71

Other Completed 493332

MENERIMA kehadiran insan itu umpama mimpi dalam mimpi. Naira sama sekali tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya saat ini. Insan yang sedang tersenyum sambil berdiri kaku di hadapan pintu rumah itu hanya menunggu seseorang untuk menjemputnya masuk. Mata Naira berkelip-kelip, seakan tak percaya dengan apa yang disaksikan.


"Akak!" Naira segera berlari ke arah Nuraisha dan mendakap erat tubuh itu. Matanya berkaca menyaksikan kesudian Nuraisha bertandang ke situ lagi. Namun kali ini dengan niat yang besar. Itu jelas terlihat kerana dia turut membawa luggagenya.


Belakang Naira diusap perlahan. Dia turut sama melabuh tangisan di dalam pelukan Naira. Atas sebab apa, dia sendiri juga buntu.


"Tak payahlah nangis. Saya dah datang ni kan?"


"Naira terharu tengok akak datang"


Ungkap Naira seraya melepaskan pelukan.


"Mana semua orang?"


"Ada. Akak tunggu sini kejap ye? Duduk dulu"


Nuraisha mengangguk kepala sesudah Naira berlalu. Matanya melilar melihat sekeliling. Tiada banyak perubahan. Namun kenangan lama masih terpahat dalam hati. Dia melihat bingkai foto yang tersergam indah di dinding. Bibirnya mengulum senyuman manis saat bersapa pandangan dengan wajah Firash.

Betapa dia merindukan lelaki itu. Sedikit pun dia tak pernah melupakan Firash. Jika Firash masih di sisinya, pasti dia akan terus bahagia menongkah hidup. Apakan daya, jodoh mereka tidak berpanjangan.

Matanya turut terpahat pada tampang kacak milik Farrhan. Melihatkan wajah itu, dia tiba-tiba terkenang akan Fariq. Memang salin tak tumpah!

Sebelum berangkat tadi, dia sempat menitipkan Fariq kepada Haikal dan Mek Som. Dia tahu, Haikal masih dingin dengannya. Namun dia tidak mampu hendak berbuat apa-apa. Dia bukan pergi untuk selamanya. Namun dia sudah berjanji akan mengunjungi seminggu sekali. Ketika di dalam perut teksi tadi, Haikal juga tidak menoleh ke arahnya. Wajahnya kusam dan cemberut saja, membuatkan hati Nuraisha terluka. Tetapi ini pilihannya. Dia tidak boleh berundur lagi. Titik!!

Iphone di dalam tas tangan dikeluarkan. Dia memeriksa WhatsApp Haikal. Namun lelaki itu hanya meninggalkan bluetick saja pada pesanannya. Nuraisha mengeluh hampa.

Dia menaip sesuatu di situ. Berharap agar Haikal memahami keadaannya dan memberikannya ruang.

'Sy baru sampai. Maaf kalau kptusan sy buatkan awak marah dan tak puas ati. Tp tlg bagi sy ruang. Sy cuma nak jlnkan tggjwab sy. Harap awak faham'

Selesai menaip, pesanan tersebut dihantar ke Haikal. Dalam hati, dia berharap agar Haikal mahu membalas mesejnya. Dan mengembalikan hubungan mereka seperti sediakala.

"KAU tak nak bangun ke? Dah pukul berapa ni" Naira bercekak pinggang. Matanya membulat saja melihat tingkah Naura itu. Bagai anak kecil saja! Sepanjang hidupnya ,inilah pertama kali dia melihat Naura bertingkah seperti itu. Kebiasaannya, sesudah Subuh Naura tidak akan tidur lagi. Malah, dia akan menyediakan sarapan untuk mereka.

Naira berdecit. Comforter yang membaluti tubuh Naura ditarik kasar. Tetapi Naura menariknya kembali menyebabkan tubuh badan Naira hampir terjatuh kerana tidak seimbang.

"Eeee perempuan ni! Woii! Bangunlah! Nak aku simbah dengan air ke baru kau bangun?"

"Jangan kacau akulah! Keluar!" bentak Naura.


Naira mengeluh panjang. Degil! Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Bibirnya mengukir senyuman lebar.

