84

Other Completed 493332

"SAYA takde masa nak dengar semua ni. Awak hanya merepek!" dengus Farrhan sambil memalingkan wajah dari Maira.


Anak yang dibawa oleh Maira ditunjukkan kepadanya sebagai bukti. Dia tidak mempercayai kata-kata Maira kerana setahu dia, dia tidak pernah meniduri mana-mana wanita sebelum ini. Meskipun dia gemar berfoya-foya, namun untuk merosakkan maruah seorang wanita, itu tidak mungkin terjadi.

"Habis tu, you ingat I sengaja mereka-reka cerita? Macam tu?"

"Yes!!" bentak Farrhan seraya memandang Maira yang berani menentang matanya itu. Niatnya ingin keluar mencari Mia tetapi terpaksa dibatalkan gara-gara kedatangan Maira ke situ bersama seorang bayi.


Maira tersentak. Farrhan menjawabnya penuh yakin. Namun dia tidak boleh terus melatah. Jika tidak, rancangannya akan gagal dengan mudah.

"Up to you! Tapi ni memang anak you dengan I. You memang tak ingat apa-apa sebab masa tu you dah mabuk. You tak tahu pun apa yang berlaku masa tu"

Farrhan menyepi. Terlalu banyak masalah yang mendatang sejak akhir-akhir ini. Nuraisha menghilangkan diri sejak semalam. Mia pula dilarikan oleh lelaki yang tidak dikenalinya. Kini Maira pula muncul, meminta haknya kembali. Ya Allah, dia juga ingin bahagia di samping Nuraisha!


"Kalau betul tu anak saya, kita kena buat ujian DNA. Dan kalau ujian DNA tu betul, saya akan kawen dengan awak. Tapi kalau ujian tu mengatakan sebaliknya, you'll pay for this!"


Tegas Farrhan dengan wajah seriusnya. Jika Maira mahu bermain, dia juga sudi menerima. Tetapi jangan pula gadis itu fikir dia semudahnya ditipu!

Wajah Maira mulai berubah. Dia menelan liur yang terasa pahit. Cadangan Farrhan tidak pernah terlintas langsung di fikirannya. Bagaimana jika segala penipuannya terbongkar? Dia mulai cemas.

"Tak nak ke? Atau takut?" gertak Farrhan dengan senyuman sinis tersungging di wajah. Dia perasan perubahan wajah itu secara tiba-tiba. Dia kenal Maira. Dia tahu pemikiran gadis itu bagaimana dan semacam apa. Jika Maira fikir dia bisa dibohongi semudah itu, dia silap besar!

"Siapa cakap I takut?!" Maira berpura-pura tenang. Walhal dalam hati dah cacamarba saja gayanya. Tak boleh jadi! Dia harus memikirkan cara lain!

"Okey, kalau macam tu. Kita buat ujian DNA. Dan tentukan segala-galanya melalui ujian tu"

Maira tarik muka masam. Sah, dia sudah tidak mampu melarikan diri lagi.

"Fine! I setuju. Tapi sebelum tu, I nak tinggalkan Athirah kat sini. Dalam jagaan you"

"Apa maksud awak?" Farrhan tersentak dengan cadangan Maira itu.


"You pun tahu kan? Family I dah buang I. I sebatang kara. Dan I tak rasa I boleh bawak Athirah dengan keadaan I macam ni. You duduk kat rumah besar ni, ada duit. Kalau you tak mampu nak jaga dia, you boleh upah nanny kan? Melainkan kalau you nak I duduk sini. I have no problem with that!"

Maira memulang paku dulang serpih! Jika Farrhan bisa sebijaknya memerangkap dia, dia juga tidak mahu rugi.

Hanya dengusan kasar yang terdengar dari bibir Farrhan. Bijak betul Maira mengenakannya! Tetapi dia juga tak punya pilihan. Jika tidak dituruti kemahuan Maira, masakan dia mahu membenarkan gadis itu tinggal di situ.

"Okey, she stays with me. Not you!"

FARRHAN bergegas keluar setelah selesai berbincang dengan Maira. Athirah pula diletakkan di bawah jagaan Puan Sri Mariam. Pada mulanya, mama agak terkejut dengan perubahan dirinya yang kini sudah boleh bergerak. Ditambah pula dengan kawujudan Athirah itu, hati tuanya semakin walang. Banyak teka-teki yang belum dapat diselesaikan.

Namun Farrhan berjanji akan menjelaskan segala-galanya nanti. Kerana ada perkara yang harus diselesaikan. Apabila disebutkan nama Mia dan kehilangannya, mama meraung sepenuh hati. Mia sudah dianggap seperti cucu sendiri. Dan dia tidak mahu kehilangan Mia.

Demi menenangkan Puan Sri Mariam, Farrhan berjanji akan mencari Mia sehingga dapat dan membawanya kembali ke sisi. Puan Sri Mariam mengangguk sahaja dan turut berjanji akan menjaga Athirah seperti yang dipinta.


"Angah!!" jerit Naira dari kejauhan. Farrhan menoleh dan melemparkan senyuman.


"A...angah..." Naura tidak percaya dengan apa yang dilihatnya itu. Keajaiban apakah yang sedang berlaku sekarang?

Kedua kembar itu mendekati Farrhan. Masing-masing mula memeluk Farrhan dan menangisi keadaan angah mereka.


"Angah.. Sejak bila?" Naura tidak meneruskan kata-kata dek kerana terkejut bercampur perasaan gembiranya.

"Baru je. Keajaiban Allah" Suara Farrhan sayu saat mengungkapkan itu. Air mata yang mengalir diseka perlahan. Air mata kegembiraan!

"Angah akan cerita nanti. But now, I have to go"


"Kenapa? Something happened?" Naura mencelah.

"Mia... Dia..."

Belum sempat Farrhan melanjutkan kata-kata, telefon milik Naura berdering. Tertera nama Doktor Faisal di situ. Naura mula berteka-teki. Apa yang dia nak? Dahinya mengerut.


"Ye doktor. Ada apa ye?"


Omongan Doktor Faisal diamati. Serentak itu, wajah Naira dan Farrhan turut dipandang. Dia kelihatan kaget tatkala berita itu disampaikan oleh Doktor Faisal.


"Mia..." Naura cemas sambil mematikan panggilan.


"Mia kenapa?" potong Farrhan. Janganlah terjadi yang bukan-bukan!


"Mia accident!"

SEKUJUR tubuh yang diusung keluar itu ditutupi dengan kain. Beberapa orang jururawat mengiringi di kiri dan kanannya. Saat berpapasan dengan Farrhan dan yang lainnya, Farrhan sempat berhenti bagi mengenalpasti tubuh itu. Entah kenapa hatinya begitu kuat untuk mengetahui gerangan insan itu.


"Boleh saya tahu ni mayat siapa?" tanya Farrhan. Beberapa jururawat tadi berhenti.


"Ni mayat encik Haikal. Encik semua ni keluarga dia ke?" Bagitahu jururawat bertudung litup itu.


Mendengarkan nama Haikal, kesemua mereka terkejut. Sufian yang terdengar tidak jauh dari tempat mereka sempat menjerit nama Haikal. Farrhan menoleh ke arah Sufian. Begitu juga dengan Naura dan Naira.


Sufian sudah berdiri di sisi Farrhan.


"Hai...Haikal..." Air mata Sufian jatuh juga. Kain yang menutupi wajahnya dibuka perlahan-lahan. Tangannya berketar-ketar ketika itu. Tatkala wajah pucat Haikal bermain di tubir mata, Sufian terus menjerit dengan tangisannya. Tubuhnya hampir saja jatuh di atas lantai namun sempat ditahan oleh Farrhan.


"Sabar encik" Farrhan memberi semangat.


"Maaf ye? Encik semua ni keluarga dia ke?" Jururawat bertudung litup tadi mengulang soalan sama.


"Tak. Kami kenalan dia saja" sahut Naura apabila tiada jawapan daripada Sufian.


"Saya...saya ahli keluarga dia" celah Sufian tiba-tiba.


"Okey, kalau macam tu. Boleh encik ikut kami untuk uruskan hal jenazah?"


Sufian hanya mengangguk lemah. Derap kaki dihayun mengikuti langkah jururawat tadi.

"Itulah lelaki yang jumpa angah tadi" cerita Farrhan. Mereka bertiga meneruskan langkah ke bilik yang menempatkan Mia. Syukur, menurut perkhabaran doktor, Mia tidak mengalami kecederaan yang teruk. Hanya luka pada dahi akibat terhantuk pada dashboard kereta.


