72

Other Completed 493332

NAFASNYA tercungap-cungap melarikan diri dari pihak polis. Hatinya mulai walang tatkala melihat keadaan diri yang sangat tak tertolongkan. Dia dibiar terkapai-kapai seorang diri menanggung beban sedangkan si lelaki durjana lagi enak berseronok di luar sana.

Adira menghembus nafas yang tidak sekata. Dia sudah tidak larat hendak melarikan diri kerana membawa perut yang sudah masuk enam bulan usia kandungan. Dia merintih kerana si lelaki durjana seperti Kamal meninggalkannya menghadapi kesusahan.

Tubuhnya terlalu penat lantaran derap kaki yang sudah hampir putus langkah hendak berjalan. Dia bersembunyi di dalam semak kerana risau dihidu oleh pihak polis. Bunyi derap kaki menggetarkan hatinya. Dia mengintip di sebalik dedaun yang terkulai layu di hadapan. Kelihatan beberapa anggota polis seakan-akan mencari bayangnya.

Melihat seraut wajah itu membuatkan Adira kaget. Abang Samsul! Tidak disangka-sangka setelah setahun lebih tidak ketemu, mereka dipertemukan oleh takdir dengan suasana begini. Adira menekup mulut kerana risau akan helaan nafasnya yang kedengaran.

Dia menghela nafas lega setelah Samsul dan anggota polis yang lain berganjak ke hadapan. Tubuhnya bersandar pada sebatang pokok. Dia duduk termenung sambil mengenangi peristiwa lampau.

Ketika itu, dia dimewahkan dengan segala-galanya. Kondominium mewah yang selalu diidam-idamkan juga menjadi miliknya dalam sekelip mata. Itu semua kerana jeratnya menggoda lelaki kaya berhasil. Dia lupa dan mulai angkuh dengan kekayaan yang dimiliki. Padahal semua itu hanya miliknya sementara. Dato' darling, gelaran yang diberinya pada lelaki tua itu belum bersedia untuk memperisterikannya. Sekadar menjadikan dia sebagai tempat melepas nafsu semata-mata.

Namun dia tidak pernah kisah semua itu. Asalkan dia dibelai dan dicukupi dengan harta yang melimpah-ruah ,itu sudah memadai buat dirinya. Dalam masa yang sama, dia turut 'memperagakan' tubuh badannya kepada lelaki lain, tidak terkecuali kepada Kamal.

Dan kini, dia mengandung dan mengatakan Kamal adalah ayah kepada anak dalam kandungannya. Kamal tidak mahu bertanggungjawab, bahkan dengan selambanya dia menghina dan mencaci Adira.


"Engkau tu perempuan yang dah kotor, tahu tak?! Budak dalam perut kau tu bukan anak aku. Kau dah tidur dengan banyak jantan, sekarang kau nak salahkan aku pulak? Ehhh apa barang aku nak simpan kau haa?"


"Kau jangan nak biadap Kamal! Budak dalam perut aku ni memang anak kau! Aku tahulah!" Adira meradang kerana dituduh sebegitu oleh Kamal. Walaupun tiada yang salah pada kata-kata Kamal, tetapi dia tahu dia masih berwaspada jika bersama lelaki lain. Tetapi ketika bersama Kamal, dia tidak pernah berhati-hati. Bahkan dia merelakan sepenuh hati segala-galanya kepada lelaki itu.
Mendengarkan kata-kata Adira, Kamal mengekek ketawa. Wajah merah padam Adira dipandang dengan jelingan tajam. Rahang Adira dicengkam.

"Selama ni, sebelum kau jual tubuh badan kau ni pada jantan lain, tak pernah pun kau mengandung masa bersama dengan aku. Kita bersama tak kira siang dan malam. Tapi tak pernah pulak kau cakap apa-apa. Sekarang, bila dah banyak jantan pakai kau dan kau bawak buah labu ni, pandai pulak kau cakap ni anak aku. Kau sengaja nak jerat aku ke haa? Betina sial!!"

