit kasar.

"Toilet?" Wajah Farrhan kelihatan bingung. Dia juga baru saja melepas 'hajat' di dalam tandas. Tetapi tidak pula terserempak dengan Razlan. Tandas mana yang dia maksudkan?

"Toilet mana?" tanya Farrhan bak orang bodoh sahaja!

"Toilet rumah kaulah!"

"Masalahnya sekarang ni aku baru je keluar dari toilet dan rumah aku ni ada satu je toilet. Kau buat lawak ke apa ni?"

Razlan menepuk dahi. Alamakkk!

"Errrr...." Razlan mula hilang akal. Dia berlari dari situ sebelum tindakannya mula dihidu oleh Farrhan. Dalam pada itu, dia masih mencari idea untuk menipu Farrhan.

"Kau kat mana sebenarnya ni?" tanya Farrhan lagi sekaligus memecahkan lamunan Razlan.

"Aku kat depan rumah ni haa.. Tengah bersantai ambik angin" bohong Razlan sesudah tiba di beranda rumah. Zip seluar ditarik sehingga ke atas. Risau jika ianya disedari oleh Farrhan justeru akan membangkitkan banyak persoalan.

"Ishhh, dari tadi berbelit-belit je cakap! Rupanya kat depan rumah je" bebel Farrhan.

"Sorry lah. Kau ni ganggu je lah mood aku" Razlan maksudkan peristiwa tadi tetapi Farrhan tidak mampu untuk menangkap maksud sebenarnya.

"Aku nak tidur dululah. Esok kau bangun awal pagi dan temankan aku ke site. Dah alang-alang kau kat sini, ada baiknya kau ganti tempat Firash"

Razlan buat muka. Bibirnya mengaju cara percakapan Farrhan. Dasar bos betul!

"Yelah" sahut Razlan perlahan.

Panggilan dimatikan. Wajah Razlan sugul dalam kehampaan. Dia baru sahaja hendak menikmati 'hidangan' besar yang sempat membuatkan dia dahaga empat tahun lalu. Tetapi panggilan bertalu-talu daripada Farrhan mencacatkan rencananya. Arghh,terlepas lagi!

"Takpe,masih ada banyak masa lagi untuk aku dapatkan kau! Lepas tu, jangan harap aku akan lepaskan kau" Bibir Razlan mengukir senyuman penuh makna.

CAHAYA matahari dari ufuk langit membebaskan sinaran positif pada pagi itu. Cahaya yang terang tersebut mencelikkan sepasang mata kuyu milik Nuraisha. Terkial-kial dia bangkit dari pembaringan lalu terus memicit-micit bahagian tengkuknya.

Terasa ngilu pada bahagian itu dek kerana terlena semalaman tidur tanpa beralaskan bantal. Dia pusing dengan keadaannya saat itu. Namun dia masih mampu menghela nafas lega kerana dia masih lengkap berpakaian.

Dia ingat peristiwa semalam. Seorang lelaki menyerangnya dari arah belakang. Dia bergelut dengan lelaki tersebut sehingga terjatuh di atas lantai. Dek kerana cahaya lampu dapur yang malap dan kurang jelas, wajah lelaki tersebut amatlah sukar untuk dikenal pasti. Yang dia tahu, dia ditampar beberapa kali di wajah.

Nuraisha mengaduh kesakitan saat jarinya tersentuh permukaan bibir. Dapat dia rasakan kesan lebam melekat di situ. Itu pasti gara-gara kesan pergelutan semalam. Untung saja Allah masih melindunginya. Jika tidak, dia pasti akan sangat menyesali peristiwa semalam.

Tanpa berlengah,Nuraisha bangkit lalu menuju ke bilik mandi. Dia harus segera bersiap dan menyediakan sarapan pagi sebelum diherdik oleh Maksu Dara lagi.

JAUH pemikiran Razlan melayang saat itu. Setelah bertemu kembali dengan Nuraisha, hatinya jadi serba tak kena. Ada saja yang mengganggu emosinya. Gadis itu masih seperti dulu, polos dan kelihatan naif.

Wajahnya masih cantik dan ayu. Tetapi kenapa gadis itu seperti tidak mengenalinya? Atah mungkinkah kerana cahaya yang malap semalam membuatkan wajahnya samar-samar pada penglihatan Nuraisha? Atau Nuraisha hanya berpura-pura tidak mengenalinya setelah apa yang berlaku empat tahun lalu? Namun mustahil juga untuk dia berpura-pura, apatah lagi ianya berkaitan peristiwa perit.

"Puas aku cari kau. Rupanya kat sini kau bersembunyi" Suara garau Farrhan mencantas lamunan panjang Razlan. Bahunya ditepuk perlahan oleh Farrhan.

"Mana ada aku sembunyi" jawab Razlan.

"Dah tu, buat apa kat sini?"

"Saja. Ambik angin"

"Laaa, tak puas lagi ke ambik angin semalam?" seloroh Farrhan, diiringi tawa halusnya.

Wajah Razlan cemberut. Kalau bukan sebab kau,pasti dah makan besar aku semalam! Cemuh Razlan dalam hati.

"Discussion kau dengan pihak arkitek macam mana?" tanya Razlan, sekadar berbasa-basi.