"Fine! Tidurlah puas-puas sampai esok pagi" ujar Naira lantas bergerak meninggalkan Naura. Dia menuruni anak tangga dan mendapatkan Nuraisha yang masih setia menunggu di tingkat bawah.

"Akak. Boleh tolong Naira tak?" tanya Naira sambil tersengih.

"Pasal apa?"

Naira tersengih lagi. Kemudian, dia menunding jari ke arah bilik Naura sambil menggeleng kepala. Walaupun agak sukar memahami pada mulanya, namun Nuraisha mampu juga menangkap maksudnya. Dia melemparkan senyuman lantas menaiki anak tangga menuju ke bilik Naura dan dibontoti oleh Naira dari arah belakang.

"Slow-slow kak. Harimau sedang tidur. Dan dia hampir-hampir nak telan Naira tadi" Naira berseloroh dengan mimik wajah sengihnya.

Nuraisha tergelak kecil seraya memusingkan tombol pintu. Dia menghampiri Naura yang sedang lena di atas ranjang. Melabuh punggung di sisi Naura, lantas menarik selimut perlahan-lahan.

"Naura, bangunlah!" tukas Naira. Nuraisha hanya membisu tetapi tangannya tetap bekerja.

"Aku cakap, jangan kacau akulah!" Naura memberontak. Arghhh! Naira betul-betul bikin dia panas saja! Sudahlah dia tertekan saat ini, Naira pula sengaja menambah perasanya!

"Bangunlah! Kau ada tetamu istimewa" ujar Naira lagi.

"Aku tak nak jumpa sesiapalah!"


"Dengan saya pun tak nak ke?"


Demi mendengarkan suara itu, bebola mata Naura membulat. Dia bingkas bangun dan melihat ada dua pasang mata sedang galak memerhatikannya.

Bersabung mata dengan Nuraisha, hati Naura tiba-tiba melirih. Empangan matanya pecah lantas membasahi wajah putihnya. Tubuh Nuraisha didakap erat. Terasa kurang bebannya saat menatap wajah bujur sirih itu.

"Kak Sha!!" Ngongoi Naura dalam tangisan.

"Tadi cakap tak nak jumpa sesiapa" sindir Naira sambil buat muka.

Pelukan dilepaskan. Serentak itu, sebuah bantal dilemparkan ke arah Naira. Dengan pantas, Naira mengelak namun masih sempat mengekek.


"Sengaja kan?" omel Naura sambil mengesat air matanya.

"Dahlah. Kalau tak, saya balik" Nuraisha mula mengugut namun dia hanya bercanda. Mana mungkin dia berpatah balik setelah seluruh anggota badannya bersepakat dengan keputusan yang diambilnya.

"Alaaa, janganlah balik lagi kak Sha! Nanti bertambah-tambah seriau harimau kat rumah ni" Naira menempelak lagi, dan ditujukan kepada Naura. Selama beberapa hari itu, emosi Naura sangat tidak menentu. Hampir saja dia hendak berputus asa namun mengenangkan masalah keluarga yang dihadapi oleh mereka, dia tahu itu bukan jalan terbaik.

Nuraisha hanya tergelak. Hatinya lega melihat perubahan positif diri Naira. Adakah kerana dia atau orang lain? Namun apa pun alasannya, dia tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya, tidaklah fikiran Naura dan Puan Sri Mariam berat angkara perilaku Naira.

AIR MATA yang menitik, satu-persatu membasahi wajah Puan Sri Mariam. Doanya kali ini benar-benar dimakbulkan oleh Allah SWT. Nuraisha telah kembali ke pangkuan mereka dan keluarganya bakal bersatu semula. Melihat wajah tenang Nuraisha, hatinya berasa sayu namun dia tetap berasa bahagia. Dan dia berharap agar Nuraisha kekal di sisinya.

"Menantu mama dah kembali" Dahi Nuraisha dikucup. Kemudian tubuh itu dipeluk erat. Naira dan Naura yang berdiri hanya diam membisu sambil memerhatikan mereka. Syukur, kepulangan Nuraisha bakal menjernihkan segala-galanya.


"Iya mama. Sha dah kembali ke sisi mama" Nuraisha turut mengalirkan air mata. Dia tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu sebelum ini. Berdekatan dengan Puan Sri Mariam cukup membuatkan hatinya lapang dan bahagia. Puan Sri Mariam sangat menyayangi dirinya, bahkan dia diladeni bak seorang puteri. Beliaulah antara sebab dia mahu kembali ke vila itu.


"Lepas ni, jangan tinggalkan mama lagi ye? Banyak benda mama nak kongsi dengan Sha. Tolong jangan tinggalkan mama lagi"

Puan Sri Mariam seakan merayu saja.

"Iya ma. Sha takkan tinggalkan mama lagi" Nuraisha berasa aman di dalam pelukan Puan Sri Mariam. Kasih sayang yang didahagakan selama berpuluh tahun terlerai dalam dakapan seorang ibu, meskipun hanya berstatus ibu mentua.

Nuraisha berasa bersyukur kerana dikurniakan mama mentua yang penyayang dan sebaik Puan Sri Mariam. Oleh itu, mana mungkin dia bisa meninggalkan wanita itu walaupun dia tahu perkara itu sangat mustahil.

Janjinya pada Haikal sudah dipatri dan mana mungkin dia bisa memungkirinya. Setelah Farrhan sembuh dan jika diizinkan Allah suaminya sedar, dia akan menyelesaikan masalah di antara mereka berdua. Tidak kira apapun keputusannya, dia tahu dia harus kembali ke sisi Haikal. Hanya Haikal yang memahaminya dan mampu menerima Fariq.

"Mama pegang janji Aisha" ujar Puan Sri Mariam. Dia sudah tekad untuk menceritakan segala-galanya kepada Nuraisha. Segala harta dan kekayaan mereka harus dikembalikan semula kepada Nuraisha. Ianya milik Nuraisha dan mereka hanya penjaga sementara.

PESANAN yang dihantar Nuraisha hanya dibiarkan sepi. Sejak dari semalam, Nuraisha cuba menjernihkan hubungan antara mereka. Bahkan pagi tadi, Nuraisha sempat bercakap dengannya di ruang makan namun dia hanya terdiam. Tiada sepatah kata yang diobrolkannya. Wajahnya juga ketat dan tiada seri seperti pagi sebelumnya.

Kecil hati? Merajuk? Kecewa? Iya, semua perasaan itu bercambah dalam dirinya. Namun perasaan yang paling kuat menguasainya ketika itu adalah perasaan cemburunya. Entah kenapa, hatinya tidak senang saja sejak Nuraisha memutuskan untuk kembali ke sana.

Meskipun dia tahu peratusan Farrhan untuk sedar dan kembali ke sisi Nuraisha adalah tipis, namun dia tetap tidak boleh pandang enteng akan perkara itu. Nuraisha punya aura sendiri yang bisa menggetarkan hati mana-mana lelaki. Apatah lagi dengan penampilannya ketika ini, pasti Farrhan juga tidak mahu melepaskan peluang. Itupun jika Farrhan sedarkan diri. Namun jika sebaliknya, peluang tersebut miliknya 100%!

"Dari tadi menung. Ada masalah ke?" Suara dari arah pintu menyentakkannya. Dia menoleh ke arah suara itu lantas mendengus kasar. Interkom di atas meja ditekan namun segera dicegah oleh Balqis.

"Tak payah nak panggil secretary you. Dan tak payah nak salahkan dia. I yang nak masuk sendiri" Tanpa sedar, Balqis sudah tercegat di hadapan Haikal.


"Datang sini buat apa?" Keras suara Haikal bertanya. Dia menyandarkan tubuh badan di dada kerusi. Semak betul fikirannya hari itu! Nuraisha bikin hal, Balqis pula sengaja menempah bahana! Arghhhh! Dia benar-benar runsing.

"Saja, I miss my bad boy!" tukas Balqis lantas melabuh punggung di sisi Haikal. Posisinya kini di atas meja. Raut wajah Haikal dipandang tanpa jemu. Wajah itulah yang sentiasa dirinduinya. Yang sentiasa menghidupkan keghairahannya. Yang sentiasa menghiburkan hatinya. Dan yang selalu memenuhi tuntutannya yang satu itu. Dia terbayang keintiman mereka ketika di atas ranjang. Arghh!! Dia benar-benar kepinginkan semua itu saat ini.

"I takde masa nak bermain! Straight to the point! You nak apa?"

Balqis menyungging senyuman sinis. Wajah Haikal dibelai dengan jarinya. Dia tahu punca Haikal berubah. Dia tahu segala-galanya. Namun dia tidak peduli. Dia tetap inginkan Haikal!

"Stop it Balqis!" bentak Haikal sambil menepis kasar jari Balqis yang sewenang-wenangnya singgah pada wajahnya.


"Hmmmm" gumam Balqis. "Sorry" Dia mengalih jari-jemarinya dari wajah Haikal.


"I banyak kerja. If you mind..." Haikal menjeling ke arah pintu, meminta agar Balqis keluar dari pejabatnya.


"Banyak kerja?" Sinis Balqis bertanya. "Ke you rindukan belaian seorang wanita? I nak tanya you. You simpan perempuan tu, you tak pernah rasa rugi ke sebab tak dapat sentuh dia? Setahu I, you takkan pernah lepaskan mana-mana perempuan. Lagi-lagi perempuan lorong gelap macam dia!"

"Balqis! I said enough!" gertak Haikal dengan helaan nafas yang tidak sekata. Amarahnya semakin memuncak tatkala Nuraisha dihina sebegitu. Dia tidak rela mendengar dan menerima penghinaan terhadap Nuraisha. Apa yang terjadi pada Nuraisha bukanlah kehendaknya.


Balqis bangkit dari posisinya seraya berdiri menghadap Haikal. Melihat wajah Haikal yang bengis itu ,tidak langsung menggertakkan hatinya.


"Tak betul ke apa I cakap? Apa beza I dengan perempuan tu? Kalau you kemaruk sangat nak perempuan hiburkan you, I ada! I boleh puaskan you. Perempuan macam tu, hanya boleh puaskan lelaki lain dan bukannya you! You tak mampu nak buktikan kejantanan you dengan dia"

Menggeledak hati Haikal dengan kata-kata Balqis. Wajahnya kemerahan menahan amarah. Dia benci jika mana-mana perempuan mempertikaikan kejantanannya. Dia menghormati wanita sebaik Nuraisha dan niatnya tidak pernah kotor untuk memikirkan kesempatan itu.

"Betulkan apa I cakap? You tak mampu nak buktikan kejantanan you dengan dia. Jangan-jangan ,you memang takde nafsu dengan perempuan lagi?"

Kata-kata Balqis mencabar hatinya. Haikal tidak mampu menahan amarah lantas menarik Balqis ke dalam pelukannya. Bibir mungil kemerahan dek lipstick itu dikucup dengan ghairah.

"You nak sangat tengok kejantanan I? Fine!!"

Haikal menarik Balqis untuk membontoti langkahnya. Mereka keluar dari pejabat dan saat berpampasan dengan Nadia, setiausahanya, dia menitipkan pesan.

"Nad, I tak balik sampai petang! I ada hal. You uruskan apa-apa yang patut. Kalau ada sesiapa cari I, bagitau je I cuti"

Sejurus selepas itu, kedua mereka kabur di dalam lif.

SELESAI menunaikan solat Zohor, Nuraisha melipat sejadah namun masih duduk termangu di situ. Wajah dan senyuman Fariq tiba-tiba bermain di tubir mata. Hatinya sangat merindui anaknya itu.Namun dia harus tetap bertahan sehingga segala-galanya selesai. Iphone di sisi digapai. Gambar Fariq yang dijadikan sebagai wallpaper ditenung agak lama. Jatuh air matanya mengingatkan anaknya itu.

"Mama pergi kejap je tau? Nanti bila semua dah selesai, mama balik ye? Mama janji. Kita akan hidup bahagia je lepas ni"

Foto itu dikucup berkali-kali. Setelah puas melepaskan kerinduan, dia menyimpan sejadah dan telekung di besi penyidai. Kemudian, langkahnya perlahan-lahan mendekati Farrhan yang terbaring lesu di atas katil.

Nuraisha melabuhkan punggung di sisi Farrhan. Wajah pucat itu ditenung. Salin tak tumpah seperti wajah Fariq! Dia mengeluh berat. Sejak hari pertama bersua muka dengan Farrhan, dia tidak pernah punya kesempatan untuk berada sedekat itu dengan suaminya. Bahkan dia juga tidak pernah berbual-bual dengan suaminya yang tak ubah seperti patung cendana itu.

Setahun sudah berlalu. Dan masih tiada apa-apa perkembangan positif mengenai diri Farrhan. Setakat apa yang didengarinya melalui si kembar itu, Farrhan masih bertahan hidup kerana bantuan dari alat pernafasan yang ditekup ke mulutnya.

Menurut mereka berdua, hanya dia yang bisa menyembuhkan Farrhan. Nuraisha tergelak kecil sambil menggeleng kepala. Dia bukan Tuhan yang punya kuasa untuk menyembuhkan sakit tenat Farrhan. Dia cuma pengantara untuk kesembuhan itu. Farrhan sembuh atau tidak ,itu semua kuasa Allah Yang Maha Besar. Dia hanya mampu berdoa dan menolong apa yang patut. Itu sahaja.

Perlahan-lahan, jari kelingking Nuraisha berpaut pada jari telunjuk Farrhan. Dia tidak tahu kekuatan dan keberanian apa yang dia punya namun saat jari kelingkingnya bersatu dengan jari telunjuk Farrhan, ada satu aura yang dirasakannya aneh sedang menyelinap masuk ke dalam dirinya.

Nuraisha terpana. Serentak itu, wajah Farrhan terbias dalam bebola matanya. Wajah itu tampak tenang sahaja. Tanpa sedar, bibirnya mengukir senyuman manis. Hatinya turut tenang melihat wajah itu.

Nuraisha menarik jarinya dari jari Farrhan. Namun usahanya tidak membuahkan hasil. Dia mengerut dahi. Seolah-olah ada kekuatan lain sedang menghalang usahanya. Wajah Farrhan dipandang lagi. Tidak mungkin Farrhan sedar dengan apa yang sedang berlaku.

"Encik, lepaskan saya! Lepaskan saya!"ngongoi Nuraisha dalam tangisan. Serentak itu, jarinya terlepas dari jari Farrhan.

Nuraisha kaget. Apa yang sedang berlaku? Mampukah Farrhan mendengarnya? Air matanya mengalir dengan deras. Dia benar-benar ketakutan. Bayangan lama mulai bergentayangan di ruang fikiran. Dia terbayangkan senyuman dan niat jahat Farrhan.

Lantas, Nuraisha melarikan diri dari situ. Buat masa sekarang ,hatinya belum kuat untuk berhadapan dengan aura Farrhan. Dalam tak sedarkan diri, auranya masih mampu menakutkan sekeping hati Nuraisha.

HAIKAL berdiri di jendela. Dia mendengus kasar dengan kealpaannya sendiri. Hampir saja dia tergoda dengan hasutan syaitan. Jika dia tewas, sudah pasti saat ini malaikat sedang mencatat dosa zinanya. Dan yang pasti, dia dalam diam telah menganiaya kepercayaan Nuraisha. Untung saja dia tersedar lebih awal.

"Haikal..."

"Shut you mouth up!" bentak Haikal dengan suara kerasnya.

Balqis yang bersandar pada kepala katil mengeluh panjang. Dia sudah hampir berjaya untuk menggoda Haikal menidurinya dengan aksi dan dirinya yang tanpa seurat benang itu. Namun usahanya hanya sia-sia apabila Haikal dengan bengisnya menolak tubuhnya ke sisi.
Haikal yang juga hampir menanggalkan seluruh pakaiannya sempat tersedar dari tersasar jauh. Belum sempat mereka beraksi, Haikal sudah menjauhinya.

"Pakai baju kau! Dan berambus dari sini. Aku tak nak tengok muka kau lagi!" ucap Haikal sinis. Dari tadi, dia tidak melihat keadaan Balqis itu. Dia sedar akan kesalahannya. Saat hampir terjerumus ke kancah dosa, wajah lembut Nuraisha muncul di benaknya secara tiba-tiba. Dan pada saat itu, dia mula rasa berdosa kerana mengkhianati kepercayaan dan cintanya pada Nuraisha.