Tukas Kamal lalu meludah ke arah wajah Adira. Biarpun kebenaran mengungkap itu anaknya, dia tidak akan sesekali bertanggungjawab. Dia hanya inginkan keseronokan dari gadis itu. Tidak pernah ada niat sedikitpun untuk menjadikannya halal.


"Kau jangan nak jadi bodohlah Kamal! Ini memang anak kau. Kau tak takut dosa ke?"

Kamal ketawa mendengarkan omongan Adira.

"Dosa? Hey perempuan! Kau jangan nak ajar aku pasal dosa kalau perangai diri sendiri tu tak ubah macam iblis! Kau dah lupa apa yang kau buat pada sepupu kau? Kau tahu ke hukum dan balasannya kalau menganiaya anak yatim piatu? Dan... dan yang penting, kau dah lupa ke apa yang kau dah buat pada mak kandung kau sendiri? Islam sendiri dah cakap, berdosa besar seorang anak derhaka pada ibu sendiri. Tak hidu bau syurga!"

"Diamlah sial!" Adira menjerit sepuas hati. Dia tahu dosa-dosanya itu. Dan dia masih belum punya kekuatan untuk berhadapan dengan ibunya dan memohon kemaafan. Sementelah dia sendiri yang sebelumnya telah membuang ibunya. Benar kata Kamal. Dia anak derhaka. Dia tak layak mendampingi syurga.

Air mata membasahi seluruh wajah Adira. Dia sedih dan kesal kerana telah memperlakukan Maksu Dara sekejam itu. Masih terbayang-bayang akan jeritan dan rayuan Maksud Dara di tubir matanya.

"DIRA dah balik nak! Dira dah balik. Ya Allah, anak aku dah balik" Maksu Dara mendekati Adira. Tubuh itu dipeluk seerat-eratnya. Dia terbungkam seketika melihat penampilan Adira yang serba mewah dan agak seksi itu. Bahkan dia juga datang dengan sebuah kereta mewah, siap ada pemandu lagi! Hatinya cukup bangga dengan kejayaan yang dibawa oleh Adira itu. Ternyata, Adira tidak pernah melupakan dirinya. Buktinya, Adira masih lagi sudi untuk menjenguknya ke situ.

Adira mendengus kasar. Dia tidak ada niat untuk menziarahi Maksu Dara sebenarnya. Dia saja-saja hendak pamer kekayaannya kepada orang kampung yang sering menghinanya suatu masa dulu. Lagipula, dia menemui Maksu Dara kerana ada hajat yang belum tertunai. Dia tahu mengenai keberadaan Maksu Dara juga kerana orang kampung yang memberitahunya.

Tak disangka, di rumah ini juga Maksu Dara menumpang. Fikirnya, Maksu Dara mengemis atau tidur di jalanan kerana rumahnya sudah dijual. Huhh! Itulah banyak sangat dosa masa muda! Cemuh Adira di dalam hati.

Untung saja dia tidak ketemu dengan Samsul. Jika tidak, dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Sementelah lelaki itu dululah yang mencuri hatinya.

"Mak, Dira balik ni ada sebab. Bukan saja-saja nak jumpa mak" tutur Adira kasar. Dia bercakap sambil memalingkan wajah dari Maksu Dara. Tidak sudi saja lagaknya untuk memandang wajah itu.

Kerut saja wajah Maksu Dara. Apakah sebab di sebalik kedatangan Adira secara tiba-tiba itu? Maksu Dara mulai tidak sedap hati.


"Orang balik ni sebab nak bagitau yang orang nak kawen dengan orang kaya lepas ni. Dato'. Dia sayangkan orang sangat-sangat. Jadi lepas ni orang jadi Datin"

Wajah Adira kelihatan angkuh dan bangga. Dia puas dapat mempamerkan kekayaan yang akan menjadi milik kekalnya tidak lama lagi.

