52

Other Completed 493332

SEGALA yang dilakukan tidak pernah kena dengan tempatnya. Fikirannya menerawang, teringatkan si pujaan hati sedangkan tubuh badannya masih kaku di situ. Buat pertama kalinya, dia rasa kekok berada di dalam pejabat tersebut. Semua serba tak kena. Segala isi maklumat yang disampaikan oleh orang atasan, tak ubah seperti sepintas angin lalu sahaja.

Duduknya juga tak menentu. Panggilan telefon daripada Naura sebanyak berbelas kali juga enggan diangkat. Samsul mengeluh. Arghhh! Rasanya ingin lari saja membawa Nuraisha dari semua ini.

"Kau ni apasal? Kena sampuk? Tak sihat? Dari tadi macam cacing kepanasan" tegur Abu tatkala melihat tingkah Samsul. Mulutnya bergerak, tetapi tangannya masih tetap fokus pada papan kekunci komputer itu.

"Aku takde moodlah!" balas Samsul sambil menggerak-gerakkan kerusi ke kiri dan ke kanan. Mana tidaknya, semalam dia mendapat khabar melalui Naura berkenaan dengan berita perkahwinan Nuraisha. Hatinya remuk. Niatnya ingin mendekati Nuraisha dan memgambil hati gadis itu semula tetapi belum sempat berjuang, segala-galanya seakan punah begitu saja.

Dia rasa nak meraung dan menangis, namun sebagai seorang lelaki dia harus kuat dan tabah. Nuraisha itu cinta pertamanya dan akan sentiasa menjadi cinta terakhirnya. Bagaimana bisa dia bahagia sedangkan hatinya diikat ketat oleh gadis itu?

"Apasal pulak?" tanya Abu, ingin tahu.

"Entahlah. Aku rasa macam takde mood. Tu je.." sahut Samsul, mendatar sambil menjongket bahu.

Kali ini, pandangan Abu berkalih. Pergerakan tangannya turut terhenti. Fokusnya kini hanya pada Samsul.

"Pelik. Tak pernah kau macam ni. Ni mesti pasal bunga matahari kau tu kan?" tebak Abu. Seperti biasa, Abu tahu punca keretakan dan tingkah tak kena lelaki itu.

Melihatkan Samsul yang hanya terdiam, Abu dapat merasakan tekaannya tepat. Lantas, dia bergerak ke partition Samsul dan menongkah dagu di situ. Wajah tampan Samsul ditatap. Rasa-rasanya ,kalau dia perempuan, mahu saja digodanya Samsul itu. Almaklumlah, hanya Samsul saja yang agak tampan berbanding rakan sejawat yang lain.

"Ceritalah" desak Abu. Meja Samsul digoyang berkali-kali.
"Nantilah" tolak Samsul. "Kerja kau tu siapkan. Karang Tuan Fahin marah kau, jangan point dekat aku pulak!" Samsul memberi amaran. Nanti kerja Abu tak siap, dia pula yang kena tempiasnya.

"Aishhh, kedekutnya!" cemuh Abu. Melihatkan Samsul seakan malas hendak melayannya, dia hayunkan juga langkah perlahan menuju ke meja kerjanya. Kerja yang terbiar sebentar tadi disambung semula. Arghh, lantaklah! Nanti lama-lama dia carilah aku!

Samsul hanya tersenyum hambar melihat gelagat Abu. Setelah Abu berlalu, Samsul merenung bunga matahari di atas mejanya. Dia terbayangkan senyuman Nuraisha. Fikirannya terimbau akan perbualan mereka semalam.

"Sha sihat ke?"

Bibir Nuraisha terukir senyuman tipis. Samsul! Selalu saja mengambil berat akan dirinya. Dari dulu sehinggalah kini.

