29

Other Completed 493332

SUHU badannya terasa hangat dan peluh meniltik keluar meski air-con masih di paras sejuk. Jari-jemarinya mengetuk dada meja sambil matanya tak lepas memandang dua insan di hadapannya. Sejak dari kedatangannya sejam yang lepas, dia hanya mendiamkan diri walaupun teruk dimarahi oleh Tan Sri Firman.

Dia tahu, dia bersalah di atas memberi kebenaran kepada Razlan sesuka hatinya. Sepatutnya, kedatangan Razlan dikhabari terlebih dahulu kerana Razlan tidak terikat dengan projek syarikat. Hanya dia dan Firash yang berkuasa ke atas projek tersebut. Dan yang lebih menyakitkan apabila Tan Sri Firman sendiri menyebelahi seorang gadis kampung berbanding dirinya. Berang hatinya sudah sampai kemuncak. Pun begitu, dia masih tidak berani untuk bertikam lidah dengan papa.

"I've made my decision that Razlan is being fired!"

Suara Tan Sri Firman bergegar di ruangan itu. Farrhan mengangkat wajah lantas bertembung mata dengan papa. Dia tidak setuju dengan keputusan Tan Sri Firman. Lagipula, siapa Nuraisha yang baru mereka kenali dan apakah keistimewaan gadis itu? Jika dibandingkan dengan Razlan, keluarganya lebih kenal rapat dengan lelaki itu. Mengapa tiba-tiba Tan Sri Firman membuang Razlan dan memihak kepada Nuraisha?

Firash di sisi hanya menyepi. Dia sudah mengagak keputusan Tan Sri Firman seperti itu. Bahkan keputusan tersebut terlebih dahulu dikhabarkan ketika mereka dalam perjalanan ke syarikat pagi tadi.

"Pa, tak boleh bincang dulu ke?"

"Address me with Tan Sri! Kita bukan kat rumah. You tak boleh sebarangan panggil I papa kat sini" tegur Tan Sri Firman. Wajahnya serius saja.

Kecut perut Farrhan dengan nada suara Tan Sri Firman dan arahannya itu. Itu prinsip Tan Sri Firman. Jika mereka di syarikat, dia lebih gemar dipanggil dengan gelaran Tan Sri kerana tidak mahu menggunakan ikatan kekeluargaan sebagai syarat untuk melepaskan diri jika melakukan sebarang kesalahan. Seperti saat ini.

"Dan, takde apa yang nak dibincangkan. I dah buat keputusan. Razlan akan dipecat. Nasib baik media dan orang luar tak tahu. Kalau dorang tahu, reputasi syarikat akan terjejas. You nak tanggung kerugian syarikat? Lagipun, Firash akan kawen tak lama lagi. And I don't want Razlan to ruin everything! Dia hampir perkosa Aisha, bakal isteri Firash. You rasa I akan terima orang macam tu dalam keluarga I?"

Wajah Farrhan ditenung dalam-dalam. Semenjak di bangku sekolah, dia memang tidak berkenan dengan Razlan. Terlalu banyak kisah hitam dan sisi tidak baik lelaki itu hinggap di pendengarannya. Malah sikap dan perangai Farrhan juga berubah kerana Razlan. Dulu, mungkin saja dia tidak mampu untuk terus menghalangi persahabatan mereka. Tetapi kini, dia akan menggunakan cara lain bagi mengelakkan dari terus berhubung dengan Razlan.

Farrhan menelan liur. Dia menggenggam penumbuk. Pagi itu, nasibnya memang malang. Dia dimarahi teruk oleh Tan Sri Firman dan kini dia menerima berita yang tidak baik pula. Ahhh!!! Hatinya terlalu ingin mengenali gadis bernama Aisha itu! Ingat saja, ada perhitungan antara kita!

"And one more thing. Lepas ni, you jangan nak jumpa dia lagi. I tak nak orang tahu the connection between you two.Kalau you langgar perintah ni, I akan tarik balik semua kemudahan yang you ada sekarang!"