Puan Normala yang mengintip di sebalik tingkap hanya memerhati dari tadi. Entah apa yang dibicarakan dua beranak itu, tidak pula dia tahu.

"Ibu tengok apa?" tegur Saiful lantas menghampiri ibunya. Dia kaget saat melihat kemunculan Adira di situ. Apatah lagi dengan penampilannya yang sangat menjolok mata itu.

"Bila kak Dira sampai?" tanya Saiful lagi.

"Baru je. Entah apa yang dibualkan" keluh Puan Normala. Benaknya mula berfikir yang bukan-bukan. Lain macam saja maksud kedatangan Adira kali ini.Wajah Maksu Dara pun dia tak mahu pandang.

"Ibu risau" luah Puan Normala. "Dah lama Dira tinggalkan mak dia. Tiba-tiba balik. Tapi macam ada yang tak kena"

"Tak payah risaulah bu. Kita tengok je apa yang jadi" Saiful menenangkan ibunya. Mereka sama-sama memandang ke arah Maksu Dara dan Adira.

"Wahh, anak mak nak jadi orang kaya. Baguslah! Lega mak dengar. Boleh mak tumpang sekali kan?"

Dengan wajah bongkak, Adira berpaling ke arah Maksu Dara. Wajahnya cemberut saja sambil bercekak pinggang.

"Senangkan mak cakap? Nak tumpang orang bagai. Mak tahu tak, orang sedaya-upaya sampai ke tahap ni, mak senang-senang je nak tumpang. Tak maknanya mak!"

"Ha..habis tu? Dira balik sebab apa? Sebab nak bawak mak sekali kan?"

Wajah Maksu Dara penuh pengharapan. Betapa dia rindukan Adira yang tak pernah kunjung tiba. Kini setelah Adira kembali, dia rasa bersyukur sekali.

Adira gelak besar. Dia memandang Maksu Dara dari atas ke bawah. Dia rasa jijik melihat penampilan Maksu Dara itu.

"Orang jijiklah dengan mak! Geli tau tak, geli?!"


Menitis juga air mata kesedihan Maksu Dara dengan kata-kata Adira. Dia rasa terhina dengan omongan anak kandungnya sendiri. Tadi dia sempat mengalirkan air mata kegembiraan, kini titisan itu berubah dalam sekelip mata.


"Apa maksud Dira? Dira dah lama tak balik nak! Kenapa tiba-tiba berubah macam ni?"


"Orang balik ni pun sebab nak bagi mak duit. Ni haa..." Adira mengeluarkan cek sebanyak RM10, 000 kepada Maksu Dara.


"Lepas ni, mak jangan cari orang lagi. Mak jangan kenangkan orang lagi. Orang dah takde mak, faham?! Orang malu ada mak macam mak tahu tak?! Orang kat KL sana pakaian dia cantik-cantik. Tak macam mak! Tua kerepot!"


"Dira! Ya Allah, nak! Ini mak kau" rintih Maksu Dara dalam tangisan. Dia sudah berlutut di hadapan Adira sambil memeluk kedua kakinya.

"Mak tahu, mak tak kaya. Mak takde baju cantik. Tapi mak sayangkan Dira. Mak rindukan Dira. Kalau Dira pergi, siapa nak jaga mak? Dira janganlah buat mak macam ni"

"Lepaslah mak! Lepaslah!" Adira berusaha melepaskan diri dari dipeluk Maksu Dara. Namun tidak berhasil. Akibat tidak berjaya menstabilkan diri, Adira terjatuh di atas tanah. Menyebabkan gaun di badannya kotor dek kesan tanah.

"Arghh!!" Adira menjerit lantas bangkit. Rambut Maksu Dara dicengkam. Pipi tua itu ditampar berkali-kali.