"Dia ada jumpa angah?" Naira terkejut. Dia tidak mempercayai itu. Tetapi bagaimana Haikal boleh datang menemuinya?


''Rasanya masa dia cakap nama dia Hanafi kot. Masa tu lah dia jumpa angah. Dan dia mengaku dia kawan lama angah" sahut Naura pula. Benarlah tekaannya sebelum ini. Ada sesuatu yang mencurigakan pada Haikal.


"Hanafi? Tapi dia bagitau angah nama dia Haikal" sampuk Farrhan pula.


"Nama dia memang Haikal. Mungkin nama Hanafi tu sengaja dia reka atau pun tu memang nama dia" balas Naura lagi. Apapun, Mia sudah selamat sekarang. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena pada Haikal sebelum ini. Syukur, Allah masih melindungi Mia.


"Kenapa dia jumpa angah?" tanya Naira pula. Mereka sudah tiba di hadapan bilik Mia.

"Dia suruh angah ceraikan Aisha" ujar Farrhan. Langkahnya terhenti, begitu juga dengan si kembar itu.


"Haaa??!" Naura dan Naira serentak terkejut.


"Allah tak kenankan doa dan niat dia yang jahat tu. Tak pasal-pasal meninggal dalam dosa" keluh Naira. Mulai menginsafi apa yang telah terjadi.


"Naira! Tak baik cakap macam tu. Dia dah takde" nasihat Farrhan dengan wajah seriusnya.


"Sorry angah. Terbawak-bawak emosi"


"Tapi kan, apa yang kita nak bagitau Mia pasal Haikal?"


"Buat masa sekarang, tak payahlah bagitau dia dulu. Bagi dia tenang dan sembuh dulu. Nanti taulah angah bagitau dia"


"Tapi nak rahsiakan sampai bila? Mia tu bijak tau?" Naura menyuarakan kebimbangan.

Bahu Naura disentuh lembut oleh Farrhan. Serentak itu, sebuah senyuman dilemparkan kepada adiknya yang kerunsingan itu.

"Nanti angah uruskan. Jomlah ,kita masuk dalam. Kesian Mia. Tunggu kita lama kat dalam"

"SHA yakin ke dengan keputusan Sha? Takkan nak biarkan Fariq tak berayah? Tak nak bincang dulu?"

Wajah lesu Nuraisha ditatap. Dalam hati, dia kasihan melihat wajah itu. Nasib dan takdirnya sentiasa tak menyebelahinya. Entah kapan dia bertemu bahagianya sendiri.

"Entahlah kak. Sha tak sanggup nak tengok Fariq hidup tanpa seorang ayah. Sebab Sha sendiri dah rasa dan alami macam mana hidup tanpa orang tua. Tapi takkan nak paksa hati orang untuk terima kita?"

Perasaan sedih yang dirasakan berkurangan setelah dia meluahkan segala-galanya kepada Laila sebentar tadi. Semua yang telah berlaku, dari awal sehingga kini diceritakan kepada Laila. Dia tidak mampu untuk terus memendam rasa itu seorang diri.

Nuraisha mengelap hujung hidungnya yang berair dengan tisu. Dia sedih dengan kehidupan yang harus dihadapi itu.


"Sha yakin ke, Farrhan takde rasa apa-apa pada Sha? Sebab sebelum ni ,korang pernah bercinta kan? Dan Sha jugak cakap yang Sha pernah mengandungkan anak Farrhan"


Kenyataan yang perit! Ternyata, dia pernah mengandungkan benih lelaki itu. Namun sehingga kini, dia tidak tahu ke mana hilangnya anaknya itu.


"Yakin..."


"Macam mana Sha yakin?"


"Sebab Farrhan tak ingat apa-apa pun pasal kami. Kalau dia ingat, mesti dia dah bagi signal"


Laila senyum. Dia yakin sangat perasaan Nuraisha masih utuh buat Farrhan. Cuma dia merajuk dan terasa hati dengan apa yang berlaku.

"Farrhan ada cakap ke atau bagi signal yang dia tak ingat apa-apa?"

Kali ini, Nuraisha diam. Dia tidak tahu-menahu pula akan perkara itu. Setahu dia, sangat sukar untuk mengenalpasti perasaan dan fikiran lelaki itu sementelah dia masih strok dan tidak mampu untuk bercakap.


"Takde kan?" duga Laila dengan senyuman lebar di wajah.


"Memanglah takde..." Suara Nuraisha kendur. Esak tangisnya juga sudah berkurangan.


"Dah tu, kenapa yakin sangat dengan tekaan sendiri? Kalau Sha nak tahu dan nak pastikan betul-betul, Sha kena jumpa Farrhan dan selesaikan semua ni secara face to face. Kalau main agak-agak macam ni, sampai bila nak reda perasaan tu?"


Nuraisha diam lagi. Kali ini, kata-kata Laila dipersetujui dalam diam. Namun dia tidak punya kekuatan lagi untuk berhadapan dengan lelaki itu. Dan yang lebih menakutkan, apa yang bakal dikatakan oleh Farrhan nanti. Arghhh!!


"Laila... ayah nak ke masjid dulu. Kunci je pintu dan tingkap, malam ni ada ceramah ugama dari Ustaz Kamil. Ayah ada bawak kunci spare. Kamu tak payah tunggu ayah"

Suara Lathif yang lembut itu menyapa mereka berdua.

"Ye ayah. Hati-hati" ucap Laila sesudah menyalami tangan ayahnya.

"Pergi dulu, Sha" pamit Lathif lagi.

Nuraisha mengangguk. Setelah Lathif hilang dari pandangan ,barulah Nuraisha berani untuk bertanya.

"Sejak bila akak bersatu balik dengan ayah akak? Kan akak cakap, dia jual akak kan?"

Laila mengukir senyum. "Haah. Dia jual akak. Dulu akak pernah cerita kan?"


Laju Nuraisha mengangguk.

"Tapi masa tu berlalu dan cepat berubah-ubah. Macam tu jugak dengan perasaan manusia. Walaupun akak pernah berdendam dan sempat membenci dia, tapi perasaan tu tak mampu bertahan lama pun Sha. Sebab apa? Sebab dia ayah kandung akak"


"Seperti akak, dia juga berubah. Bahkan berubah dengan lebih baik. Dia banyak belajar ilmu agama, banyak dekatkan diri dengan Allah. Dan disebabkan keikhlasan dia untuk berubah, hati akak yang penuh dendam terhapus dengan izin Allah. Dan Alhamdulillah, kami hidup aman berteraskan jalan Allah"


Ketika bercerita, nada suara Laila kedengaran sebak sahaja. Air mata yang mengalir hanya dibiarkan saja membasahi pipi. Betapa dia mensyukuri nikmat kurniaan Allah yang satu itu. Syukur, Allah masih sempat menyatukan mereka sebagai keluarga semula. Tetapi kali ini, masing-masing dengan pegangan agama.

Nuraisha kagum dengan takdir hidup Laila. Dan dalam diam, dia hormatkan wanita itu kerana masih mampu memaaf dan menerima meski hati pernah terluka.


"Sha..." Tangan Nuraisha digapai lalu digenggam erat.


"Allah tak saja-saja uji manusia tau? Dia uji tanda sayang. Dan Dia uji di dalam kemampuan kita. Kalau kita rasa kita susah dan takdir hidup tak indah, sebenarnya banyak lagi orang yang tak beruntung dari kita. Sebab tu kita kena banyak bersyukur dan jangan buruk sangka pada Dia"


Nasihat Laila, Nuraisha cerca dalam hati dan fikiran. Iya, memang betul. Sebagai manusia, kita takkan lari dari dugaan hidup. Juga takkan lari dari dosa. Tetapi selagi nyawa dikandung badan, kita tak boleh berburuk sangka pada takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kerana Dia tahu apa yang terbaik.


"Sha seorang gadis yang baik. Dan orang yang baik akan mendapat ganjarannya. Sebab Allah takkan biarkan tangan orang yang berdoa dalam keadaan kosong. Jadi Sha kena banyak sabar"


"Terima kasih kak. Terima kasih banyak-banyak" ucap Nuraisha dalam sedu-sedannya.


"Sama-sama"


"Sha nak tanya akak sesuatu. Macam mana akak boleh terlepas dari rumah tu? Dari Jimmy? Kyle?"


Sejak mereka bertemu semalam, itulah soalan yang berlegar-legar di ruang fikirannya. Dek kerana terlalu banyak bercerita mengenai dirinya, dia hampir terlupa akan kisah Laila.


"Oh yang tu..." Laila tersenyum. "Ada seorang lelaki selamatkan kami. Dia laporkan kes kat rumah tu dan kegiatannya pada pihak polis. Jadi rumah tu berjaya dikepung dan kami diselamatkan. Jimmy dan Kyle serta anak buahnya yang lain kena tangkap dan akan didakwa di atas pemerdagangan manusia dan menjalankan perniagaan tanpa lesen. Kalau Sha nak tahu, Jimmy takkan mampu menang sebab terlalu banyak suara dan saksi yang akan sumbat dia ke dalam penjara"


"Lelaki? Siapa lelaki tu kak?" tanya Nuraisha dengan wajah berkerut.


"Yang tu akak tak tahulah Sha. Pihak polis cuma cakap macam tu. Tapi diorang tak nak dedahkan siapa yang bagitau. Katanya, ni permintaan lelaki tu sendiri"


Nuraisha senyap. Siapa agaknya lelaki berhati mulia itu? Kalau ketemu, dia ingin sekali berterima kasih kepadanya di atas budi dan jasanya itu.


Perbualan mereka terganggu apabila deringan Iphone Nuraisha menjerit minta diangkat. Nama Naira tertera di skrin telefon. Cepat-cepat dia mengangkat panggilan itu.


"Kak ngah kat mana?" Naira menanya tanpa sempat memberi salam.


"Errr, kak ngah..." Nuraisha memandang wajah Laila. Serba-salah pula untuk memberitahu gadis itu.


"Kak ngah kena balik. Tahu tak, Mia kemalangan?"


"Mia??" Nuraisha terpana dengan wajah yang terkejut. Ya Allah, dia benar-benar tidak tahu akan itu.


"Sekarang dia kat hospital. Nanti Naira hantarkan nama hospital dan nombor bilik dia"


Panggilan dimatikan. Naira mengeluh.


"Masa gawat macam ni, kak ngah larikan diri pulak. Ehhh kejap! Tadi dia bahasakan diri dia kak ngah kan??"

"KENAPA ni Sha? Wajah cemas je ni" tegur Laila saat melihat riak Nuraisha yang panik itu.


"Mia. Dia kemalangan. Sha nak pergi lawat dia"


"Akak hantarkan ye?"


Nuraisha hanya mengangguk.


Usai saja berkemas, dia dan Laila serta Fariq bergerak ke destinasi yang dikhabarkan oleh Naira melalui WhatsApp.


Melihat sahaja bayang-bayang Naura di hadapan pintu bilik Mia, hatinya berdebar. Dia mempercepatkan langkah untuk mendekati gadis itu. Fariq pula dikendong oleh Laila yang turut membontoti langkah Nuraisha.


"Kak ngah" Naura pantas memeluk Nuraisha.


"Mia macam mana? Dan kenapa dia boleh kemalangan?" tanya Nuraisha dengan wajah cemasnya. Pelukan dileraikan.


"Mia tak apa-apa kak ngah. Dia cuma cedera ringan je. Tapi orang yang bawak lari Mia tu meninggal dunia on the spot"

Kerutan di wajah Nuraisha semakin bertambah. Kaget dan panik dengan segala yang berlaku, dia hampir saja tidak mampu untuk bertahan. Terlalu banyak persoalan yang melingkari benaknya saat ini.


"Dan orang yang bawak lari Mia tu adalah Haikal"


"Hahhh???!" Kali ini, Nuraisha benar-benar hendak pengsan. Kenapa Haikal? Apa yang dah terjadi sebenarnya? Dia benar-benar tidak faham.


"Relaks kak ngah! Nanti Naura akan ceritakan segala-galanya. Sekarang ni, kak ngah jenguklah Mia kat dalam. Dari tadi dia asyik sebut nama kak ngah. Naura nak call mama. Risau tak sudah dia bila dapat tahu Mia accident"

Nuraisha mengangguk dengan wajah lesu. Ya Allah, lepas satu, satu masalah yang menimpa!