"Alhamdulillah sihat. Abang ni,asal tengok Sha je selalu tanya sihat ke tak. Kalau Sha tak sihat, takdelah Sha berdiri di hadapan abang sekarang ni"

Ketawa di bibir Nuraisha seakan sumbang saja bunyinya. Wajah Samsul serius. Lama dia menatap wajah dirindui itu. Sehingga Nuraisha tertunduk sendiri, barulah pandangannya berkalih ke arah bunga-bunga yang mekar di taman itu.

Perkarangan rumah Tan Sri Firman memang cantik saja. Sejuk mata memandang. Kiri kanannya dihiasi dengan bunga dan pepohon yang segar dan mekar. Dia tahu, pasti Nuraisha yang menjaga semua itu. Kerana dia yakin gadis itu suka akan bunga-bunga. Tanpa sedar, dia tersenyum sendiri. Teringat saat-saat mereka di Mersing suatu ketika dulu. Alangkah indah dan bahagianya mereka! Namun kebahagiaan tersebut tidak kekal lama gara-gara hasutan jahat Maksu Dara dan Adira. Samsul mengeluh. Nuraisha memanggung kepala.

"Mengeluh kenapa?"

"Ohh.. takde. Saja" jawab Samsul diiringi ketawa yang dibuat-buat.

"Abang datang sini nak jumpa Naura ke?" Nuraisha tukar topik perbualan. Melihatkan kedatangan Samsul, dia yakin lelaki itu pasti bertandang kerana Naura. Masakan kerana dirinya!

"Aah. Nak keluar dengan dia lepas ni. Tapi nak jumpa Aisha jugak"

Kening Nuraisha bertaut. Dia menyoal dengan pandangan.

"Maaflah kalau abang bertanya. Betul ke Sha nak kawen dengan Farrhan? Angah Naura?"

Pertanyaan itu justeru membuatkan hati Nuraisha hilang rentak. Sebolehnya, dia ingin melupakan segala-galanya mengenai perkahwinan tersebut. Tetapi pertanyaan Samsul meresahkan kembali hatinya.

Sejak Farrhan bersetuju dengan perkahwinan mereka, dia acapkali bermimpi tentang lelaki itu, itupun setelah dia membuat solat hajat dan istikharah. Dia sebenarnya keliru dengan penerimaan hatinya. Jika diikutkan, dia tidak mahu bersetuju dengan perkahwinan ini, tetapi petunjuk Allah menyatakan sebaliknya.

Dia tidak pasti adakah bahagia menjadi miliknya jika ditakdirkan jodohnya bersama Farrhan. Namun mimpi yang acapkali itu sungguh mengelirukan hatinya. Benarkah Farrhan jodohnya?

"Sha..." Samsul melayangkan tangan di awangan.

"Sorry" Nuraisha tersedar dari lamuannya. Wajah Samsul dijamah dalam pandangan.

"Tak jawab pun soalan abang" Nada Samsul seakan merajuk. Entah apa dalam fikiran gadis itu, ingin sekali rasanya dia menyelami hati dan perasaannya.

"Ohh.. betullah tu"

Dahi Samsul berkerut. "Betul? Untuk soalan abang tadi? Yang Sha nak kawen dengan Farrhan?"

Perlahan-lahan, Nuraisha mengangguk kepala. Serentak itu, keluhan termuntah dari bibirnya.

"Mengeluh kenapa? Sha tak suka dengan perkahwinan ni?" teka Samsul.

"Entahlah bang. Suka atau tak, Allah pasti dah tentukan sesuatu tu bersebab. Dan sebagai manusia biasa, kita cuma berharap agar ada bahagia penghujungnya"

Samsul tersenyum dalam kepahitan. Kepahitan menerima kebenaran bahawa gadis kesayangan bakal menjadi milik lelaki lain. Dia? Hanya mampu mendoakan dari jauh sahaja!

"Abang tahu, Sha seorang yang kuat" tutur Samsul, menyuntik keberanian dalam diri Nuraisha. Kepala itu diusap penuh kasih sayang. Teringat dahulu dia juga selalu memperlakukan Nuraisha seperti itu. Bak anak kecil yang minta dimanja, Nuraisha pasti ketawa dengan perlakuan Samsul. Seperti saat ini. Bibirnya penuh dengan tawa.

"Lupakan pasal Sha. Abang ada sesuatu ke dengan Naura? Sha tengok abang selalu habiskan masa dengan dia" usik Nuraisha dengan senyuman penuh makna.

Perlakuan Samsul terhenti. Bibirnya merekah dengan senyuman. Dia ketemu Naura kerana hanya itu saja peluangnya untuk melepas rindu terhadap Nuraisha. Jika ketemu secara terang-terangan atau dia mengajak Nuraisha keluar, gadis itu pasti menolak. Dia pula yang gigit jari nanti.

"Pandai ye perli abang?"

Nuraisha ketawa. "Eh mana ada! Sha tanya betul-betullah bang. Naura tu baik. Abang pasti bahagia kalau dengan dia"

"Mana Sha tahu? Sha boleh menilai kebahagiaan melalui kebaikan seseorang ke?"

"Orang baik pasti akan jumpa kebahagiaan. Itu janji Allah. Macam abang dengan Naura. Abang baik, Naura pun baik"

"Tapi abang belum jumpa kebahagiaan abang"

"Kenapa cakap macam tu?"

"Sebab Sha tak ada dalam hidup abang"

Nuraisha mengunci mulut. Kata-kata Samsul membuatkan lidah dan bibir itu tidak mampu untuk terus berhujah. Dia faham maksud kata-kata Samsul tetapi sejujurnya dia tidak mampu untuk menerima lelaki itu seperti yang diinginkan.

"Kenapa diam?"

"Abang, Sha..."

"Sorry. Lama tunggu ke?" Kehadiran Naura di antara mereka mematikan perbualan mereka.Nuraisha mahupun Samsul tidak mahu meneruskan perbualan ,bimbang hati Naura bakal terluka.

"Taklah lama. Sempat berborak dengan Aisha kejap. Lama tak jumpa dia. Banyak cerita nak diborakkan" sahut Samsul seraya menilik jam di pergelangan tangan.

"Dah lambat. Jom gerak" arah Samsul lagi. Dia mula rasa tidak selesa apabila berhadapan dengan Nuraisha setelah topik itu diketengahkan.

"Okey, jom"

"NOPE! Naura tak setuju!" Wajah Naura serius dan keruh sahaja saat Farrhan mengatakan hasrat untuk membawa Nuraisha tinggal berdua dengannya di kondo mewah miliknya. Dia tahu, tindakan Farrhan itu bakal mengundang bahana di dalam kehidupan Nuraisha.

"Kenapa pulak Naura yang tak setuju? She is going to be my wife. So mana angah pergi, dia kena ikut!" tegas Farrhan pula. Untuk apa Naura mengatur hidup Nuraisha sedangkan gadis itu bakal menjadi isterinya? Walaupun isteri yang tak pernah dia inginkan..

Wajah Farrhan dijeling tajam. Geram betul dia dengan perangai tak semengah si Farrhan itu! Pasti ada sesuatu yang sedang dia rencanakan. Kalau tidak, masakan sedrastik itu dia mengambil keputusan?

"Are you up to something?" Wajah Naura serius dengan suara yang sengaja digaraukan. Riak dan ekspresi itu dibuat seolah-olah dia sedang berada di dalam mahkamah, menghujahkan kebenaran bagi pihak kliennya. Dan kali ini, Nuraisha tak ubah seperti kliennya!

Riak wajah Farrhan bersahaja. Dia tahu Naura mampu menebak butir pemikirannya. Gadis itu bukan calang-calang orang. Walaupun masih setahun jagung bergelar peguam, namun sudah 3 buah kes berjaya diselesaikan di bawahnya. Jadi untuk memandang enteng kepada keupayaan gadis itu bukanlah sesuatu yang harus diambil ringan!