Dan arahan terakhir tersebut membuatkan hati Farrhan panas dan berang. Dia tidak kisah jika Tan Sri Firman memecat Razlan dari syarikatnya. Tetapi jika sampai ke tahap campur tangan urusan persahabatannya, itu yang dia tidak boleh terima! Tetapi jika dia tidak patuh, dia yang akan rugi. Ahhhh!! Hari itu memang sial baginya!

"PAPA marah Farrhan teruk ke?"

Sejak mendengar cerita daripada Firash, hati Nuraisha mulai tidak tenang. Usai saja perbincangan di antara mereka pagi tadi, Firash terus memecut laju ke rumah. Rindu benar hatinya pada gadis itu. Setelah tiba di rumah, dia terus membawa Nuraisha keluar untuk membeli sedikit barangan keperluan. Namun niat lainnya adalah kerana ingin berduaan dengan gadis itu. Semenjak mereka tiba semalam, dia belum punya kesempatan untuk berdua dengan Nuraisha. Jika tidak Naura ,pasti mama yang akan 'meminjamnya'.

"Teruk! Tapi memang padanlah dengan muka Farrhan tu. Dia buat sesuka hati je. Kalau diikutkan, projek tu takde kena mengena langsung dengan Razlan. Tapi dia menyibuk jugak. Company tak cover sebarang injuries pada Razlan jika berlaku apa-apa. Sebab tu dia tak boleh terlibat dalam projek ni"

Nuraisha mengangguk kepala. Matanya fokus pada pandangan hadapan saja. Dia tahu, dari tadi Firash curi-curi pandang dirinya. Dia jadi segan. Badannya kaku.

"Kenapa diam je ni?" Teguran Firash mengejutkan Nuraisha. Pandangannya bersatu dengan mata Firash.

"Ke Sha segan dengan abang?" usik Firash lagi. Saat pipi Nuraisha merona merah, dia tergelak sendiri. Haihhh, hati! Please sabar sedikit masa lagi!

"Kan abang dah cakap. Jangan segan dengan abang lagi. Lepas je kita kawen, Sha tak boleh nak segan-segan dengan abang lagi. Everything yours is mine. Macam tu jugak sebaliknya" Pipi Nuraisha dicuit.

"Mana ada Sha segan!" Nafi Nuraisha sambil menatang anak mata Firash. Firash tergelak lagi. Fokusnya hampir hilang sehingga dia terlupa pada lampu isyarat sudah bertukar merah. Nasib baik dia peka lalu laju-laju menekan pedal brek. Brek tangan ditarik.

"Yeke? Tapi abang selalu dapat rasa yang Sha segan dengan abang"

"Itukan perasaan abang je. Lagipun, kadang-kadang perasaan boleh berubah kan?"

"Ohhh macam perasaan Sha pada abanglah? Boleh berubah-ubah, gitu?"

"Ehhh mana ada! Perasaan Sha pada abang tak pernah berubah. Sha sayang kat...."

Lirikan mata dan senyuman nakal Firash memaksa Nuraisha untuk tidak menghabiskan ayatnya. Dia menggigit bibir. Aduhh! Kantoi!

"Sayang kat siapa?"

"Tak..takde..." nafi Nuraisha sambil berkali-kali menggeleng kepala. Aduh, dia benar-benar segan.Belum pernah lagi dia meluahkan perasaan pada mana-mana lelaki, bahkan pada Samsul sekalipun! Kakinya rasa nak lari keluar je dari Nissan Teana itu!

Firash semakin galak menyakat. Seatbelt ditanggalkan lantas tubuhnya merapati Nuraisha. Wajah mereka dekat. Matanya memerhatikan bibir mungil itu. Jantungnya seakan pecah. Laju saja berdegup dan berdetak. Dia hampir sesak nafas.

"A....abang..." Nuraisha menolak tubuh Firash apabila tangan lelaki itu mula hinggap pada belakangnya.

"Sha takut dengan abang?"

"Ta...takut"

"Sha segan dengan abang?"

"Se...segan..."

Bibir Firash menguntum senyuman.

"Sha sayang abang?"

Diam.

Firash semakin mendekatkan wajahnya ke wajah Nuraisha. Bibir gadis itu bergetar.Dalam hati, dia ketawakan Nuraisha.