"Baju ni aku beli dengan harga beratus ribu tahu tak? Kau bekerja sampai mati sekalipun takkan mampu nak ganti baju mahal aku ni! Eeee orang tua tak sedar diri"

"Adira! Apa yang kamu buat ni?" Puan Normala dan Saiful mendekati mereka. Dia menolak tangan Adira jauh dari Maksu Dara. Wajah dan bibir Maksu Dara berbekas darah dek tamparan Adira.

"Kalau kamu datang sini cuma nak bagi racun pada mak kamu, lagi baik kamu tak payah datang! Balik sekarang!"

"Adira...Adira...Anak mak" Ngongoi Maksu Dara dalam tangisan. Dia terperanjat dengan perubahan sikap Adira yang dijaga dari dalam kandungan lagi.


"Orang nak baliklah ni! Orang memang tak sudi pun nak lama-lama kat sini!" bentak Adira dengan wajah ketatnya.

"Mak, dengar sini! Orang dah takde mak lagi dalam dunia ni. Mak orang dah lama mati. Jangan cari orang lagi. Faham?! Orang tak perlukan mak lagi!"

MENGINGATI peristiwa itu, Adira menangis semahunya. Kini dia menerima pembalasannya di atas apa yang telah dia perbuat terhadap ibu kandungnya sendiri. Segala kekayaan miliknya dulu hilang bgitu saja gara-gara kandungannya itu.

Dato' darling tampaknya sudah tidak berminat dan bernafsu dengannya. Dia hilang selera tiba-tiba terhadap diri Adira. Sejurus selepas mengetahui Adira hamil, dia mengusir Adira keluar dari kondominiumnya. Bahkan segala harta bendanya tidak boleh langsung diusik oleh Adira.

Lantaran kecewa dibuang jauh oleh Dato' darling, Adira membawa diri sehingga ke rumah sewa milik Kamal. Sesampainya di sana, dia melihat Kamal sedang berseronok bersama seorang perempuan di atas ranjang. Hatinya sakit dan pedih. Sungguh pun dia jahat, dia memang ikhlas sayangkan Kamal. Dia marah-marah dan memaki hamun perempuan tersebut.

Melihatkan diri Adira yang seperti kerasukan itu, Kamal menolak tubuhnya sehingga dia terjatuh di atas lantai. Kamal juga sudah membuang dirinya jauh-jauh. Kini, dia bagaikan pelarian nomad yang sering berpindah-randah. Dia dikehendaki pihak polis kerana kes dadah beberapa bulan yang lepas masih belum selesai.
Namun yang lebih menggerunkan dia adalah kerana kes langgar lari Firash. Dia takut dan risau sekiranya Kamal membocorkan rahsia kepada pihak polis. Lantas, dia yang menjadi buruannya padahal Kamal juga turut bersubahat.

Adira merintih sambil mengusap perutnya yang semakin memboyot. Terlalu banyak dosa yang telah dilakukannya selama ini. Dan dosa terhadap Maksu Dara tidak mungkin bisa terampunkan.

"Mak, ampunkan orang makkk!!"

MAKSU DARA tersedar dari lena. Jam di dinding dikerling. Sudah pukul 5 petang. Nyenyak sangat lenanya sehingga tak sedar hari sudah berganjak petang. Dia ingin bangkit namun kakinya tak bisa bergerak.

Hatinya merintih pilu. Seketika, dia terkenangkan Adira. Anak satu-satunya telah membuang dirinya jauh. Bahkan menyumpah akan kematian dirinya. Maksu Dara menangis.

Apa dosanya sehingga Adira sanggup memperlakukannya seperti itu? Selama ini, dia senantiasa berdoa agar Adira kembali ke sisinya. Dia ingin menongkah hidup dan meniti hari tua bersama-sama Adira. Namun takdir menuliskan yang sebaliknya.

Air mata yang bergenang diseka perlahan menggunakan hujung jari. Dia mencuba bergerak lagi namun usahanya hanya sia-sia.

