64

Other Completed 493332

JAUH fikiran Haikal melayang. Seumur hidupnya, itulah pertama kali dia tidak sudi berkongsi wanita lain dalam hidupnya. Jika sebelum ini dia rela berkongsi wanita dengan lelaki lain, tetapi setelah bertemu dengan Nuraisha hatinya enggan membenarkan gadis itu jatuh ke tangan lelaki lain. Aura yang dibawa oleh Nuraisha sangat berbeda dengan gadis lain.

Disebabkan itulah dia rela melindungi gadis itu meski harus berdepan dengan banyak sindiran manusia. Selepas ketemu Kyle untuk menyatakan hasrat itu, Kyle mengejeknya dengan mengatakan egonya yang tinggi jatuh merundum hanya kerana seorang wanita. Sedangkan selama ini Kyle dan lainnya menjunjungnya tinggi kerana dia sukar menjatuhkan diri ke dalam genggaman seorang wanita.

Haikal tersenyum. Menjadi teman kepada Nuraisha cukup menggembirakan hatinya. Setiap kali berborak dengan gadis itu, dia pasti akan curi-curi menatap mata indah itu. Entah kenapa, hatinya sangat tertaut pada sepasang mata itu.

Mata yang indah tetapi menyimpan terlalu banyak kesedihan dan rahsia. Mungkin bukan saatnya dia mengorek rahsia tersebut, namun dia yakin suatu hari nanti Nuraisha akan selesa berkongsi dengannya.

Untuk itu, dia telah membuat satu keputusan. Dia ingin Nuraisha kekal di sisinya. Dia sukakan sikap tegas namun penuh kelembutan dari gadis itu. Dan dia yakin Nuraisha mampu membawa perubahan besar dalam hidupnya.

"Opocottt makk engkauu!" Haikal dikejutkan dengan sergahan daripada Sufian. Dada diurut seiring dengan jelingan tajam.

Mengekek Sufian ketawa dengan telatah Haikal. Sudah diagak reaksi Haikal seperti itu. Jauh menungnya sehinggakan lenguh tangan mengetuk pintu bilik namun tiada sahutan. Orangnya ada namun jasad entah hilang ke mana.

"Muka bukan main bengis. Tapi melatah!" tempelak Sufian. Gelak tawanya masih tersisa.

"Mangkuk hayun punya kawan!!" Haikal menyetir lantas melabuhkan punggung di atas kerusi. Sufian turut sama menghantar punggung namun di hadapan Haikal.

"Apasal tak ketuk pintu? Sesuka je kau main terjah!" Radang Haikal. Sufian ini memang suka buat kejutan, tetapi kejutan yang boleh buat dia pengsan!

"Aku dah ketuk kot!" akui Sufian. "Siap ketuk berirama lagi. Ingatkan kau on leave hari ni. Tapi secretary kau cakap, kau ada kat dalam, tak keluar dari pagi tadi. Apa benda je yang kau buat dalam bilik ni?"

Haikal hanya membatukan diri. Berpura-pura membelek majalah di hadapannya sedangkan Sufian sudah ketawa melihat gelagatnya.

Jelingan tajam diberikan kepada Sufian. Apa kena dengan dia ni? Sawan ke apa? Tiba-tiba gelak!!

"Apasal?"

" Kau tak sihat ke ni?"

Haikal mengangkat kening sambil berdecit.

"Majalah yang kau baca tu terbalik. Kau boleh faham ye bacaan terbalik macam tu?" perli Sufian lagi.

Wajah Haikal kemerahan dek kerana disindir oleh Sufian. Laju saja tangannya menyimpan majalah dan diletakkan semula di atas para-para. Kemudian, dia mengeluarkan Iphonenya dan berpura-pura menaip mesej. Huuu, Nuraisha punya pasal, fikirannya jauh betul menerawang!

"Kau ada masalah ke Kal?" tanya Sufian, prihatin.

"Takdelah. Apasal pulak?"

"Kau lain macam je aku tengok. Serba tak kena je hari ni"
Haikal diam. Haruskah dia bercerita mengenai Nuraisha kepada Haikal? Buatnya dia diejek, naya! Bukan dia tidak tahu fiil Sufian itu bagaimana.

"Woii!! Menung lagi. Perempuan mana buat kau tak tentu arah ni?" Mengekek Sufian ketawa tetapi riak Haikal hanya ketat sahaja.

Sufian mematikan tawa tatkala melihat reaksi wajah serius Haikal itu. Seriau...

"Let me be honest"

Sufian tekun mendengar. Menanti dengan sabar setiap butir bicara Haikal.

"Aku jumpa seorang perempuan. Nama dia Nur"

"Then,kau jatuh cinta pada dia?" sampuk Sufian, sengaja menebak namun lebih kepada nada mengejek saja. Bukan dia tidak kenal Haikal itu siapa. Kasanova dan playboy! Hampir semua perempuan pernah terjerat di dalam cinta palsunya. Dan dia tidak terkejut jika itu yang menjadi punca utama permasalahannya.