"Okay. Now you tell me. In our agreement, it doesn't say anything about moving out, right? So I have my right to move out from the house and bring my wife as well. It only stated that if any abuse mental may happen, then the action will be taken. Have you forgotten about the agreement? Or you want me to read it out for you?"

Wajah sinis dan tutur yang sengaja menyakitkan itu mengunci mulut Naura untuk terus berhujah. Arghh! Dia lupa soal itu. Seharusnya, dia meletakkan sekali syarat berpindah rumah di dalam perjanjian tersebut. Kini, Farrhan mengambil kesempatan di atas kealpaannya.

"So how? Any objection? Ke Naura nak angah buat salinan untuk perjanjian tu? Well, I'm honoured to do so..." Farrhan menyetir. Dalam hati, dia bersorak gembira kerana berjaya menewaskan Naura.

"Atau kalau Naura nak buat perjanjian yang lain, dipersilakan. But I will bring this case to court. Kita tengok siapa yang akan menang. Husband's side or sister's side. Angah tahu, Naura seorang peguam. But don't you forget one thing. You don't deserve to middle in between our marriage. Kalau sayang kerja tu, better you keep for your next case. If not..."

"Ugut Naura ke?" cantas Naura dengan kening terangkat. Berbahang hatinya dengan setiap butir bicara dari bibir lelaki itu.

"Nope. I won't. I don't dare to. Anggap jelah satu peringatan untuk Naura. I want it, I'll get it. So you better watch out!"

Selepas menuturkan itu, Farrhan mengatur langkah untuk ke kamar. Hatinya puas setelah dapat mengenakan Naura. Kini, dia tidak perlu risau lagi akan ugutan dari Naura. Kerana dia juga akan bertindak bijak seperti gadis itu.

"Naura pun takkan mengalah! Selagi termampu, Naura akan buat yang terbaik untuk melindungi kaklong. If you dare touch her, I swear I'll bring you down!" Abang tak abang, dia malas nak fikir pasal pertalian darah itu.

Jika Farrhan berani menentang, dia juga tidak takut untuk berjuang!

WAJAHNYA yang dirias ditilik lagi di dalam cermin. Mak andam yang ditugaskan untuk menyolek wajah itu tak henti-henti memuji wajahnya yang natural itu. Menurut mak andam, itulah pertama kali dia menyolek wajah secantik itu. Dan mata itu sungguh tak mampu untuk dibendung lagi kecantikannya.

Mak andam berlalu setelah usai menyolekkan wajahnya. Nuraisha mengeluh. Hatinya berdebar saja dari tadi.Entah apa yang bikin hatinya seperti itu, padahal berkali-kali dia beristighfar dan memohon ketenangan dalam hati.

Betul ke tindakannya? Bersetuju dengan perhubungan ini walau hati tak rela. Tetapi apa maksud semua mimpi tersebut? Yang muncul sesudah dia berhajat dan beristikharah kepada Yang Maha Esa. Ya Allah, janganlah Kau pesongkan hatiku!

Bingkai foto Firash di atas meja digapai. Demi melihatkan wajah itu, hatinya sayu. Air matanya laju saja merembes keluar. Sungguh, dia tidak kuat menghadapi semua ini. Dia masih perlukan Firash. Dan jikalau Firash masih ada di sisi, pasti dia tidak perlu melalui hari ini. Dia berkahwin lagi tetapi bukan dengan lelaki yang dicintai.

"Walau apapun kesalahan Farrhan, sayang kena janji untuk maafkan dia dan beri dia peluang kedua" Kata-kata terakhir Firash masih segar dalam ingatan. Meski dia tidak mampu memahami maksud itu, namun dia harus akur pada kehendak Ilahi.

Pintu kamar diketuk. Terdengar suara Naura memanggil namanya dari luar. Tak menunggu lama, Naura terus saja masuk setelah mendapat keizinan daripada Nuraisha.