Dia sudah berjanji pada diri sendiri untuk meninggalkan segala yang tidak elok demi Nuraisha dan hubungan mereka yang bakal terpatri tidak lama lagi. Jika dia kembali terjebak ke kancah itu semula, itu bermakna dia tidak ikhlas dalam mengotakan janji. Ya Allah, ampuni aku!

Balqis bangkit dari posisi dan bergerak mendekati Haikal. Tubuh yang terdedah dibiarkan saja. Dia tidak akan berputus asa untuk menggoda lelaki itu. Bahu Haikal disentuh. Kemudian, tubuh Haikal dipeluk dari arah belakang.

"Haikal, tolonglah jangan macam ni! I sayangkan you. I nak bersama dengan you! Please! I merayu sangat. Jangan tinggalkan I"


"Lepaslah!" Haikal menolak tubuh Balqis dengan sekeras-kerasnya. Dia berpaling dan mengerut dahi melihat keadaan Balqis yang seperti sudah hilang akal.

Haikal bergerak ke katil dan menarik selimut. Tubuh Balqis dibaluti dengan selimut tersebut. Balqis kaget dan matanya menyorot pada wajah tampan itu.

"I nak berubah. I betul-betul nak berubah. I tahu, I banyak dosa pada you dan perempuan-perempuan lain. I tak hormat you. I tak hormat diorang. I ambik kesempatan padahal I bukan suami you atau suami perempuan lain. Tapi I dah insaf. I betul-betul nak berubah Balqis. Please respect my decision. Dan I sedar yang I berdosa pada Allah. I nafikan kekuasaan Dia dengan ikut telunjuk syaitan. Kalau you tak mampu nak berubah ,you jangan hasut I"

Omongan Haikal kedengaran tulus dan ikhlas. Dia benar-benar bertekad untuk berubah dan memulakan hidup baru. Dia ingin permulaan yang baru bersama Nuraisha. Dan dia tidak akan melepaskan peluang dan kesempatan yang diberikan Allah kepadanya.

Dia sudah bosan hidup dengan mengumpul dosa sedangkan umurnya semakin hari semakin meningkat. Dia takut jika nyawanya dicabut dalam keadaannya yang tidak bersedia. Dan yang paling penting, dia ingin menjadi imam kepada Nuraisha dan jemaahnya yang lain.

"Tapi I sayangkan you. Kalau you nak berubah, I pun nak berubah. Tapi tolonglah jangan tinggalkan I"


Mata Balqis sudah berkaca. Dia terharu dengan perubahan Haikal. Dan dia juga ingin seperti itu. Betapa banyak dosa yang telah dilakukannya sehingga dia lupa pada Penciptanya. Dia ingin kembali pada Penciptanya namun dia perlukan pembimbing.

"Kalau you nak berubah, I bukan orang yang tepat untuk you. I berubah pun sebab manusia. Tapi manusia tu je yang mampu jentik hati I. Dan I tahu I dapat petunjuk kerana Allah. I harap you jumpa somebody yang boleh ubah you. Kita bukan muda lagi Qis. Umur kita semakin meningkat. So please. Stop meeting me. I takkan ubah hati I. Sebab I tak mampu nak terima you. Jujur I cakap, dulu you cuma tempat untuk I puaskan hati I. I am sorry for that"

Balqis terduduk mendengarkan kata-kata Haikal. Dia menangisi segala-galanya. Dan saat Haikal pergi meninggalkannya, dia sedar dia sudah kehilangan segala-galanya. Baru kali ini dia tahu keihlasan akan kata-kata Haikal itu. Dan baru kali ini dia percaya omongan itu bukanlah mainan semata-mata.

"Haikal..."

done ;) utk beberapa ari ni, mgkin takde update dulu. kiki sibuk dgn online teaching. tp kiki tetap baca komen semua. terima kasih masih setia menunggu :) dan Salam Aidiladha buat semua yg menyambut ^^,

Share this novel

Cik Mafia
2021-07-31 06:09:39 

semokla balqis ni meluat aku

Cik Mafia
2021-07-31 06:07:33 

bkpe aku rass haikal comel ya Allah apekah ini


NovelPlus Premium

The best ads free experience