Kening Haikal terangkat. Wajahnya tepat menikam ke dalam anak mata Sufian. Inginkan kepastian melalui omongannya sebentar tadi.

"I'm just guessing!" Sufian mengangkat kedua tangan seolah-olah menyerah diri saja lagaknya.

"Aku suka tengok mata dia. Cantik tapi banyak kesedihan yang dia tanggung"

"O--key..." Sufian teragak-agak menyahut. Ni betul-betul Haikal yang mula-mula dia kenal dulu ke? Yang rindu dan setianya hanya pada arwah Hanis? Adakah dia sudah menjumpai wanita persis Hanis?

"Mata yang indah tu mampu buat banyak mata terpana. Nur... cantik namanya secantik orangnya" Tanpa sedar, Haikal mengulum senyuman.

Sufian terdiam. Dia tidak memahami bicara Haikal itu. Sekadar bergurau atau dia benar-benar memaksudkannya?

"Aku jumpa dia kat tempat Jimmy" Haikal berterus-terang. Sufian tercengang.

"Kau nak perempuan yang dah kena sentuh banyak lelaki macam tu? Sejak bila kau berubah?" ujar Sufian dalam tawanya. Setahu dia, Haikal bukan sebarangan orang. Memilih teman hidup juga jika tidak kena dengan seleranya, tidak akan jadi juga. Inikan pula perempuan di lorong gelap seperti itu. Dia harus benar-benar mandi bunga!!

Haikal menjeling. "Dia tak macam perempuan lain. Aku tahu dia macam mana. Aku..." Wajah Sufian ditilik. Kemudian, dia mengeluh berat. "Hishh, cakap dengan kau pun tak guna!"

"Okey, yang tu kau tak payah nak elaborate sangat. La ni, kau nak buat apa?"

"Aku nak beli dia dari Jimmy. Aku dapat rasakan yang dia kena aniaya, tu sebab dia masuk situ. Pertama kali aku jumpa dia, dia merayu-rayu sambil menangis. Mintak aku lepaskan dia"

"Tapi perempuan lain macam tu jugak kan? Pertama kali kau 'pakai' diorang pun, diorang meraung macam tu jugak. Tapi sekarang?"

"Aku dah cakap. She is different! Kau takkan faham selagi kau tak jumpa dia!"

Sufian pula yang mengeluh. Haikal itu memang degil orangnya. Dia bukannya apa, dia tidak mahu Haikal menanggung kecewa lagi setelah kehilangan Hanis empat tahun yang lalu. Jika kali ini dia benar-benar telah jatuh cinta pada gadis yang bernama Nur itu, dia risau Haikal akan kecewa lagi.

"Okay, fine! Buatlah apa kau nak buat. Tapi aku harap sangat kau tak kecewa lagi kali ni. Kalau tak, kau sendiri tahu macam mana rasa dia"

Haikal terdiam. Namun dia tekad. Nuraisha harus dikeluarkan dari tempat jahanam itu!

"BERAPA lama dah dia tak sedarkan diri? Koma macam ni?"

Wajah pucat Farrhan dan tubuh kakunya dipandang sayu oleh Samsul. Sejak mendengar perkhabaran melalui Naura, hatinya terjentik untuk menziarahi lelaki itu. Walaupun lelaki itu punca dia dan Nuraisha terpisah, namun dia sedar dia tidak seharusnya menyimpan dendam. Hidup terlalu singkat untuk semua itu.

"Ni dah nak masuk dua minggu. Doktor pun tak tahu apa punca dia koma padahal kalau diikutkan hasil laporan, angah sihat je. Takde komplikasi apa-apa" terang Naura sambil mengeluh.

Pandangannya turut tertancap ke arah sekujur tubuh kaku itu. Wajah yang sentiasa bengis tanpa sebaris senyuman ,bibir yang tak pernah berhenti mencaci dan menghina sesiapa, mata yang senantiasa menggenggam benci dan keluhan. Kini semuanya hanya tinggal debu. Tubuh itu rebah dengan kuasaan Allah Yang Maha Esa.

"Pelik" Itu sahaja komentar Samsul. Namun fikirannya bergentayangan mengingatkan Nuraisha. Adakah ini pembalasan Allah terhadap Farrhan di atas dosa-dosanya kepada Nuraisha?

"Apa yang awak fikirkan?" tegur Naura setelah melihat kebisuan Samsul.

"Awak tak rasa ke apa yang jadi pada Farrhan ada kaitan dengan Aisha?"

Naura mengerut dahi. "Saya tak faham"

"Ini pendapat saya saja. Jangan-jangan apa yang jadi pada Farrhan adalah disebabkan dosanya pada Aisha. Kita dua tahu kan apa yang terjadi pada Aisha sebelum ni. Dan kuasa Allah tu luas. Sejahat-jahat mana pun kita, tetap takkan mampu lari dari balasan Allah"

Kata-kata Samsul memuntahkan keluhan di bibir Naura. Seperti yang dijangka! Dia juga pernah berfikir seperti itu dan ada logiknya semua kata-kata Samsul.

"So apa yang kita kena buat?"