"Okey je. Aku suruh diorang pasang grill keselamatan di keliling sekolah. Sekarang ni bukan percaya sangat dengan keadaan sekeliling kita. Macam-macam boleh berlaku. Jadi sebelum aku kena complain, aku ambik langkah berjaga-jaga dulu"

Razlan mengangguk, menyetujui kata-kata Farrhan. Inilah salah satu sikap yang digemarinya mengenai Farrhan. Walaupun sering kali berfoya-foya tetapi apabila berkaitan kerja, laju saja tangan dan kakinya bergerak. Seiring dengan otaknya!

"Han"

Farrhan menoleh tatkala namanya diseru perlahan. Nada suara Razlan kedengaran semacam saja.

"Apa?" sahut Farrhan seraya mengangkat kening.

"Kau ingat tak apa dah pernah jadi empat tahun lalu?" Saat mengutarakan persoalan itu, hati Razlan berlagu sebak. Berdebar dia menunggu jawapan balas daripada Farrhan. Sejujurnya, dia ingin sangat mengetahui reaksi Farrhan apabila diungkit kembali peristiwa tersebut.

"Empat tahun lepas, umur aku 25 tahun. Hmmm..." Farrhan berjeda sambil mencuba untuk mengingat kembali peristiwa yang disampaikan oleh Razlan. Namun otak dan hatinya benar-benar gagal untuk berfungsi saat itu.
"Aku tak tahulah! Apa dah jadi empat tahun lepas ea?" Soalan itu dipulang kembali kepada Razlan.

Mendengarkan jawapan Farrhan, bibir Razlan mengeluh lega. Baguslah kalau dia tak ingat. Senang kerja aku!

"Takde apa-apa. Aku saja nak test minda kau. Lemah jugak ingatan kau ni" tempelak Razlan sambil ketawa.

"Haprak punya kawan! Dah,jom sambung kerja"

SAAT melewati kawasan rumah Nuraisha, langkah kaki Razlan terhenti. Saat itu, matanya menangkap sesusuk tubuh sedang menjemur kain di luar. Diperhatikan gadis itu tanpa disedari olehnya.

"Kau ni masih cantik dari dulu sampai sekarang. Geram aku!" ujar Razlan dalam senyuman sinis. Dia masih teringat ketika pertama kali menemui gadis itu suatu ketika dulu. Nuraisha tampak begitu polos tetapi mampu menarik perhatiannya. Dia ditemani oleh sepupunya ketika itu. Meskipun banyak yang mengatakan sepupunya lebih cantik namun bagi Razlan sendiri, wajah Nuraisha sangat menyejukkan matanya.

Oleh itu, pelbagai cara digunakannya untuk mendekati Nuraisha. Tetapi hampa, gadis itu buat tidak tahu sahaja. Disebabkan itulah dia mengatur rancangan untuk memastikan Nuraisha kekal di sampingnya. Tetapi Farrhan pula yang mengacau segala-galanya.

Dan semenjak dari hari itu, dia tidak ketemu lagi dengan Nuraisha sehinggalah ke detik ini. Betapa dia gembira bercampur teruja saat dipertemukan kembali dengan Nuraisha. Kali ini, dia akan pastikan tidak ada satu pun yang akan menghalang jalannya lagi. Farrhan sekalipun!

"Kau mengintip anak dara orang ea?" terjah Farrhan sambil menepuk bahu Razlan.

Terkejut Razlan dibuatnya. Sempat lagi dia mengurut dada sambil mengucap panjang. Seketika, wajah menyindir Farrhan ditenung. Sakit hati betul dia!

"Kau ni apasal?" tukas Razlan, geram.

"Kau tu apasal. Tilik-tilik anak dara orang ni dah kenapa?"

"Mana ada aku menilik!" nafi Razlan.

"Ohh tak menilik. Jadi kau sekarang tengah jaga pokok ni lah ye?" sindir Farrhan sambil menyandar ke sisi pokok.

Razlan menelan liur. Wajahnya keruh. "Yelah, aku tengah intip anak dara orang!"

Pecah tawa Farrhan dengan pengakuan Razlan.

"Lawak ke?" Dahi Razlan mengerut.

"Lawak tu tak,tapi pelik!"

Wajah Razlan serius. Jujur, dia tidak memahami maksud Farrhan sebenarnya.

"Okey, sorry" ucap Farrhan sesudah menghabiskan tawanya. Dipandangnya ke arah gadis tadi dengan mata tak berkelip. Fikirannya mula meracau, seakan mengenali gadis itu tetapi hatinya kurang pasti.

"Apasal?" tegur Razlan. Dia ingat ke apa yang pernah jadi?

"Takde" sahut Farrhan pendek. "Pelik je dengan perangai kau. Kau bukan jenis lelaki yang suka mengintip. Biasanya kau kalau suka atau nak, kau pergi terjah je. Bukannya mengintip macam ni!"

Sepasang mata Farrhan masih melekap pada wajah polos itu.Kenapa hatinya bedebar-debar saat menatap wajah itu? Saat itu, laju saja dia larikan mata apabila gadis tersebut menoleh ke arahnya.

"Aku terpaku tengok dia" sahut Razlan, jujur. Dan malam tadi aku hampir berjaya terjah dia. Kalau bukan sebab kau, pasti aku dah makan besar sekarang! Razlan merungut di dalam hati.

"Dahlah, jom kita balik. Karang orang kampung tengok kita kat sini, naya pulak!"

Langkah Farrhan dibiarkan sepi. Razlan masih di situ, terus memerhati dan mengintip setiap pergerakan Nuraisha. Dan setiap gelagat Nuraisha ,terakam tepat dalam ingatannya.

"Aku takkan lepaskan kau!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience