54

Other Completed 493332

PAGI itu, Farrhan bangun sekitar jam 10. Sengaja dia lambat-lambat bangun sementelah Tan Sri Firman memberikan cuti dua minggu kepadanya. Tan Sri Firman juga mencadangkan agar dia dan Nuraisha berbulan madu di tempat kegemaran mereka dan segala kos ditanggung penuh oleh lelaki itu. Farrhan tersenyum riang mendengar tawaran tersebut. Ya, dia pasti akan bercuti dengan Nuraisha. Kesempatan itu tak mungkin dia lepaskan begitu saja.

Langkah kaki menuruni anak tangga satu-persatu. Setiap ekor anak matanya melihat keadaan sekeliling yang begitu kemas dan rapi. Segala perabot tersusun cantik. Dia tersenyum tanpa sedar.

Menapak ke dapur, dia sempat melihat ada hidangan sudah tersedia di atas meja makan. Bergerak ke meja makan, lantas dibuka tudung saji. Dia menelan liur melihat mihun goreng dan spageti di atas meja. Ada beberapa keping kuih keria dan donut turut tersedia di situ.

"Nak sarapan ke?" Teguran Nuraisha membuatkan hati Farrhan berdegup laju. Pantas diurut dada berkali-kali. Wajahnya berpaling ke arah gadis itu. Sebuah jelingan tajam dihadiahkan buatnya.

"Tak pandai nak bagi salam dulu ke? Kalau aku ada sakit jantung ,lepas tu aku mati kat sini, sukalah kau kan?"

Nuraisha mengeluh perlahan. Ada saja yang tak kena di mata lelaki itu!

"Bila kau masak ni?" Farrhan sudah duduk di kerusi.

"Baru je tadi" Nuraisha mengatur langkah mendekati suaminya. Dituang kopi panas di dalam cawan. Spageti turut dihidangkan di dalam pinggan.

"Siap-siap. Lagi sejam kita berangkat"

Kening Nuraisha terangkat. "Pergi mana?"

"Honeymoon. Tapi bukan honeymoon macam pasangan lain tu. Kau jangan nak perasan pulak. Aku bawak kau keluar kali ni atas arahan papa. Aku tak nak nanti orang tua tu mengamuk bila dapat tahu yang aku tak bawak kau jalan-jalan"

"Honeymoon kat mana?"

"Banyak tanyalah kau ni! Buat je apa yang aku suruh" Farrhan sudah diamuk amarah. Pantang dia apabila ditanya banyak soalan seperti itu.

"Kau pergi siap-siap sekarang. Kalau kau lambat sesaat, aku tinggal kau kat sini. Cepat!" gesa Farrhan.

Nuraisha tidak membantah. Dituruti saja segala kemahuan Farrhan.

MEREKA tiba di Yogyakarta International Airport setelah hampir 3 jam perjalanan. Di sana, mereka disambut oleh Pak Herdy ,yang merupakan salah seorang kenalan Tan Sri Firman di Jakarta. Pak Herdy menyambut mereka dengan penuh senyuman dan sangat mesra.

"Selamat siang pak. Gimana perjalanannya pak?" tegur Pak Herdy sambil menolak troli bagasi mereka.

"Okey. Tapi penat sikit. Pak Herdy kan?" tanya Farrhan.

"Iya pak. Saya dikasitahu sama Pak Firman bahawa bapak mahu ke sini. Makanya saya segera ke sini buat nyambut bapak sama ibuk. Katanya bulan madu ya pak?"

"Aah. Bulan madu" sahut Farrhan ringkas.

"Ini isterinya?" Pak Herdy memandang Nuraisha.

Farrhan mengangguk laju.

"Cantik orangnya" puji Pak Herdy ikhlas. Dia hampir juga terpesona dengan wajah itu. Apatah lagi sepasang mata yang indah itu turut menghiasi wajahnya.

Farrhan senyum tipis. Dipandangnya wajah Nuraisha yang tersipu-sipu malu itu. Eee menyampah betul! Baru kena puji dengan lelaki, dah meragam tak tentu pasal!

"Kita nak stay mana ni?" tanya Farrhan lagi.

"Di hotel aja pak. Mari pak, buk. Saya hantarin"

HOTEL TENTREM YOGYAKARTA. Memasuki saja ruangan hotel itu, mata Nuraisha tidak berkelip melihat keadaan dan hiasan yang serba mewah. Candelier tersergam indah nun di atas siling. Ada juga disediakan beberapa buah kerusi dan meja bagi ruangan menunggu buat para pelanggan.

Para penyambut hotel sedia melayan mereka dengan mesra sekali. Setelah selesai check-in, Farrhan mendekati Nuraisha dan mencuit bahunya.

"Kau tak pernah tengok candelier ke?" perli Farrhan. Dia tahu gaya hidup gadis itu. Tidak mungkin dia pernah melihat hiasan lampu sebegitu mewah seperti itu. Out-to-date betul!

Nuraisha tersengih lantas menggeleng kepala.

"Dah. Jom, naik bilik. Barang ni semua nanti pekerja diorang angkutkan"

Nuraisha membontoti langkah Farrhan dari arah belakang. Mereka menaiki lif menuju ke bilik. Tidak lama kemudian, mereka tiba di hadapan kamar.

Saat pintu bilik terkuak, sekali lagi mata Nuraisha terpegun melihat keindahan bilik tersebut. Sangat mewah dan eksklusif sahaja!

Farrhan sudah menghempas tubuh di atas katil. Penat seharian di dalam kapal terbang sungguhpun bukan dia yang mengendalikannya.

"Awak..." Hujung kaki Farrhan ditarik.

"Apa?" sahut Farrhan namun matanya sudah terkatup rapat.

"Awak tidur ke?"

"Habis tu, kau ingat aku berenang?"

Nuraisha diam. Cakap sikit, terus saja kena hambur! Payah betul!

"Saya nak buat apa?"

"Buat jelah apa-apa! Asalkan kau tak ganggu aku!"

MOOD kerjanya betul-betul sudah dicampakkan ke Laut China Selatan! Apa sahaja yang dikerjakan atau dibahaskan, langsung tidak mampu dicerna oleh pemikirannya. Walaupun Nuraisha sudah sah menjadi milik lelaki lain, namun hati Samsul masih tidak mampu menerimanya. Dia dapat merasakan kebahagiaan Nuraisha tidak bakal berpanjangan.

Setelah mendengar cerita yang dibawa oleh Naura dan ketakutan yang menyelubungi gadis itu, hatinya semakin tidak tenteram saja. Ingin saja dia membawa lari Nuraisha tetapi dia masih berfikiran waras.

"Bro, ni maklumat yang kau nak tu" Aidil yang bertugas di bahagian forensik mengajukan sebuah fail kepada Samsul. Laporan mengenai kes pelanggaran Firash sudah banyak ketemu jalannya. Sedikit usaha saja lagi, mereka bakal ketemu suspek yang dicari-cari selama ini.

"Thanks" ucap Samsul lantas meletakkan fail tersebut di atas meja. Aidil berlalu sesudah mengangguk kepala.

Fail tersebut ditenung saja. Malas pula tangannya hendak membuka isi kandungannya. Hari ini hari malas sedunia baginya.

Namun mengenangkan kes itu bakal selesai, maka dia paksakan juga tangannya untuk bekerja. Dibelek helaian demi helaian fail tersebut. Tiada apa yang menarik. Namun matanya berhenti pada satu helaian. Nama dan maklumat dua suspek itu diamati betul-betul. Dahinya mengerut.

Sah, dia tidak silap orang! Dia kenal dua insan itu. Tetapi masakan mereka sanggup menabrak Firash? Kereta itu pula bagaimana? Tidak ada maklumat sahih mengenai kereta curi yang digunakan.

Samsul mendail nombor Aidil. Ada sesuatu yang harus dikenalpasti.