"Cari Aisha. Bawa dia pada Farrhan"

Naura diam. Lepas tu? Samsul pula akan mencuba nasib? Dan dia? Terkapai-kapai dalam lautan cinta Samsul?

"Kita kena cari Aisha. Tak kira apa cara sekalipun" Omongan Samsul menyentakkan Naura. Meskipun perit, namun dia tetap mengukir senyum. Dan tak kiralah apa pun yang jadi, Samsul benar. Nuraisha harus dikembalikan ke pangkuan Farrhan!

PERUT yang memulas dan kepala yang berdenyut-denyut membuatkan tenaga Nuraisha hilang. Tubuh badannya lemah. Nak berjalan pun terasa sakit sahaja. Dia memegang bawah perutnya yang terasa perit. Wajahnya mengeruh menahan kesakitan.

Perlahan-lahan, dia mengatur langkah ke birai katil. Wajahnya pucat dan peluh mengalir keluar dari segenap wajah. Tubuh dibaringkan di atas katil. Dia ingin memejam mata namun kesakitan yang dirasakan di kepala menghalangi niatnya.

"Ya Allah! Kenapa ni?"

Nuraisha mengurut-urut kepalanya. Kesakitan yang dirasakan hanya Allah saja yang mengerti. Kenapa tubuh badannya rasa tidak selesa? Pinggangnya terasa nyilu.

"Aisha! Kau kenapa ni?" Laila menyoal tatkala sudah mendekati Nuraisha.

"Tak tahu kak. Kepala ni rasa sakit. Pinggang, kaki semua anggota badan Sha rasa sakit" Air mata Nuraisha sudah tumpah.

"Kita pergi klinik nak? Nanti akak bagitau Jimmy" Laila mulai cemas.

"Tak payah kak" cegah Nuraisha. "Makan pil je, okey rasanya"

"Betul ni?"

Nuraisha mengangguk. Laila keluar dari kamar. Tidak lama kemudian, dia kembali dengan membawa beberapa biji painkiller dan diserahkan pada Nuraisha.

"Minum air ni" Botol berisi air putih bertukar tangan. Laila mengusap belakang Nuraisha kemudian membantu gadis itu untuk baring.

"Sha rehatlah. Nanti kalau ada apa-apa, panggil je akak"

Mata Nuraisha terkatup dengan perlahan-lahan. Kesan dari pil tersebut membuatkannya terlelap. Dan dia berharap semoga selepas bangun nanti kesakitan itu akan hilang.

"YOU yakin ke dengan apa yang you dengar? I macam tak percaya je" Bebola mata Maira memandang tepat ke wajah Razlan.

"Takkan I nak tipu! Betullah, kekasih kesayangan you sekarang ni tengah koma. Dia tak sedarkan diri dari sejak seminggu yang lepas. Seminggu ke dua minggu ke ,entahlah! I tak sure. Tapi I yakin yang dia memang koma"

Razlan mengukir senyuman. Keadaan Farrhan akan semakin memudahkan kerjanya. Lagipula, dia sudah terlalu lama merindukan Nuraisha. Dan kini gadis itu sedang berada di rumah pelacuran, sudah pastinya dia akan melanggan Nuraisha dan memaksa gadis itu memenuhi kehendaknya.

"Apa benda yany you fikir ni? Pastu tersenyum-senyum macam orang tak betul!"

"You pernah dengar tak peribahasa pucuk dicita ulam mendatang?"

Kening Maira bersambung. "Maksud you?"

Pertanyaan Maira dibiarkan sepi. Otaknya ligat memikirkan wajah Nuraisha. Sudah terlalu lama dia mengidamkan gadis itu. Bahkan, sejak menyimpan hasrat untuk menginginkan Nuraisha, dia sudah tidak menyentuh mana-mana wanita lagi.

Nuraisha akan dipaksa untuk meladeninya. Dan kemudian dia akan memaksa gadis itu untuk mengahwininya. Jika tidak, dia akan pastikan Nuraisha menyesal kerana telah menolaknya!

"You tak nak lawat kekasih you ke?"

Maira menggigit bibir. Mestilah nak! Itulah satu-satunya peluang untuk dia membuktikan kesetiaannya pada Farrhan. Dan sekaligus merebut hatinya.

"Gila tak nak?! Inilah peluang I tahu tak? Tapi kan ,macam mana you tahu Farrhan koma?"

"I dengar dari Naira"

Beberapa hari lepas, Naira ada berkunjung ke kelab malam itu bersama kekasih barunya, Nick. Dan di situ dia menceritakan segala-galanya kepada Razlan.

"Naira?" soal Maira tidak percaya.

"Ye! Kenapa?"


"Hari tu pun I nampak dia kat sini. Dengan Nick. Kekasih baru dia tu"

"Tak payahlah nak menyibuk hal dia. Tapi kata nak lawat Farrhan. Haaa apa tunggu lagi?"

"Ye. Ye. Nak pergilah ni"

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-07-02 13:09:49 

tq kiki ..update

Hawani Hashim66
2021-07-02 13:09:36 

tq kiki ..update


NovelPlus Premium

The best ads free experience