Maksu Dara mula ketakutan. Seluruh anggota badannya seakan tidak mahu memberikan kerjasama kepadanya. Dia bungkam. Apa sudah jadi pada dirinya?

"Kenapa ni? Kenapa aku tak boleh bergerak?"

Maksu Dara memukul-mukul kedua kakinya. Semakin dia rancak memukul, semakin dia tidak mampu merasakan apa-apa. Segala-galanya seakan-akan kebal sahaja. Dia menangis lagi.

"Kenapa aku tak boleh bergerak? Ya Allah, kenapa aku tak boleh bergerak ni?"

"SABARLAH kak. Yang terjadi ni semua ketentuan Allah. Semua ujian dari Dia. Kita sebagai manusia biasa kena sentiasa redha dengan takdir Dia"

Belakang Maksu Dara diusap-usap oleh Puan Normala. Dia dikejutkan dengan jeritan Maksu Dara sebentar tadi. Apabila dia tiba di hadapan bilik, dia terkejut melihat wanita tua itu jatuh di atas lantai sambil menangis.

"Sabarlah kak" ucap Puan Normala lagi.

"Aku mampu bersabar Mala. Tapi aku tak mampu nak tahan sedih bila ingat balik apa yang Dira dah buat pada aku. Aku tak sangka sejauh tu dia berubah. Walaupun dah berbulan-bulan perkara tu berlaku, tapi ingatan aku masih cukup kuat untuk ingat semuanya. Aku kesal Mala. Aku kesal"

Puan Normala hanya mampu mengeluh. Dia juga tidak menyangka sedalam itu perubahan yang dibawa oleh Adira. Fikirnya, Adira kembali untuk membawa Maksu Dara bersamanya. Namun ternyata dia silap. Lain pula yang terjadi. Kesian Maksu Dara!


"Aku dah banyak susahkan kau Mala. Dah nak dua tahun sejak Dira pergi, kau sekeluarga jaga aku. Tumpangkan aku kat sini. Aku segan dengan kau, dengan Fendi"


"Kak, tak payahlah fikir semua tu. Yang penting sekarang, akak sihat dan sama-samalah kita kembali kepadaNya. Akak tak pernah susahkan kami sekeluarga. Bahkan kami bersyukur sangat menjaga akak. Hari ni kami tolong akak, mana tahu hari lain akak pulak tolong kami"

Maksu Dara tersenyum mendengar kata-kata Puan Normala. Sungguh, dia jauh terpesong dari agama. Syukur, dipertemukan dengan keluarga sebaik Puan Normala mengajar dia segala-galanya. Teringat dia akan dosa yang pernah dia lakukan pada Samsul dan Nuraisha suatu masa dulu. Dia benar-benar rasa menyesal.

"Mala, ada benda aku nak bagitau kamu. Tapi sebelum tu, aku harap kamu maafkan aku"

"Apa dia kak?"

"Pasal pinangan Samsul untuk Aisha suatu masa dulu. Aku yang paksa Aisha tolak pinangan tu sebab Dira pun sukakan Samsul. Aku tak nak Dira merana sebab Samsul pilih Aisha. Jadi aku ugut akan bunuh Aisha kalau dia terima pinangan Samsul. Aku yang jahat Mala. Aku yang jahat"

Puan Normalam bungkam. Tidak menyangka sebegitu sekali niat Maksu Dara. Wajar sajalah Nuraisha menolak pinangan mereka suatu masa dahulu. Padahal, Samsul dan Nuraisha sangat rapat.

"Aku tau, Aisha sukakan Samsul jugak. Tapi aku yang jahat. Aku yang pisahkan diorang. Sekarang Allah bagi balasan pada aku. Aku terpisah dari anak yang aku sayang"

Tersedu-sedan Maksu Dara menceritakan segala kebenaran. Dia tahu hati Nuraisha bagaimana. Dia tahu anak saudaranya sangat menyayangi Samsul. Namun dia yang buta hati, buta mata. Kini, segala-galanya sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur.