"Dil, kau dah siasat pasal kereta curi tu?"

"Yang tu belum lagi. Masih dalam siasatan. Kenapa?"

Samsul terdiam. Apa yang lama sangat?

"Tak. Nanti kalau kau dah siap siasat, hantar maklumat dekat aku ASAP!"

"Okey"

Panggilan dimatikan. Nombor Naura pula dihubungi. Tidak lama kemudian ,panggilannya bersambung.

"Awak free tak? Petang ni?"

Naura menilik jam di tangan. "Tak kot. Saya masih ada kes. Kenapa?"

"Ada maklumat pasal kes langgar lari Firash. Kita perlu jumpa"

"Okey, malam nanti. Pukul 7?"

"Okay then"

Sesudah panggilan dimatikan, Samsul menerima pula panggilan daripada Puan Normala. Dengan helaan nafas, dia mengangkat panggilan tersebut.

"Waalaikummusalam bu.." Salam disahut setelah Puan Normala memberi salam di hujung sana.

"Lama Sam tak call. Ibu dan ayah rindu"

Samsul senyum tipis. "Maaf bu. Sam sibuk sangat akhir-akhir ni. Banyak kes"

"Yelah. Ibu faham. Sam sihat? Bila nak balik kampung?"

"Sihat je bu. Belum tahu lagi ni. Kalau ada kesempatan, nanti Sam baliklah kampung. Kenapa bu?"

"Ni haa.. maksu. Dia asyik tanya pasal Adira. Samsul tak jumpa dia lagi ke?"

Keluhan berat terluah dari bibir Samsul. Seketika matanya tertancap pada fail tadi. Bagaimana kalau Maksu Dara tahu kejadian yang menimpa diri Adira? Dia pula yang serba salah hendak berterus-terang sementelah kesihatan Maksu Dara tidak membaik.

"Sam dengar tak ni ibu cakap apa?"

"Dengar bu. Sam pun sibuk jugak kat sini bu. Nanti Sam akan cuba cari lagi maklumat pasal Adira. Ibu bagaitau maksu, jangan risau sangat pasal Adira. Tahulah Sam nak cari dia kat mana. Yang penting, maksu kena kuat dan jaga diri kat sana. Kalau tak, nanti macam mana nak jumpa Adira?"

Puan Normala tersenyum seraya memandang wajah Maksu Dara yang sedang nyenyak tidur di atas sofa. Lena sungguh dia tidur setelah menelan beberapa biji pil tadi.

"Yelah, nanti ibu sampaikan. Sam usahalah lebih sikit ye? Ibu bukannya apa. Ibu kesian dengan maksu tu. Tak habis-habis cari anak dia. Sampai jatuh sakit dia terkenangkan si Adira tu"

"Yelah bu. In Shaa Allah ,Sam usahakan. Okeylah bu. Sam ada kerja ni. Nanti apa-apa, Sam call ibu ye? Kirim salam dekat ayah dan Maksu Dara"

Usai memberi salam, panggilan dimatikan. Jauh Samsul termenung. Fail tadi ditenung lagi. Hatinya walang dengan apa yang menimpa. Adira sudah jauh tersasar. Semuanya kerana pergaulannya dengan Kamal. Jika Adira tidak berhubung dengan Kamal, pasti semua ini tidak akan berlaku.

Nampaknya dia harus melebarkan pencarian mengenai Adira. Kini, gadis itu dalam sasaran pihak polis.

SEDAR saja dari tidur, Farrhan melihat Iphone di sisi. Ada berbelas panggilan tak dijawab daripada Maira. Dia mendengus kasar.

"Hishh, perempuan ni! Tak penat ke asyik ganggu aku? Bodoh!" gerutunya dengan hati yang mendongkol geram.

Langkah kaki bergerak ke balkoni. Sliding door dibuka perlahan. Nafasnya turun naik menghirup udara segar itu. Ada mini pool yang bersambung di antara balkoni itu. Tenang juga rasa hatinya melihat keindahan sekeliling. Tanpa membuang masa, dia terus terjun ke dalam kolam mini tersebut.