"Sha sayang abang? Kalau tak jawab, abang..."

"Sayang!" akui Nuraisha lantas menutup wajah dengan telapak tangan. Ya Allah, perasaan ni rasa nak pecah je!

Firash tersenyum puas hati. Lega hatinya kerana dia tidak bertepuk sebelah tangan. Sebuah kucupan dilayangkan ke dahi Nuraisha. Kemudian ,perlahan-lahan dia mengundur lantas memakai seatbelt.

"Dia sayang aku..." bisik Firash perlahan.

PORCHE berwarna hitam dan bertinted gelap itu memecut laju menyusuri jalan raya. Hati yang panas serta bisikan syaitan kerap kali memaksa fikiran bertindak yang bukan-bukan. Akibat terbawa-bawa amarah yang berbukit, Farrhan memandu laju dan kerap kali mengehon kereta di hadapannya.

Pedal brek ditekan pantas tatkala menghampiri lampu isyarat merah. Tidak lama menunggu, perjalanan diteruskan namun keretanya berhenti di bahu jalan. Tubuhnya disandarkan ke dada kerusi. Mata terpejam rapat. Hatinya sakit apabila mengingati peristiwa pagi tadi.

"Kalau dia bukan anak aku, dah lama aku buang dia jauh dari sini. Dia betul-betul menyusahkan aku! Tak habis-habis!"

Farrhan sempat menguping perbualan di antara Tan Sri Firman dan Datuk Mustapa. Ketika itu, air matanya gugur tanpa sedar. Hatinya bernanah apatah lagi setelah nama Firash dibangkitkan sekali.

"Dia betul-betul berbeza daripada Firash. Aku tak faham, kenapa dia tak boleh jadi sebaik Firash? Firash sentiasa menangkan hati aku, dia tak pernah langsung menyusahkan aku. Kalau aku diberi pilihan, aku lebih rela memilih Firash"

Mata Farrhan tercelik. Serentak itu, airmatanya jatuh berguguran. Betapa tersiksanya mendengar pengakuan dari seorang ayah. Jelas sekali kehadirannya tidak pernah diingini. Dia malu kerana Tan Sri Firman meluah semua itu kepada orang luar, meskipun Datuk Mustafa itu adalah rakan karib papanya.

"Kalau tak pernah inginkan aku ,kenapa lahirkan aku?!" Radang Farrhan sambil memukul-mukul stereng kereta.

"Tak habis-habis Firash! Kalau nak sangat pilih Firash, kenapa tak bunuh je aku masa lahir dulu?! Hahhhhh, serabut betullah!!"

Farrhan mengetap bibir. Jari-jemarinya mula mengetuk-ngetuk stereng kereta. Saat ini, nasibnya dirasakannya sangat malang. Sudahlah dia dimarahi teruk gara-gara Razlan, kemudian papa menghalangnya berteman dengan lelaki itu. Kini, nama Firash pula yang sentiasa disebut-sebut. Arhhh!! Dia benar-benar tertekan.

"Firash..." Terpancul nama itu di bibirnya.

"Aisha..." Serentak itu, wajah gadis itu bermain di tubir mata. Dia masih tidak dapat melupakan mata Nuraisha yang jujur itu. Ahhh!! Benda bodoh apa yang aku fikir ni?!

"Apa yang aku kena buat eaa??"

"AISHA!!! Mana budak sial ni? Aku panggil banyak kali dia tak dengar! Aishaaaaa!!"

Suara Maksu Dara memecah kesunyian bilik empat dinding itu. Dia masih lagi terbaring di atas katil dengan mata yang tercelik memandang siling. Badannya terasa hangat dan bibirnya kemerahan.

Dia menoleh ke sisi. Sekeping cek berjumlah sejuta dibiarkan di atas meja. Senyumannya merekah di wajah. Puas hatinya dapat menguasai wang sebanyak itu. Dia teringat semalam Puan Normala ada datang menziarahinya dengan membawa cek tersebut. Menurut Puan Normala, orang suruhan Firash yang menghantar cek tersebut dan dia diarahkan untuk menyerahkannya kepadanya.

"Aisha!!!"

Maksu Dara terkebil-kebil. Seketika dia teringat akan kejadian beberapa hari lepas. Dia menepuk dahi. Menyumpah dengan kealpaan sendiri.

"Aku dah halau budak tu! Kenapa mulut aku ni gatal nak panggil dia balik?"

Maksu Dara membebel sambil bangkit dari pembaringan. Tetapi dia merasakan kesakitan yang nyilu pada bahagian belakangnya. Wajahnya menerit menahan kesakitan itu.

"Kenapa ni?" Maksu Dara mula merintih. Dia dapat merasakan kesukaran untuk bergerak. Seolah segala-galanya seperti dikawal dan digerakkan oleh seseorang.

"Kenapa kaki aku ni?" rintih Maksu Dara sambil menggerakkan kedua kakinya. Namun terasa agak berat kakinya untuk mengikuti rentak hatinya.

"Kenapa susah sangat aku nak bergerak ni?"

Akibat terlalu memaksa diri untuk bergerak, Maksu Dara tidak mampu menyeimbangi tubuh badannya. Kepalanya terhantuk ke bucu meja lalu tubuhnya tunduk mencium lantai. Darah pekat mengalir dari dahinya.

Maksu Dara keseorangan, tanpa sesiapa di sisi..

KAK SITI baru saja selesai mengemop lantai. Sejak apartment milik Firash sudah bertukar milik kepada Shahrul, iaitu sahabat Firash, dia ditugaskan untuk berkhidmat di rumah agam milik Tan Sri Firman. Itupun di atas permintaan Firash. Tanpa banyak bicara, Kak Siti terus bersetuju kerana dia tiada sesiapa.

Sedang dia sibuk mengemas ruang tamu, dia menerima kehadiran Nuraisha yang kelihatan agak bingung dan tidak tentu arah. Berkali-kali dia memanggil gadis itu tetapi Nuraisha tiada respon.

"Shaaa!!" Kak Siti menjerit. "Hati-hati!"

Namun Nuraisha tidak sempat mengelak. Tubuhnya hampir hendak rebah ke bumi. Dia pantas memejam mata dan berharap tiada apa-apa yang berlaku. Ketika itu, dia dapat merasakan dirinya seolah berada di awangan. Dia tidak berani mencelikkan matanya kerana risau dengan keadaan dirinya.

Pinggangnya dipaut kemas oleh seseorang. Nuraisha mula terfikir gerangan itu. Tubuhnya seakan mendekat dengan wajah gerangan tersebut kerana dia dapat merasakan nafas gerangan tersebut menyapa wajahnya. Abang Firash ke?

"Kau nak tidur sini ke perempuan?"

Suara garau tersebut mematikan akal Nuraisha. Saraf-sarafnya seakan berhenti berfungsi. Jantungnya seolah tidak mengepam darah. Cuping telinganya seakan pernah disajikan dengan suara tersebut. Lama dia mengamati pemilik suara tersebut sehingga dia diherdik olehnya.

"Oii!! Lena betul kau ye?"

Cepat-cepat Nuraisha mencelikkan mata. Ketika itu, bebola matanya menangkap seraut wajah yang bengis beserta pandangan mata yang penuh kebencian. Dia menatapnya penuh berani. Serentak itu, pandangan tersebut bertukar redup dan sayu.

Farrhan menelan liur saat pandangan bersabung dengan mata jujur itu. Saat terlihat bayangan Firash di hadapan mereka, segera dia tolak tubuh itu.

"Nah, ambik balik perempuan kau!"

Tubuh Nuraisha mengeras lebih-lebih ketika berada dalam pelukan Firash. Dapat dia rasakan betapa erat dakapan tersebut. Wajah Firash menyeringa.

"Jaga baik-baik perempuan kau! Takut-takut nanti dia terjatuh ke dalam pelukan aku!" pesan Farrhan penuh sinis lalu meninggalkan mereka di situ.

Firash cemburu! Dia mulai ketakutan jika omongan Farrhan menjadi kenyataan. Lantas, dia melepaskan tubuh Nuraisha. Dan berlalu tanpa sepatah kata. Dia perlukan ketenangan diri!

apa dah jadi dengan Farrhan? stay tuned readers ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience