50

Other Completed 493332

DENGAN perasaan yang membuak-buak, Farrhan mengatur langkah menuju ke kamar. Moodnya tidak elok hari itu. Setelah mendengar cerita daripada Razlan siang tadi, hatinya mendongkol geram. Malah, benci semakin melahap-lahap dalam dirinya terhadap Nuraisha. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia seret wanita itu keluar dari rumah. Namun akal fikirannya masih waras. Dia harus membalas dendam di atas apa yang telah terjadi.

Ketika itu, dia sempat melanggar Nuraisha yang kebetulan hendak turun ke dapur. Melihatkan wajah itu, hatinya bertambah benci dan meluat saja.

"Kalau kau nak tahu, perempuan tu nampak je suci, alim. Tapi dah banyak lelaki yang 'ngap' dia. Kalau kau tak percaya ,kau boleh tanya dengan Jimmy. Dia tahu segala-galanya" Terngiang-ngiang bicara Razlan siang tadi ke cuping telinganya.

"Tapi semua lelaki tu bukan nak sangat kat dia. Apa classlah perempuan takde standard macam tu! Dia yang pergi goda lelaki tu semua. Dan kau, jugak antara mangsa dia. Lepas habis duit kau dia kikis, dia pergi cari jantan lain"

Kata-kata Razlan semakin menaikkan darah baran Farrhan. Wajahnya menyeringa saja. Bebola matanya memandang Nuraisha terus. Tajam dan ada sinar kebencian.

"Papa kau bencikan kau sebab hasutan si Aisha tu. Tu semua rancangan dia dengan Firash. Kau tak ingat semua ni. Sebab kau dulu selalu mabuk, mana kau nak tahu? Dan lepas je diorang dapat kepercayaan dari papa kau, diorang kawenlah. Konon-kononnya diorang baru kenal padahal dah lama kenal. Si Firash tu ,memang dah lama 'makan' Aisha tu. Jangan-jangan, tak lama lagi papa kau pun akau buang kau dari keluarga. Sebab termakan pujuk rayu dan hasutan perempuan tu. Melepaslah kau nak makan harta mak bapak kau!"

Farrhan menekup telinga. Wajahnya kemerahan. Akalnya sedang berdebat dengan segala kebenaran yang keluar dari bibir Razlan.

Perlahan-lahan, Nuraisha mengundur diri. Dia benar-benar ketakutan melihat perubahan mendadak lelaki itu.Apatah lagi sorotan matanya memang terungkap seribu kebencian.

"Kau nak pergi mana?" sergah Farrhan sambil memandang tajam ke arah Nuraisha.

Nuraisha meneguk liur. Hatinya berdebar. Bibirnya terkumat-kamit membaca doa. Dia ingin kabur dari lelaki itu, namun cengkaman Farrhan membataskan pergerakannya.

"Apa yang kau dah buat haa perempuan?!" Tubuh Nuraisha ditolak ke dinding.

Nuraisha sudah ketakutan. Dia menangis minta dilepaskan. "A...apa saya dah...dah bu..buat?"

Tubub Nuraisha dikunci dengan kedua tangannya melekap ke dinding. Kini, Nuraisha berdiri di antara kedua tangannya.

"Kau jangan nak perbodohkan akulah! Sejak kau datang kat rumah ni, terlalu banyak sangat dah benda tak elok berlaku. Kau ni memang pembawa sial!" Dahi Nuraisha ditunjal.

Nuraisha tersedu-sedan. Tatkala tubuh Farrhan semakin mendekat, dia berusaha sedaya-upaya mengelak dari menjadi mangsa. Dada bidang Farrhan ditumbuk berkali-kali.

"Dah berapa banyak jantan kat luar sana merasa tubuh badan kau? Dah berapa banyak duit diorang kau habiskan? Kau ni nampak je suci, tapi hati kau busuk! Aku takkan lepaskan kau! Perempuan jalang!" Rahang Nuraisha dicengkam. Saat dia ingin mengucup bibir tersebut, niatnya terhalang ketika terpandang sepasang mata syahdu itu menangis. Farrhan melepaskan Nuraisha sambil mendengus geram. Dia selalu saja tewas dalam sorotan mata indah itu. Arghhh!

Keliru dengan perasaan sendiri, Farrhan bergegas menghayun langkah ke kamar. Dia perlukan mood yang elok saat itu. Berhadapan dengan Nuraisha akan semakin membuatkan kepalanya serabut!

"KENAPA abang tinggalkan Sha? Sha takut duduk rumah ni. Ada mama, papa, Naura tapi Sha tetap tak mampu nak larikan diri dari Farrhan. Kenapa dia benci Sha? Apa yang Sha dah buat?"

Nuraisha mengongoi sambil menatap foto Firash. Senyuman itu tak pernah mampu mengecewakannya. Namun kali ini, entah kenapa senyuman itu seakan-akan memaksanya menerima keputusan yang telah dibuat.

"Abang selalu nak Sha bahagia. Tapi boleh ke Sha bahagia dengan amanat abang? Sha tak tahu kenapa Sha kena kawen dengan dia. Sha tak nak kawen dengan Farrhan. Abang, tolonglah Sha. Abang tahu tak, kesakitan ni takde sorang pun yang mampu faham. Abang tinggalkan Sha saat Sha perlukan abang..."

Bingkai foto Firash dipeluk erat seakan-akan dia merasakan hangatnya dakapan lelaki itu.

"Kat dunia ni, semua orang berhak diberi peluang kedua. Tak kira apa pun kesalahan seseorang tu, Sha kena janji dengan abang yang akan maafkan dia. Sha akan maafkan Farrhan"

Kata-kata Firash masih lagi terngiang-ngiang di cuping telinganya saat lelaki itu masih hidup. Sehingga kini, dia masih tidak memahami tutur kata tersebut.

"Sha takkan bahagia dengan lelaki macam tu! Kenapa abang tentukan hidup Sha dengan dia?"

Nuraisha mengadu seolah-olah Firash ada di hadapannya. Air matanya semakin laju mengalir dan seakan enggan untuk pergi.

"Sha kenal abang, Sha kenal erti bahagia. Sha tahu macam mana nak kecapi bahagia. Lama dah Sha impikan nak hidup bahagia macam insan lain. Tapi abang pun jahat macam diorang. Bahkan lebih jahat! Abang tinggalkan Sha sedangkan selama ni abang janji takkan tinggalkan Sha sampai bila-bila. Abang mungkir janji! Abang mungkir janji!"

Tubuh Nuraisha layu di atas ranjang. Dia kepenatan, menangis dan mengenangi nasib diri. Pernah juga dia terfikir untuk membawa diri jauh dari rumah ini. Namun ke mana harus dia melangkah? Ke Mersing, di tempat dia dibuang keluarga sendiri? Atau sekitar Kuala Lumpur? Mencari rumah tumpangan? Tetapi dia tidak kenal sesiapa pun di sini. Malah, duit yang ada juga tidak mungkin cukup untuk menampung kehidupannya di luar sana.

Layanan dan kasih sayang dari mama dan papa mertuanya sungguh tiada tandingan. Meskipun Naira tidak mahu menerimanya, namun masih ada segenggam tangan Naura yang menyambutnya dengan penuh keikhlasan.

Namun kebencian Farrhan terhadapnya tidak sanggup dia depani. Dia sendiri tidak tahu punca lelaki itu membencinya sebegitu sekali. Ya, mungkin juga kerana Firash. Tetapi kenapa harus menghina dan mencacinya dengan kata-kata kesat? Layakkah dia menerima layanan seperti itu? Dia tidak pernah menyibukkan diri di dalam hidup Farrhan ,jauh sekali hendak menyusahkannya. Tetapi kenapa sampai ke tahap itu sekali dia dibenci?

Nuraisha pasrah. Dia redha dengan ketentuan Ilahi.

"Abang..." Foto Firash didakap erat dalam lena. Berharap pagi esok semua yang berlaku hanyalah mimpi semata-mata.

WAJAH Tan Sri Firman dan Puan Sri Mariam serius sahaja. Sejak dikhabarkan berita itu, mereka menyepi sehingga ke saat ini. Sejujurnya, masing-masing kehilangan kata-kata dengan keputusan drastik Farrhan. Entah apa yang merasuk anak lelakinya itu, tiba-tiba saja menyuarakan hasrat tersebut.

Naura justeru kelihatan bingung. Adakah ini salah satu daripada akal jahat Farrhan? Dia risau sekiranya Farrhan berniat jahat kepada Nuraisha. Wanita itu satu-satunya amanat terakhir daripada lelaki yang pernah dicintainya suatu masa dulu. Demi kasih sayangnya pada Firash, dia berjanji akan melindungi Nuraisha dalam diam. Bahkan segala rahsia lampau Nuraisha masih kemas dalam genggamannya. Seperti yang dijanjikan, dia hanya akan membongkarnya seusai waktu yang tepat.

"Angah ni dah gila ke apa? Betul ke dengan keputusan angah ni?" Naura tiba-tuba bersuara, membuatkan Tan Sri Firman dan Puan Sri Mariam memanggung kepala.

Naura bukannya apa. Dia tahu sangat tahap kebencian Farrhan pada kakak iparnya itu. Pantang nampak wajah Nuraisha sedikit, ada sahaja tak dipuas hatinya. Tup-tup, pagi itu mereka dikejutkan dengan berita tersebut. Nalurinya kuat mengatakan ada sesuatu yang sedang dirancang oleh Farrhan.

"Gila?" Farrhan ketawa sinis. "Kalau nak cakap pasal gila, ada baiknya salahkan si Firash tu!"

"Angah!" Puan Sri Mariam sudah terjerit. Pantang dia apabila nama Firash sengaja diburukkan.

Bibir Farrhan terlakar senyuman sinis. Dia bukan saja-saja mengambil keputusan yang tak masuk akal ini. Dia keliru dengan apa yang terjadi, sementelah hatinya kuat ingin membalas dendam. Jadi dia sengaja menghubungi Razlan semalam bagi mendapatkan jalan keluar. Dan usulan Razlan pada mulanya ditolak sekeras-kerasnya. Namun apabila Razlan mengemukakan beberapa asbab, dia akhirnya bersetuju walaupun bukan dari hatinya yang ikhlas.

"Yang penting, dendam kau terbalas. Dan kau puas hati!" Itu kata-kata terakhir Razlan sebelum mereka menamatkan panggilan.

"Angah dah fikir masak-masak ke?" tanya Puan Sri Mariam, penuh lembut.

Farrhan mengangguk kepala. "Aah ma"

"Tapi kenapa angah nak kawen dengan kaklong? I know you very well. You hate..."

"Oh my dear Naura!" Farrhan pantas memotong. Bimbang jika kata-kata Naura akan mempengaruhi persetujuan mama papanya.

"For God sake! Allow me to speak please" sambung Farrhan lagi dengan mimik wajah yang serius.

Naura mengeluh lantas memeluk tubuh.

"Papa jugak yang beria-ria nak angah kawen dengan Aisha kan? Kononnya ni amanat terakhir dari Firash. And I am doing it and taking it as your advice. Lagipun, dalam Islam, kalau tak kerjakan amanat orang, berdosa besar tau? Papa mama nak tanggung dosa tu sampai bila-bila ke?"

"Tapi dalam Islam jugak cakap. Kalau amanat tu memudaratkan, tak buat pun tak apa!" sampuk Naura pula. Tak habis fikir dia dengan pemikiran si Farrhan itu!

Farrhan menahan hati dengan hujah Naura. Berdebat dengan sang peguam, hatinya harus cekal dan akalnya harus bijak menangkis. Naura bukan calang-calang penghujah!

"Since when it will bring any trouble? Cuba Naura bagitau angah. Pernah ke angah berkasar dengan Aisha sebelum ni? Kalau pernah, kat mana? Bila? Macam mana? Saksi ada? Kalau kat court, kata-kata mesti disertakan dengan saksi dan bukti. Am I right, Peguam Naura?"

Kata-kata Farrhan mengunci mulut Naura. Dia tidak bisa menjawab kerana tidak ada bukti yang mampu disertakan. Pertama kali dia merasa kalah mengemukakan hujahnya. Arghh!

"Betul ke itu alasan yang buat angah nak kawen dengan Aisha?" soal Tan Sri Firman setelah lama mematungkan diri. Dia juga merasa pelik. Farrhan seorang yang degil dan sangat sukar mengikut pendapat sesiapa. Apatah lagi ianya berkait rapat dengan Firash. Apabila Farrhan bersetuju untuk menuruti kehendak Firash, tidakkah satu kemusykilan itu?

Farrhan mengeluh. Dia harus meyakinkan papanya untuk menerima keputusannya. Jika tidak, segala rancangannya akan terhapus.

"Pa, give me another chance to prove it to you. Angah tahu, angah bukan anak yang baik selama ni. But, I've come to my senses. Angah nak berubah perlahan-lahan. And I know that Aisha can make it become true. Tapi kalau papa nak angah terus hanyut dalam dunia yang tak seberapa ni, well it's up to you. I have no objection" Suara Farrhan mendatar. Dia turut mempamerkan riak kecewanya.

Naura buat muka menyampah. Dia tahu, Farrhan hanya berpura-pura. Tidak mungkin manusia seperti Farrhan berubah dalam sekelip mata. Dia tahu ,Farrhan merancang sesuatu yang tidak baik.

Tan Sri Firman dan Puan Sri Mariam saling berpandangan. Mereka agak terkejut dengan perubahan sikap Farrhan. Namun tak juga Tan Sri Firman nafikan. Kerja dan amanat yang diberikan kepada Farrhan ketika menguruskan syarikat sungguh memuaskan hatinya. Dia tidak percaya jika Farrhan bisa membawa keuntungan kepada syarikat secepat itu.

"So how?" Farrhan menanya. Tak sabar hatinya ingin tahu keputusan Tan Sri Firman. Jika papa bersetuju, dia tidak hiraukan suara sumbang yang lain. Kerana satu kata ya daripada papa merupakan sejuta kebaikan padanya.

Tan Sri Firman memandang wajah Farrhan dalam-dalam. Dia menimbang-tara keputusannya. Ya atau tidak?

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-06-05 23:40:43 

tq kiki...update...


NovelPlus Premium

The best ads free experience