Saat melimpasi Laila, Naura sempat menilik wajah bayi di dalam kendongannya. Dia terpana kerana wajah bayi itu mirip sekali dengan angahnya. Jangan-jangan, ini Fariq??

"Kalau Sha nak jenguk Mia, akak boleh tunggu kat sini dengan Fariq" Laila tawar diri untuk membantu. Dia tahu, pasti Nuraisha perlukan ruanh untuk berdua dengan Mia.


Mendengarkan nam Fariq disebut oleh Laila, hati Naura berdetak hebat. Sah! Inilah baby Fariq seperti yang diceritakan oleh Mia. Ya Allah, seorang lagi anak saudara aku! Naura hampir saja hendak menangis di situ.


"Terima kasih ye kak? Kalau macam tu, Sha masuk dulu"


Nuraisha terus berlalu mendapatkan Mia. Hatinya sedih dan dalam masa yang sama, dia tak sabar hendak ketemu Mia. Walaupun begitu banyak persoalan yang belum terungkap, saat ini Mia adalah kepentingannya.


"Mama!!" Mia merengek saat melihat wajah Nuraisha muncul di hadapannya. Dia menangis sambil mendepakan tangan.

Nuraisha meluru ke arah Mia dan memeluk anak itu. Naira berundur setapak bagi memberi ruang kepada mereka berdua.


"Maafkan mama sayang! Maafkan mama. Mama salah lagi! Mama tinggalkan Mia lagi sebab ego mama. Mama tak fikir pun perasaan Mia. Mama mintak maaf sayang!" rintih Nuraisha dalam tangisannya. Berkali-kali wajah itu dikucup.


"Mama tak salah! Mia tahu mama takkan tinggalkan Mia walau mama lari sejauh mana sekalipun" Air mata Nuraisha ,Mia kesat dengan jarinya.


"Sebab mama sayangkan Mia kan? Lagipun Mia kan peri-peri mama"


Dahi Mia dikucup dengan penuh kasih sayang. Ya Allah, dia benar-benar tak sanggup jika harus berpisah dari Mia!!

"Mama jangan sedih ye? Mia kan tak apa-apa. Mia okey je. Lagipun Mia takkan tinggalkan mama. Jadi mama tak boleh sedih-sedih"


"Ya sayang. Mama janji, mama janji takkan tinggalkan sayang lagi" Tubuh genit Mia didakap erat.


"Papa!!" Mia menjerit kegembiraan saat melihat figura Farrhan yang terpacak di hadapan pintu. Baru kini dia dapat bersua muka dengan papa Hannya itu. Dan dia benar-benar gembira kerana papa Hannya sudah sembuh. Tetapi kenapa papa Han menangis? Mia berdetak dalam hati.

Dahi Nuraisha berkerut mendengar panggilan Mia itu. Siapa yang Mia panggil papa? Tak mungkin Haikal kerana lelaki itu baru sahaja meninggal.

Farrhan ke? Pelukan dileraikan. Dia menoleh ke belakang bagi melihat insan itu. Saat bertentang mata, hatinya bagai dipukul ombak yang bertalu-talu. Jantungnya berdegup laju.


Air matanya mengalir melihat lelaki itu bisa berdiri tanpa kerusi roda. Dia sudah sembuh dan mampu bergerak sendiri.

Kedua mereka saling bertatapan dengan ditemani linangan air mata. Masing-masing kelu untuk berbicara. Yang pasti, ada hati yang mulai saling merindu.


"Isteriku..." luah Farrhan dan luahan tersebut mampu ditangkap oleh Nuraisha. Kali ini, Nuraisha bertambah kaget. Farrhan juga sudah boleh berbicara. Jelas dan tepat!

"Isteriku..." Farrhan ulang lagi. Dan linangan air mata semakin mengiringi.

done double chapters!! lagi 2 bab nak ke final. teruskan menunggu okay? maaf, ambik masa yg lama utk update 2 bab ni ^^ selamat membaca gaissss ;)

Share this novel

Asmah
2021-08-30 10:43:25 

semoga terbongkar semuanya dan happy ending tq kiki

Nur Azlina
2021-08-27 23:56:04 

tq update ahh.... xsabar nk tggu 2 bab lagi.

Hawani Hashim66
2021-08-27 23:26:28 

tq kiki sayang


NovelPlus Premium

The best ads free experience