Lembut saja alunan badannya bergerak-gerak dengan pelbagai aksi dibuat di dalam kolam mini itu. Lagaknya tak ubah seperti perenang profesional sahaja.

Farrhan menyelam lagi. Dua tiga kali sambil tergelak seorang diri. Tak puas, dia menyelam sekali lagi. Dan tiba-tiba dia terimbau kenangan silam. Ada suara sayu meminta pertolongannya.

"Encik, lepaskan saya. Tolong saya encik. Saya tak pandai berenang!"

Farrhan mula hilang arah di dalam kolam mini tersebut. Dia seperti orang kerasukan dan mula meracau-racau mencari suara tersebut. Padahal tiada sesiapa di situ kecuali dirinya.

Suara itu bergema lagi.Namun kali ini lebih satu dan sebak saja.

"Saya tak tahu berenang encik. Tolonglah jangan buat saya macam ni!"

Farrhan hampir saja lemas namun dia berjaya menyelamatkan dirinya. Dia menarik nafas lega saat matanya bertembung dengan Nuraisha yang sedang berdiri di sisi kolam.

"Apa dah jadi dengan aku?" omelnya sendirian.

"Apa dah jadi dengan awak?" Nuraisha ulang pertanyaan.

Farrhan memandang wajah Nuraisha. Seketika pipinya kemerahan kerana bsru tersedar dengan kecuaian sendiri. Malunya! Mesti dia dengar aku meracau-racau tadi!

"Bila masa kau ada kat sini?" Farrhan sudah duduk di sisi kolam.

"Err baru je"

"Kau tak dengar apa-apa kan?"

Nuraisha menggeleng. Farrhan menarik nafas lega.

"Saya dengar bunyi percikan air je. Saya ingatkan awak lemas tapi..."

Nuraisha berjeda saat Farrhan menjelingnya tajam. Ketakutan mula beraja dalam hati. Pantas dia mengunci mulut.

"Kau nak cakap yang aku tak pandai berenang?"

Nuraisha pantas menggeleng kepala. "Tak. Tak"

"Banyak alasan!" omel Farrhan lantas menolak tubuh Nuraisha ke dalam kolam. Dia ketawa senang hati melihat Nuraisha meracau-racau di dalam kolam.

"To..tolong saya... saya..Saya tak pandai...berenang..." Tubuh Nuraisha tenggelam di dalam kolam. Hanya tangannya saja di awangan meminta pertolongan.

Mengekek Farrhan ketawa. Fikirnya, Nuraisha sengaja berbuat demikian bagi meraih perhatiannya. Namun saat menyedari tubuh itu sepenuhnya sudah tenggelam di dalam kolam, hati Farrhan mula dihujani kebimbangan. Dia menilik-nilik di dal kolam sambil memanggil nama Nuraisha.

"Kau jangan main-main boleh tak?!"

Tiada respon dari Nuraisha. Lantas, dia terjun semula ke dalam kolam untuk menyelamatkan gadis itu. Tidak lama mencari, Farrhan terus membawa naik tubuh Nuraisha bersamanya. Dibaringkan gadis itu di atas lantai.

Kedua pipinya ditampar perlahan. "Bangunlah! Jangan main-main boleh tak?"

Namun tiada respon dari Nuraisha. Tiada cara lain selain membuat CPR! Lantas, bibirnya bersatu dengan bibir Nuraisha. Dua tiga kali sehinggalah gadis itu sedar.
"Tolong saya. Saya tak pandai berenang"

Tubuh Farrhan didakap erat dengan tangisan bertalu-talu dari suara itu. Farrhan terkesima. Kenangan silam seakan berputar kembali.

Farrhan benar-benar kaget!

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-06-13 11:10:05 

tq kiki updatenya walaupun d hari minggu


NovelPlus Premium

The best ads free experience