Saat bertembung mata dengan wajah itu, hati Naura kagum dalam diam. Nuraisha memang cantik! Bahkan kecantikan tersebut menyerlah di sebalik mata yang cantik itu. Arghh! Pandang berkali-kali pun takkan jemu.

"Kenapa sedih ni?"

Lembut saja Naura bertanya sesudah melabuh punggung di hadapan Nuraisha. Sempat matanya melirik ke arah foto Firash yang didakap erat oleh Nuraisha. Sedih sebab rindukan along atau sedih sebab kawen dengan angah?

"Sedih..." Nuraisha berjeda. Bersedih untuk apa?

"Entahlah Naura. Kaklong pun tak tau nak sedih sebab apa" sambung Nuraisha lagi sambil tergelak. Saja dibuat-buat!

"Kaklong..." Naura mengeluh. Dia juga bingung memikirkan keadaan Nuraisha selepas ini. Dia sendiri juga tidak tahu apakah amanat ini membawa kebaikan atau kemusnahan di dalam hidup Nuraisha. Walaupun dia tahu sebab Firash meletakkan amanat tersebut. Entahlah...

"Dahlah. Tak baik nangis-nangis camni. Nanti jadi tak cantik. Pengantin lelaki lari pulak" gurau Naura sambil mengekek.

Namun lain pula penerimaan Nuraisha. Dia menyeka air mata sambil merenung wajah Naura.

"Yeke? Kalau kaklong tak cantik, Farrhan larikan diri?" Nuraisha bertanya, lurus dan naif saja!

Naura mengeluh lagi. Tahulah dia bahawa hati Nuraisha tak setuju dengan perkahwinan tersebut. Tetapi kenapa dia meneruskan jugak? Tak fahamlah...

"Kaklong, Naura nak tanya sesuatu boleh?"

Nuraisha mengangguk kepala.

"Kalau kaklong tak setuju dengan perkahwinan ni, kenapa kaklong nak teruskan jugak? Ni bukan je sebab amanat tu kan?" Naura mula menyelidiki.

Nafas dihela satu-persatu. Kemudian dilepaskan perlahan-lahan.Foto Firash diletakkan kembali di atas meja. Tangan Naura digenggam erat.

"Janji jangan ceritakan dengan siapa-siapa?"

Naura mengangguk pantas.

"Kaklong ada buat solat istikharah. Dan lepas je buat solat tu, wajah Farrhan selalu muncul dalam mimpi. Kaklong tak tahu samada tu satu petanda atau sebaliknya. Tapi yang pasti, mimpi tu berulang kali berlaku. Hati ni, keliru. Antara terima atau tak. Tapi kaklong tahu, kaklong sedang memperjudikan hidup kaklong sendiri. Entahlah Naura. Kaklong tak pasti apa akan jadi lepas ni. Tapi semuanya kaklong letak kepercayaan pada Dia"

Mendengarkan penjelasan Nuraisha, persoalan rumit itu terungkai juga akhirnya. Kalau dia di tempat Nuraisha, pasti hatinya turut sama keliru.

"Kaklong sabar ye? Maaf kalau semua ni susahkan kaklong. Tapi Naura pun tak mampu nak tolong lebih. Naura tolong takat yang mampu je. Dan kalau kaklong ada apa-apa masalah, kaklong boleh bagitau Naura. Naura janji akan tolong kaklong sehabis mungkin"

Bibir Nuraisha terlakar senyuman manis. Lantas, tubuh Naura didakap erat. Dia bersyukur masih mempunyai insan yang sudi mengambil berat akan dirinya. Dan sikap itu salin tak tumpah seperti arwah Firash.

agak-agak apa akan jadi lepas ni? nak tahu lagi? stay tuned ye ;)

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-06-11 11:05:03 

memang pun stay tune....hihihi


NovelPlus Premium

The best ads free experience