"Ibu!!"

Suara keras dari arah pintu menyentakkan dua pasang mata. Kehadiran Samsul secara tiba-tiba seakan memburukkan lagi keadaan Maksu Dara. Apatah lagi setelah wajah Samsul kelihatan kusam dan serius sahaja. Sah, perbualannya sudah didengari oleh Samsul dari tadi!

USAI solat Isyak, Naura pantas bergegas ke bilik Farrhan bagi memberikan ubat. Memang rutin hariannya setiap selesai saja Isyak, dia akan ditugaskan untuk menjaga dan memberikan ubat kepada Farrhan.

Siang hari pula, segala keperluan Farrhan ditanggung sepenuhnya oleh Nuraisha. Kenapa begitu? Kerana itu adalah peraturan yang dibuat oleh Naura sendiri. Dia tidak mahu Nuraisha terlalu merasa terbeban dengan menguruskan Farrhan sendiri. Dia ingin Nuraisha merasa nyaman dan selesa selama berada di situ.

"Hai angah! Hari ni, Naura jaga angah tau? Angah kena makan ubat. Nanti guna tiub tu je ye? Macam biasalah"

Naura menyapa dengan ceria. Walaupun kesan ubat itu tidak memberikan sebarang tindakbalas yang positif, tetapi Naura tidak berputus asa. Dia tahu suatu hari nanti keajaiban akan berlaku lebih-lebih lagi dengan kehadiran Nuraisha di situ.

Ketika itu, Naura menghidu sesuatu bau yang tidak diundang. Hidungnya bergerak-gerak saja. Bau busuk itu sangat menyengat rongga hidungnya. Dia mendekati Farrhan dan ternyata bau itu datangnya dari arah lelaki itu.

Naura menutup hidung. Tekaknya rasa mual saja. Dia lantas berlari ke kamar tidur Nuraisha. Pintu bilik diketuk berkali-kali.

"Kenapa Naura?" tanya Nuraisha saat mereka bertembung wajah.

"Angah..." Naura tercungap-cungap.

Dahi Nuraisha mengerut. "Farrhan kenapa?"

"Dia..."

Belum pun sempat Naura menyambung ayatnya, Nuraisha pantas bergegas ke arah bilik Farrhan yang hanya selang dua bilik.

Naura mengeluh. "Tak habis cakap lagi, dia dah tinggalkan aku!"

"Apalah Naura ni! Angah buang air besar je. Ingatkan apa tadi" omel Nuraisha ketika Naura sudah tiba di hadapan pintu bilik.

Nuraisha duduk di sisi Farrhan dan mula membersihkan apa yang patut. Mulanya Farrhan enggan memberikan kerjasama dan badannya mengeras saat Nuraisha ingin menanggalkan seluarnya. Tetapi dengan sepenuh tenaga Nuraisha, akhirnya Farrhan mengalah jua. Meski kini dia masih belum mampu bergerak ,namun dia sudah boleh memberikan respon sedikit. Dan hal itu, tidak ada seorang pun yang mengetahuinya. Bahkan segala percakapan di sekelilingnya sudah boleh didengarinya sejak dari dulu.

"Encik janganlah malu. Saya masih lagi isteri encik. Jadi apa yang ada dalam diri encik, itu semua masih halal pada saya. Jadi tolong bagi kerjasama kalau encik tak nak tidur dengan bau busuk ni"

Kata-kata itu menyeksa batin Farrhan. Dia tahu, mereka masih suami isteri yang sah. Tetapi kenapa hatinya terseksa mendengar omongan Nuraisha? Ikhlaskah dia?

done. cepat, serbu ruang komen ;)

Share this novel

Cik Mafia
2021-07-31 06:37:29 

author bkpe rase mcm nok farrhan mati sekarang ni....terlalu kejam kah aku...?


NovelPlus Premium

The best ads free experience